Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel hatiku berbicara

Tanjō-bi omedetō

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Hari ni hari lahir adik kesayangan As....Aisamuddin Bin Nordin.. 18 tahun lepas, adik saya dilahirkan di Hospital Besar Kuantan.... Sangat teruja apabila doa dimakbulkan oleh Allah S.W.T Ingat lagi waktu tu as umur 8 tahun...selalu main sorang-sorang, selalu nangis apabila along dan angah tinggalkan as untuk pulang ke rumah tuk...sebab mereka duduk dengan tuk.. Satu hari, as terpikir as nak adik sebab selalu jeles tengok kengkawan ada adik untuk bermain. Setiap hari as bising nak adik...hahahaha.... Mak kata doa la pada Allah...sebab semuanya kuasa Allah... Satu hari mak as sakit nak bersalin,,,as tak tau pun mak ngandung, ingat mak gemuk sahaja...hahaha.... Lepas tu, waktu pilih nama as kalut nak letak nama adik....nak nama ada 'A' macam nama as juga... Maka berebut-rebut dengan along waktu pilih nama dalam buku... Belek-belek maka as jumpa nama Aisamuddin, Aizudin dan apa lagi tah...kalau tak silap a

Doa Ibu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua Hari ni tajuk al-Kuliyyah TV3 ialah Doa Ibu. Sebak rasanya dalam hati As apabila mendengar mustajab doa seorang Ibu yang begitu penuh kasih sayang akan anak-anaknya. Pernah as terdengar mak menangis dalam doanya pada satu malam yang hening dan semua orang telah dibuai mimpi. Antara doa mak yang as terdengar ialah memohon merayu kepada Allah untuk kesejahteraan anak-anak, diberi petunjuk ke jalan yang benar, diampunkan dosa-dosa dan dilindungi daripada malapetaka buruk dan juga dijauhkan daripada orang-orang yang berniat jahat. Suasana sunyi sepi itu membolehkan suara halus mak sampai ke telinga as sehingga as menangis dari kejauhan. Oleh hal yang demikian, as sangat sayang akan mak, andai ada tersalah perkataan atau perbuatan dengan segera as cuba berbaik semula dengan mak.  as dan mak As rasa simpati dengan Kak Ela yang sudah tidak ada mak. As selalu baca status FB kak ela tentang rindunya pada emak. Maka

Apa yang kamu beri?

Assalamualaikum Apa yang kamu beri? Semalam terdengar cerita benar dari stesen radio tentang "You Get What You give" Ok mari olah balik cerita itu versi as sendiri... Ada seorang pelajar meminta pelajaran dari gurunya. Maka gurunya memberi sekeping duit RM1. Di atas duit itu, guru tersebut telah menconteng pada wajah Agong dan menulis no kad pengenalannya. Guru tersebut meminta anak muridnya itu membelanjakan dengan duit tersebut. Jika duit yang dibelanjakan itu kembali semula ke tangannya, maka telefonlah gurunya itu. Pelajar ini rasa takut untuk membelanjakan duit yang telah rosak itu. Tetapi dia buat juga seperti yang diarahkan gurunya. Pelajar ini bimbang jika dia hanya membeli dengan sekeping seringgit rosak, peniaga akan memulangkannya semula. Maka dia pun membeli barang dalam kuantiti yang banyak dan menyelitkan duit yang rosak itu dengan duit-duit yang lain. Peniaga tersebut tidak menyedari akan hal itu. Masa terus berlalu dan satu hari, pelajar terbabit menaiki teksi

TIPS HATI SIHAT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Tips Hati Sihat untuk hari ini ialah Bersyukur dengan Pemberian ALLAH s.w.t Bersyukurlah dengan penuh keikhlasan dan gembiralah dengan apa yang anda ada kerana mungkin orang lain tidak dapat apa yang anda dapat. Mari saya ceritakan disebalik kegelapan gambar di atas.... Dalam kegelapan pasti ada cahaya Besarkanlah cahaya itu dengan penuh kebijaksanaan dan cantikkanlah cahaya itu dengan penuh keilmuan insyaALLAH, kamu akan dapat hati seperti yang digambarkan oleh v v v as (^^) Ok ini motivasi buat diri saya sendiri dan sesiapa sahaja yang membacanya (^^) ---------------------------------------------------------------------------------------------- Syukur alhamdulillah kerana doa saya diperkenankan Allah. Ya Allah ya tuhanku, pertemukanlah aku dan letakkanlah aku dikalangan mereka yang benar-benar bertakwa dan beriman kepadaMu. Ya Allah ya tuhanku, bantulah aku agar aku tidak beriman denganMu dan sujud padaMu hanya dalam kesusahan...dan bantulah aku

Umur 100

kalendar April 2011 berlatarkan sawah padi di Kedah Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Baru pulang dari kedah...melawat moyang, sanak saudara dan kenduri kahwin. Sangat penat dan tidak sihat...fungus pun tak hilang lagi...boleh buat orang sebelah fikir saya menangis tak henti-henti...sob..sob.. Sudah lebih sepuluh tahun rasanya saya tidak pulang ke kedah. Moyang pun dah nyanyuk tak kenal orang, saya dan abah duk mengira umur moyang dan setelah dinilai maka tahun 2011 ni umur moyang genap 100 tahun... hehehe.. Moyang sangat kelakar sebab bila dia jumpa abah, dia kata abah berjanggut putih...abah kata dah tua....dan saya tidak tahu nak panggil ape kat dia..tok nek? tok wan? Umur 100 tahun...saya cicitnya dan anak buah saya cuitnya...sudah 4 generasi dibawah moyang. Minggu lepas anak moyang meninggal dunia...merangkap tuk sedara saya. Moyang cakap nak buat cam mana, depa dah panggil dia, depa tak panggil aku lagi. Moyang macam dah tak sabar nak pergi menghadap Ilahi. Mungkin dia tidak m

Syukur juga

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Semua Syukur Alhamdulillah..... Hari ini saya dapat baca banyak entri dari blog kengkawan tentang syukur. Saya hari ini bersyukur kerana masih demam. Walaupun demam saya dah reda tak seteruk tengah malam tadi tapi saya masih bersyukur ia belum pergi...ini satu ujian Allah yang sangat kecil buat diri saya. Selama ini saya jarang di serang demam panas yang lama kecuali waktu kecil kes saya rindukan abang-abang saya. Bila dah besar ni saya payah kena demam seingat saya abih sikit pun sekali je setahun. Sebab itu saya mengalu-alukan kedatangan demam supaya tanda pembersihan dosa kecil (InsyaAllah). Saya akan cuba tidak mengeluh kerana demam ini. Kerana saya pernah mengalami sakit yang lagi sakit dari demam. Penyakit HATI Saya mengalami penyakit hati yang sangat kronik walaupun saya cuba nafikannya. Mungkin ego saya terlalu tinggi. Saya melawan sehabis mungkin penyakit ini. Saya cuba tidak memikirkan perkara yang menjadi punca penyakit ini. Saya amat bi

TIGA

Assalammualaikum semua..... Adakah anda telah tersalah masuk blog??? Tidak....ini wajah baru blog My Idea @>-- Kalau perasan dulu saya pernah beritahu nak pakai skin ni....hehehe Skin yang sebelum ni memang cantik (pada pandangan saya ler) tapi tu la...saya tidak tahan melihat ianya berwarna pink. Terlalu soft..sedangkan saya sebenarnya tidaklah selembut itu. Skin tu sebenarnya sesuai untuk budak sekolah rendah yang suka tulis diari...cute~~ tapi saya sudah tua. Hehehe... Kali ini saya pilih skin nih....hurm.....agak leceh bila kena masukkan semula widget. Owh ye perlukah saya meletakkan feedjit?? kadang-kadang ia tidak betul...macam mana saya tau ia tidak betul?? saya taula...hehehe ----------------------------------------------------------------------------------------- Tadi terbaca tentang 30 perkara tentang wanita yang tidak sempat (x sempat???) diberitahu kepada lelaki... Malas nak senaraikan...sebab saya malas. -----------------------------------------------------------------

Pelan A tak jadi ???

Salam sejahtera semua pembaca yang disayangi (ye... sebagai manusia aku menyayangi kamu semua..;p) Pelan A minggu ni aku rancang nak balik kampung. Tapi aku batalkan sebab aku baru sedar minggu depan cuti midsem. So, aku pun buat Pelan B nak jalan-jalan dengan kawan pada hari ini 6/2/2010. Tapi pelan ni pun tak jadi..sebab kawan tak dapat datang tempat dia hujan dari semalam sampai la hari ni...( sedih jugakla...hatiku dilanda hujan lebat jugak). Ok, pelan seterusnya aku nak kuar hari esok beli tiket balik kampung...tapi ateh lak tengah berbincang nak ajak aku balik sama dengan dia. Aku bagi tempoh sampai hari ni...kalau takder keputusan aku kena keluar jugak hari esok beli tiket. Pelan tah yang keberapa...ayu ajak tengok wayang hari Isnin citer Avatar. Hurm dah lama tak tengok wayang. Tapi aku letak syarat kalau aku tak keluar hari Ahad, maka aku boleh pergi tengok wayang hari tu. Kalau hari ni dan esok aku tak keluar, aku nak buat apa? Mestile study..study..stido...aku punya target c

Hari ini kah??

Salam sejahtera.... Seninya Cinta Langit dan Bumi... Hari ini hari Jumaat...macam-macam boleh terjadi...banyak perkara yang akan berlaku pada hari Jumaat. Hari lain pun ada juga..;p Hari ini hari umat Islam menunaikan solat Jumaat. Kalau aku balik, abah atau along akan sembahyang Jumaat di bandar Temerloh...pastu pergi makan gulai ikan patin tepi sungai Temerloh...best..slurppp... ============================================================== Minasan....... My Idea dah bertukar wajah...hehehe... Dolu-dolu.. Sekarang.... Semalam mempunyai masa terluang..so ini la hasilnya... Lepas ni mungkin tak sempat dah...banyak esemen ... ========================================================== Sebenarnya apa yang aku tengah fikirkan ialah...adakah hari ni telah genap sebulan aku jadi pelajar master dan bla...bla... dan bla...bla... tak ingat... Ada sesiapa yang boleh ingatkan saya?...;p hehehe kenapa dengan gambar ni...ada kaitan kah?? Hurm biarla...yang penting aku tak lupakanNya... ============

Keselamatan dan waspada....

Palang besi baru....;p Salam sejahtera kepada semua, Tajuk kali ni..keselamatan. Dah lama aku nak tulis pasal kawasan rumah aku ni. Sebelum ni, ada pengawal yang jaga, tapi masih tak mencukupi...kecurian masih berlaku. Last yang aku dengar, ada rumah tingkat bawah yang di masuki pencuri ketika ada penghuni didalamnya. Hurm, macam mana boleh mencuri waktu orang ada dalam rumah?? Kena pukau kah.. aku tak pasti dengan cerita yang sebenar dan macam mana ia berlaku, ni budak rumah aku yang cerita. Persoalannya disini, adakah dengan menambah palang di pintu pagar yang berjaga akan menjamin keselamatan penduduk?... Hope ia terjamin la. Sebagai langkah keselamatan, orang yang terakhir keluar masuk rumah perlu mangga kan pintu. Sebelum ni, masing-masing malas. Dah terjadi, baru nak buat itu la, ini la. Hehehe termasuk la aku.... Bila pagar dah berpalang ni, mulalah menyusahkan aku keluar masuk. Orang lain pergi kerja balik petang, time palang di buka. Aku lak masa ni rajin balik tengahari...tak

Muhasabah Cinta

Salam sejahtera.... Dipagi yang cerah..burung berkicauan diluar, aku yang masih tercari-cari aktiviti hari ni dah duduk mengadap laptop menulis blog...;p Ok....kali ni tiada apa sangat nak dibebelkan atau diceritakan. Kalau membebel tak puas kat sini. Bak kata aisyah tiada feeling. Ya..feeling tu penting ya anak-anak semua..;p Sekarang ni aku dah pandai mengarut dah...(dulu pun pandai gak..;p). Konon as...kata dalam hati taknak buat camtu la, taknak buat camni la, sebab tak comel and tak baik...jaga diri, jaga akhlak hiasi peribadi dan......(tak ingat apa yang dipesan) akhirnya kalah juga dengan hati dan perasaan huhuhu... sawah padi ...;p Tengok pemandangan kat atas...cantikkan..sejuk mata memandang...warna tumbuh-tumbuhan...ni tak pasti waktu petang ke...pagi ke..atau lepas hujan. Tapi kalau kat kampung aku suasana macam ni adalah waktu pagi...segar rasanya...lagi-lagi kalau kena embun pagi... Hurm...oklah...dah ada idea untuk pagi ni...nak buat assignments. Ada tiga semuanya. Owh ye

Al-Fatihah

Surah Al-Fatihah Salam sejahtera semua.... Hari ni bangun awal dari biasa...dan tak tidur balik lepas subuh. Sebenarnya biasa je..;p. Sebelum memulakan kerja-kerja rutin di hujung minggu, nak tulis sikit apa yang berlaku semalam..tak penting pun, tapi cukup la membuatkan aku menangis dari petang sampai malam...( wah...anak abah belum matang lagi...kata nak nangis sikit je ) mata bengkak pagi ni, mujur cuti. Kenapa nangis..hurm, tak faham sangat hati ni, padahal benda ni remeh temeh jer. Ye ke?? Kalau bagi orang lain mungkin la. Aku menangis sebab, bacaan al-fatihah aku tak berapa nak comel. Teruk? erm tak pasti la pulak teruk ke tak. Sebab aku tak berada dalam isi hati yang si pendengar. Hurm, sedih sangat. Mujur ada orang pujuk. Kalau x mahunya lebih seminggu aku patah hati. Pergh..cam putus cinta jer. Takla..sebenarnya aku tak camtu pun, kalau aku tak dapat buat aku akan cari alternatif untuk mengatasinya. Terima kasih mak, abah n akak....sebab beri kata-kata semangat. Yang paling ga

Perancangan...

saje je letak gambar ni... Salam sejahtera semua pembaca My Idea @>-- Pengenalan Blog ini adalah luahan hatiku, tempat aku kongsi cerita, pengetahuan, pengalaman dan perasaan aku. ;p Permasalahan dan Persoalan Hari ni hari sabtu, semalam lagi aku dah rancang aktiviti aku (walaupun orang lain yang cadangkan dulu). Tapi semuanya tak jadi.Huhuhu...mungkin ini lah yang dikatakan, kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan. Yup, petang semalam aku ingat nak makan angin dengan aisyah sambil berborak-borak pasal percutian dia di kelantan. Tapi hujan yang dirahmati telah turun menyirami bumi. Alhamdulillah, mungkin aku boleh balik awal untuk persediaan pergi berenang pada malam tu. Tetapi, oleh kerana hujan semakin lebat di kawasan bangi, kawanku postpone pada pagi ni. Hurm, oklah takper, aku boleh sambung ngaji ngan kak sa'adah. Tengah malam, tetiba dapat message, kawanku yang seorang lagi tak dapat pergi swimming pagi ni, ok takperla. Pagi ni bila tanya seorang lagi kawan, dia

Hatiku Berbicara

Salam sejatera.. Minggu ni memang banyak perkataan hati, makan hati, terasa hati dan hati-hati. Siapa yang tidak akan cair hati kalau orang dah tawan hati kita dengan kata-kata yang indah. Siapa yang tidak akan tersentuh hati kalau orang ajak kita berubah ke arah kebaikan. Siapa yang tak terbuka hati kalau orang sudah bersungguh-sungguh dengan seikhlas hati untuk kita. Ujiankah ini? lakonan semata-mata? Oh jangan sekali cuba untuk mempermainkan hatiku. Sungguh seksa untuk mengawal hati dari jadi kotor..... hehehe...ayat-ayat hati sungguh kataku kali ini. ====================================================== Malam ni, Cik Siti dan Kak Tengku ajak pergi kolam..huhuhu..bestnya. Dah lama tak pergi renang. Kebetulan bulan ni agak stress. So mungkin dapat legakan diri kejap. Petang ni nak g makan angin ( kenyang perut makan angin) dengan aisyah. Lama dah tak borak-borak ngan aisyah.

Hati

Wallpaper from iLuvislam.com Salam sejahtera kepada semua... Sejak dua menjak ni, hati aku agak terusik, terganggu, gembira dan pelbagai lagi. Perkara ini akan berlaku setiap kali aku mula belajar balik atau untuk menghadapi peperiksaan. Tapi kali ini aku akan hadapinya dengan lebih bijak dan tidak akan melarikan diri lagi. Ini kerana aku rasakan diri ini sudah sampai masanya untuk matang..(ceh...wah..). Tetapi, ia membuatkan aku lagi berhati-hati dalam membuat keputusan dan tindakan. Kebelakangan ini, aku tertanya-tanya dan mencari persoalan atas perlakuan aku selama ini. Betul ke? Salah ke ? 3 tahun pengajian agama memang tidak mencukupi. Kini aku rasakan aku perlu reset balik pemikiran aku dan ingat balik apa yang di ajar masa di sekolah dulu. Kadang-kadang aku bagaikan budak kecil yang bertanyakan kepada semua orang, k enapa macam ini? boleh ke macam ni?. Sedangkan kalau difikirkan balik, aku tahu jawapannya. Malam tadi aku mencari satu pengertian. Aku baca forum iLuvislam.com d