Sila bayar hutang anda

Posted in Hutang 26 April 2012

Assalamualaikum.....(^^) Sila bayar hutang duit anda pada as dengan kadar segera..tak takut ker??

Persiapan

Assalamualaikum


Kepala masih pusing, demam ringan masih belum hilang ( saya suka!!!! ) (^^)

Tinggal 3 hari lagi nak masuk 2011.

Majlis resepsi perkahwinan masih belum setel. Tanpa saya tidak mengapalah kot. Saya tidak larat nak hadir.

Terdengar bebelan ibu, saya kena hadir juga kalau tidak macam mana majlis nak berlansung..ye tak?? hahaha....

Owh....unMood AGAIN

Berat hati saya nak tinggalkan, namun kebenaran adalah menyakitkan dan BEST!!!
----------------------------------------------------------------------------------------------

Demam-demam ni, macam-macam saya nak makan....

Apa yang saya nak makan?? Mari saya buat senarai :

  1. Tomyam campur tanpa daging - malam tadi da makan tp lupe pesan taknak daging
  2. Sup cendawan
  3. Spagetti
  4. Sponge cake
  5. ABC kurang manis yang banyak bahannya taknak nata de coca
  6. Burger
  7. Udang butter
  8. ikan ( masak stim, bakar, ) - ni ibu dah buatkan sebelum demam tapi nak lagi

Itu saje kot buat masa ni....


Ibu kate sabar yer manje, minggu ni kiter jumpa. Tapi saya nak balik jumpa abah....ibu kata tak payah kiter pergi berseronok-seronok...


Huk-huk...saya mahu ibu dan abah pergi bawa saya makan seafood..bufet yang besar punyer...


Hahaha...ok as cukup ngarut.....pergi makan ubat then tidur....

Clean UP



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Baru pulang bertapa dari kampung

Kat atas tu dituju khas buat anda-anda yang suka dengan saya

(^^)

siapa rajin nak susun balik gambar-gambar kat atas???

saya malas....hehehe


RESULT PEKSE

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


BadMood


Bukan salah siapa-siapa..salah saya yang suka berfoya-foya ( pinjam kata-kata ustzah sri banun) waktu belajar.

Alhamdulillah, subjek yang paling lemah sekali saya tidak dapat "c". Kalau saya dapat itu, saya dah buat keputusan untuk terus berhenti belajar...waktu buat keputusan ni, ramai yang membantah cuma ibu yang sokong walau dalam diam dia tak berapa setuju. Itulah ibu, sejak dahulu lagi dia penyokong tulang bengkok ini.

Malam tadi keluar result dan keputusannya saya kena teruskan pengajian walau saya sudah malas. Sebenarnya saya tidak malas, cuma unmood.

Ibu sangat gembira dengan keputusan periksa saya..dia cakap saya kena teruskan walau apa rintangan sekalipun.

Semua orang bertanyakan bila saya mahu pulang rumah. Saya UNMOOD nak pulang.

Saya rindukan semua orang tapi saya

Kawan-kawan bertanya khabar pada saya tapi saya

Saya sangat-sangat B.......

---------------------------------------------------------------------------------------

Ok...cukup


Bila agaknya saya akan dapat bilik saya bersama-sama dengan gadjet-gadjet baru yaa????

Owhhh...excitednya.....

Bila?? Kenapa lambat sangat?? Kalau mudah dapat taklah saya teruja kan?? Hehehe (^^)


Kata Hati : mengisolasikan diri seperti dahulu

New Idea???

cermin mata augmented reality

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Hari Jumaat lepas saya telah bentangkan proposal tesis saya depan Dr. Haslina.

Idea saya adalah untuk membangunkan aplikasi buku Augmented Reality. Berikut adalah beberapa cadangan hasil daripada literature review :-

  1. Buku pantun
  2. Brochure FTSM


BUKU PANTUN

Pantun merupakan satu peribahasa lembut yang sering digunakan masyarakat melayu dahulu dalam menyampaikan nasihat mahupun maksud tersirat. Namun, pantun ini sudah jarang digunakan oleh masyarakat kita pada masa kini. Malahan ia tidak begitu menarik minat generasi muda untuk mempelajarinya dan menggunakannya lagi. ( Owh... saya antaranya (-.-)! )

Saya kagum dengan Karam Singh Walia, yang menghidupkan balik pantun-pantun ini malah mengembangkan semula dan mencipta pepatah yang baru.

Hasil projek akhir semester 2 yang lepas telah membuka minda saya untuk mencipta buku pantun yang menggunakan teknologi Augmented Reality.

Disini saya nak gabungkan dua bidang pelajaran dan hiburan (edutainment) menjadi satu, dimana pelajar akan belajar sambil berseronok semasa membaca pantun-pantun tersebut.

Saya membayangkan buku ini akan menjadi seperti sebuah filem Magika yang menggabungkan cerita-cerita dongeng rakyat. Owhhh....excitednya!!!!!!!! (^^)/


BROCHURE FTSM

Pada asalnya saya ingin menghasilkan peta Augmented Reality bangunan FTSM, tetapi setelah membaca beberapa kajian lepas, saya terjumpa satu paper dari Indonesia mengenai brochure AR. Kajian ini benar-benar menarik perhatian saya.

Mengikut pandangan Dr. Haslina, beliau lebih berminat jika saya membuat kajian tentang penggunaan Brochure FTSM.

Saya dan Dr, telah bermuafakat (eceh ayat!!!! ^^ ) untuk menukar topik dari buku Pantun AR (sedihnya...sob..sob..) kepada penghasilan brochure FTSM.

Walaupun saya dah fikir untuk buat buku pantun tapi demi faedah masa akan datang saya akan bertukar kepada kajian Brochure FTSM.

Apa faedahnya?? Saya dapat tahu dari Dr. bahawa kumpulan penyelidikan visual grafik mungkin dibubarkan kerana tidak ramai pelajar yang berminat. Owhhh..yeke??? Hurm baru saya perasan masa dalam dewan kuliah tidak ramai atau tidak ada pelajar bawah kumpulan ini.

Saya jabatan Management Information System dan sudah semestinya berada dibawah kumpulan penyelidikan Strategic Information System ( poupular dengan gelaran SIS ).

Tapi saya berminat dengan multimedia so, saya pindah bawah kumpulan Visual Graphic...(harap Dr. Maryati tak kisah ^^ )

Hurm sebagai pelajar MIS apa yang saya mampu untuk tolong dengan kajian ini?? Sudah pastinya saya akan bergabung dengan Pusat Teknologi Maklumat untuk bahagian Marketing.

Dr. Haslina akan contact dengan Dr. Rizal untuk berbincang tentang kajian saya ini. Yeahh....moga-moga semuanya berjalan lancar. Harap marketing group boleh terima saya..( kalau tidak saya tak boleh buat projek ini)..Huhuhuhu...

Sekarang saya sedang sibuk belajar menggunakan cermin mata AR di atas ^. plus kena buat semula proposal untuk idea baru ini.


Kata Hati : Semuanya akan kembali seperti dahulu

Printer Problem


Assalamualaikum.....




Di pagi yang mulia ini, hati saya sedikit panas. Anda nampak gambar di atas??? Itu puncanya.

Sudah mau kena korek tabung beli yang baru. Siapkan dulu proposal AR. Then kuar pegi cari tokey kedai baik hati.

kata hati : kena kerja kuat!

Augmented Reality

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua

Saya sangat-sangat teruja dengan Augmented Reality sekarang. Apa yang saya faham tentang Augmented Reality (AR)?

Augmented Reality atau dalam bahasa melayunya Realiti Pertambahan (sangat tidak comel nama melayunya) merupakan satu situasi dimana pengguna dapat merasakan sesuatu objek yang tidak bergerak keluar dan bergerak. Fuhh amat sukar ya definisi saya????

Ok, macam ini...AR ini menghasilkan objek maya (virtual) dan di keluarkan dari skrin komputer untuk bergabung dengan persekitaran sebenar manusia. Sebagai contoh....ok, kita nak keluar parti, tapi kita tidak tahu nak pakai baju yang sesuai then kita duduk depan skrin komputer yang dilengkapi dengan webcam then, kita choose baju yang sesuai dengan kita.

Anda mungkin gelak, tapi anda sudah biasakan main dengan permainan anak patutng tukar baju masa kecil-kecil atau dalam farmville fb. Avatar anda selalu tukar gaya baju mahupun rambut. Betul tak??? Atau anda memang tidak pernah main benda-benda macam ini?? Tidak mengapa mari saya tunjukkan satu iklan promosi jam tangan yang menggunakan Augmented Reality.


Macam mana anda teruja tak???

Please jangan cakap tidak!!! Hehehe saya sangat-sangat teruja!

Ini iklan pasal jam tangan. Tengok berapa ramai orang yang teruja dengan teknologi AR nih!.
Rasa-rasakanlah diorang teruja jugak tak nak beli jam tangan tuh??

Ini saya nak tunjuk satu lagi video yang menarik perhatian saya untuk membuat research dalam AR. Sila tengok kalau rajin....=D




Macam mana dengan researcher kat luar tu?? Adakah video ini telah menarik perhatian anda??? Give me FIVE!!! yeah...

Kalau ada sesiapa kat luar tu berminat nak share pasal AR, jangan segan-segan hantar komen dan email anda. Nanti saya akan bagi email rasmi saya ok???

Byes....sayang anda semua (^^)


agak-agak berapa kos nak buat research ni yerh (@@) need supporter!

Salam Maal Hijrah 1432


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Patutla saya keseorangan, rupanya esok cuti. Saya tidak tahu esok cuti sempena Awwal Muharram. Sedihnya, hati mula rasa menyesal balik ke bangi pada sabtu lepas. Takpe-takper as sabar-sabar.

Terima kasih pada mak yang call petang tadi mengingatkan saya pasal doa akhir tahun. Selalunya saya yang akan mengingatkan emak...hehehe..

Pada 1431 H, saya telah tunaikan beberapa azam saya. Syukur Alhamdulillah. Saya sangat seronok. Terima kasih juga pada yang mereka yang membantu.

Sempena tahun baru ini, saya harap dapat laksanakan azam yang telah saya tanam dalam diri. Ye!!! As boleh!!!!



MALANG KAH TUAH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sekarang waktu malam, tiada siapa dirumah dan saya dalam keadaan tidak selesa, tidak sihat, tidak seronok, tidak gembira dan mula rindukan rumah kampung saya dan pelukkan ibu saya.

Saya keseorangan dirumah, tiada siapa dirumah. Mana pergi semua orang??? Rumah ini hanya persinggahan sementara sahaja, untuk tidur, mandi, rehat dan keluar setelah mempunyai tenaga yang cukup untuk aktiviti seterusnya. Begitulah kehidupan kami penghuni rumah ini yang masih belajar.

Kini saya tinggal keseorangan, saya tidak sangka akan tinggal seorang, kerana biasanya saya yang akan meninggalkan budak-budak rumah. Hehehehe...

-----------------------------------------------------------------------------------
ehsan pakcik Google.com

Semalam sempat jumpa juga dengan seorang housemate sebelum dia keluar tak balik-balik.

Dialog kami

Housemate : Wah..acik nampak muda!!!!
Saya : owh ek... dalam hati berkata---> ( Bodek la tuh )
Housemate : serius la
Saya : dalam hati berkata--->(saya memang muda lagi)
Housemate : Tak nangis ker???
Saya : menangis la jugak dalam hati.

( Setakat hilang ini??? saya pernah kehilangan benda yang lebih berharga dari ini.... saya sudah banyak menangis...)

Jika hilang itu boleh dijumpai semula ia sangat bagus dan saya sangat suka, tapi mungkinkah??

Malang atau tuah??

--------------------------------------------------------------------------------------------
Mari saya ceritakan apa yang saya baca dari beberapa buah majalah dalam 2 3 bulan ini. Cerita yang sama tapi versi yang berlainan.


Seorang penternak kuda kehilangan beberapa ekor kudanya. Lalu dia mengucapkan " MALANG KAH TUAH??"

Seminggu kemudian, kuda-kudanya pulang dengan sekumpulan kuda-kuda liar. Lalu dia mengucapkan " MALANG KAH TUAH??"

Kemudian, anak penternak kuda cuba menjinakkan kuda-kuda liar, tiba-tiba seekor daripadanya memijak kaki si anak itu. Maka patahlah kakinya.
Si penternak mengucapkan " MALANG KAH TUAH??"

Orang kampung yang mendengarnya, mengatakan pada si penternak, " Sudah tentulah malang, mana tuahnya??? anak kamu sudah cacat!!!! "

Beberapa hari berlalu, tiba-tiba datang sekumpulan penyamun yang terkenal satu negara ke kampung tersebut. Penyamun-penyamun ini, menangkap anak-anak muda untuk dipaksa latih menjadi penyamun.

Anak si penternak terselamat kerana kecederaannya. Lalu si penternak menyebut dengan perlahan "MALANG KAH TUAH???"

--------------------------------------------------------------------------------------------

Malang kah tuah bila kita dapat sesuatu negatif atau positif???


Pernah seorang sahabat berkata pada saya.." Saya sungguh bertuah berjumpa dengan dia".

Sekarang saya cuba mengingati kembali bagaimana saya bertemu dengan kawan-kawan saya. Malang kah tuah??

99.90 percent adalah tuah. Yang baki itu bukan malang, tapi tersilap langkah yang juga berpunca dari niat negatif saya.

Kita tidak akan tahu apa yang tertulis dalam buku kehidupan kita. Yang hanya tahu hanyalah ALLAH S.W.T




Busy day come grab me!!

Assalammualaikum...dan salam sayang dari saya untuk anda semua.....


Hai..hai...as in da house!!! eceh...hehehe..memang saya dirumah saya sendiri sekarang. Sangat rindu pada katil dan bilik saya sendiri...golek-golek ----> hek hek hek..

Hidup sangat tidak seronok kalau tidak sibuk....

Belum sampai pintu rumah dah terima call dari orang-orang...sampai la masuk nak bergolek atas katil pun panggilan tak putus-putus...sampai bertindan-tindan lak...ecehhhhh-cehhhhh macam Perdana Menteri lak...hehehehe


Dalam sibuk-sibuk duk melayan call sana sini saya terjumpa bungkusan misteri di atas katil kesayangan saya....Aishhhhhh...apa ini???

Nama tertera adalah nama saya sendiri...nak tanya budak rumah sorang pun takder...hurm....

Hati dup dap dup dap....bungkusan dari Hong Kong, Jackie Chan kah yang hantar??? Hahahaha...

Jum kiter bukak...



Rupanya jam tangan bracelet!!! My dreams come true.... thanks for that person... what or who ever u are, i really like it ;)


Here come my new gadget. I wish it can live more longger than my white watch...fuhhh...

-----------------------------------------------------------------------------------------------


Now, its time to write a very-very good proposal for my thesis...ehermmmmm...

AUGMENTED REALITY???? what is that??? I still dont know what AR means. How come i be veryyyy lazy?? My due date to submit is 10/12/2010....ohohoho...i wish there is some miracle....toinkkkkk to do my thesis...hahahaha...


Sory to mimi coz cannot help your flash project. I wish i could help u and of course u pay it hehehe...but time is very short than my height..xP

Peminat