Langkau ke kandungan utama

Catatan

Persiapan

Assalamualaikum Kepala masih pusing, demam ringan masih belum hilang ( saya suka!!!! ) (^^) Tinggal 3 hari lagi nak masuk 2011. Majlis resepsi perkahwinan masih belum setel. Tanpa saya tidak mengapalah kot. Saya tidak larat nak hadir. Terdengar bebelan ibu, saya kena hadir juga kalau tidak macam mana majlis nak berlansung..ye tak?? hahaha.... Owh....unMood AGAIN Berat hati saya nak tinggalkan, namun kebenaran adalah menyakitkan dan BEST!!! ---------------------------------------------------------------------------------------------- Demam-demam ni, macam-macam saya nak makan.... Apa yang saya nak makan?? Mari saya buat senarai : Tomyam campur tanpa daging - malam tadi da makan tp lupe pesan taknak daging Sup cendawan Spagetti Sponge cake ABC kurang manis yang banyak bahannya taknak nata de coca Burger Udang butter ikan ( masak stim, bakar, ) - ni ibu dah buatkan sebelum demam tapi nak lagi Itu saje kot buat masa ni.... Ibu kate sabar yer manje, minggu ni kiter jumpa. Tapi saya nak bali...

Clean UP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Baru pulang bertapa dari kampung Kat atas tu dituju khas buat anda-anda yang suka dengan saya (^^) siapa rajin nak susun balik gambar-gambar kat atas??? saya malas....hehehe

RESULT PEKSE

Assalamualaikum dan salam sejahtera... BadMood Bukan salah siapa-siapa..salah saya yang suka berfoya-foya ( pinjam kata-kata ustzah sri banun) waktu belajar. Alhamdulillah, subjek yang paling lemah sekali saya tidak dapat "c". Kalau saya dapat itu, saya dah buat keputusan untuk terus berhenti belajar...waktu buat keputusan ni, ramai yang membantah cuma ibu yang sokong walau dalam diam dia tak berapa setuju. Itulah ibu, sejak dahulu lagi dia penyokong tulang bengkok ini. Malam tadi keluar result dan keputusannya saya kena teruskan pengajian walau saya sudah malas. Sebenarnya saya tidak malas, cuma unmood. Ibu sangat gembira dengan keputusan periksa saya..dia cakap saya kena teruskan walau apa rintangan sekalipun. Semua orang bertanyakan bila saya mahu pulang rumah. Saya UNMOOD nak pulang. Saya rindukan semua orang tapi saya Kawan-kawan bertanya khabar pada saya tapi saya Saya sangat-sangat B....... -------------------------------------------------------------------------------...

New Idea???

cermin mata augmented reality Assalamualaikum dan salam sejahtera semua Hari Jumaat lepas saya telah bentangkan proposal tesis saya depan Dr. Haslina. Idea saya adalah untuk membangunkan aplikasi buku Augmented Reality. Berikut adalah beberapa cadangan hasil daripada literature review :- Buku pantun Brochure FTSM BUKU PANTUN Pantun merupakan satu peribahasa lembut yang sering digunakan masyarakat melayu dahulu dalam menyampaikan nasihat mahupun maksud tersirat. Namun, pantun ini sudah jarang digunakan oleh masyarakat kita pada masa kini. Malahan ia tidak begitu menarik minat generasi muda untuk mempelajarinya dan menggunakannya lagi. ( Owh... saya antaranya (-.-)! ) Saya kagum dengan Karam Singh Walia, yang menghidupkan balik pantun-pantun ini malah mengembangkan semula dan mencipta pepatah yang baru. Hasil projek akhir semester 2 yang lepas telah membuka minda saya untuk mencipta buku pantun yang menggunakan teknologi Augmented Reality. Disini saya nak gabungkan dua bidang pelajaran d...

Printer Problem

Assalamualaikum..... Di pagi yang mulia ini, hati saya sedikit panas. Anda nampak gambar di atas??? Itu puncanya. Sudah mau kena korek tabung beli yang baru. Siapkan dulu proposal AR. Then kuar pegi cari tokey kedai baik hati. kata hati : kena kerja kuat!

Augmented Reality

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua Saya sangat-sangat teruja dengan Augmented Reality sekarang. Apa yang saya faham tentang Augmented Reality (AR)? Augmented Reality atau dalam bahasa melayunya Realiti Pertambahan ( sangat tidak comel nama melayunya ) merupakan satu situasi dimana pengguna dapat merasakan sesuatu objek yang tidak bergerak keluar dan bergerak. Fuhh amat sukar ya definisi saya???? Ok, macam ini...AR ini menghasilkan objek maya (virtual) dan di keluarkan dari skrin komputer untuk bergabung dengan persekitaran sebenar manusia. Sebagai contoh....ok, kita nak keluar parti, tapi kita tidak tahu nak pakai baju yang sesuai then kita duduk depan skrin komputer yang dilengkapi dengan webcam then, kita choose baju yang sesuai dengan kita. Anda mungkin gelak, tapi anda sudah biasakan main dengan permainan anak patutng tukar baju masa kecil-kecil atau dalam farmville fb. Avatar anda selalu tukar gaya baju mahupun rambut. Betul tak??? Atau anda memang tidak pernah main be...

Salam Maal Hijrah 1432

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... Patutla saya keseorangan, rupanya esok cuti. Saya tidak tahu esok cuti sempena Awwal Muharram. Sedihnya, hati mula rasa menyesal balik ke bangi pada sabtu lepas. Takpe-takper as sabar-sabar. Terima kasih pada mak yang call petang tadi mengingatkan saya pasal doa akhir tahun. Selalunya saya yang akan mengingatkan emak...hehehe.. Pada 1431 H, saya telah tunaikan beberapa azam saya. Syukur Alhamdulillah. Saya sangat seronok. Terima kasih juga pada yang mereka yang membantu. Sempena tahun baru ini, saya harap dapat laksanakan azam yang telah saya tanam dalam diri. Ye!!! As boleh!!!!

MALANG KAH TUAH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sekarang waktu malam, tiada siapa dirumah dan saya dalam keadaan tidak selesa, tidak sihat, tidak seronok, tidak gembira dan mula rindukan rumah kampung saya dan pelukkan ibu saya. Saya keseorangan dirumah, tiada siapa dirumah. Mana pergi semua orang??? Rumah ini hanya persinggahan sementara sahaja, untuk tidur, mandi, rehat dan keluar setelah mempunyai tenaga yang cukup untuk aktiviti seterusnya. Begitulah kehidupan kami penghuni rumah ini yang masih belajar. Kini saya tinggal keseorangan, saya tidak sangka akan tinggal seorang, kerana biasanya saya yang akan meninggalkan budak-budak rumah. Hehehehe... ----------------------------------------------------------------------------------- ehsan pakcik Google.com Semalam sempat jumpa juga dengan seorang housemate sebelum dia keluar tak balik-balik. Dialog kami Housemate : Wah..acik nampak muda!!!! Saya : owh ek... dalam hati berkata ---> ( Bodek la tuh ) Housemate : serius la Saya : dalam...

Busy day come grab me!!

Assalammualaikum...dan salam sayang dari saya untuk anda semua..... Hai..hai...as in da house!!! eceh...hehehe..memang saya dirumah saya sendiri sekarang. Sangat rindu pada katil dan bilik saya sendiri...golek-golek ----> hek hek hek.. Hidup sangat tidak seronok kalau tidak sibuk.... Belum sampai pintu rumah dah terima call dari orang-orang...sampai la masuk nak bergolek atas katil pun panggilan tak putus-putus...sampai bertindan-tindan lak...ecehhhhh-cehhhhh macam Perdana Menteri lak...hehehehe Dalam sibuk-sibuk duk melayan call sana sini saya terjumpa bungkusan misteri di atas katil kesayangan saya....Aishhhhhh...apa ini??? Nama tertera adalah nama saya sendiri...nak tanya budak rumah sorang pun takder...hurm.... Hati dup dap dup dap....bungkusan dari Hong Kong, Jackie Chan kah yang hantar??? Hahahaha... Jum kiter bukak... Rupanya jam tangan bracelet!!! My dreams come true.... thanks for that person... what or who ever u are, i really like it ;) Here come my new gadget. I wish it...

tidak peduli sudah

Pantun

Assalammualaikum!!!! Hari ini cikgu as nak mengajar pantun ----------------------------------------------------------------------------------------------- Pantun Buah cempedak diluar pagar, Ambil galah tolong jolokkan, Kami budak baru belajar, Kalau salah tolong tunjukkan. Yang kurik itu kundi, Yang merah itu saga, Yang baik itu budi, Yang indah itu bahasa. Anak ayam turunnya lima, Mati seekor tinggal empat, Kita hidup mesti beragama, Supaya hidup tidaklah sesat. Tiga saja sudah cukup.....ia sudah bermakna kan??? (^^) -------------------------------------------------------------------------------------- Final project multimedia bagi semester ini. ------------------------------------------------------------------------------ Sedikit rasa tidak puas hati dengan pemilik nombor ini... 0145289789. Boleh jer call orang tengah malam. Then, bila tanya siapa nih?? leh lak mintak credit singgit ngan orang plus tanya balik sapa neh......haloooooo siapa kamu saya nak bagi kredit kesayangan saya???...

Yeay..terima kasih

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua (^^)/ Yeap....hey...yeap..hey...yeap...hey...(cara terbaru as sorak!!!) Mood saya sangat baik (^^) ----------------------------------------------------------------------------------------- Semalam Semalam saya telah dibawa berjalan-jalan oleh Cik adik manis ---> aisyah . Hehehehe..... Dia belanja saya makan Big Apple dan juga KFC.... ROMANTIKA gitu...makan berdua hik hik hik.... Gambar takder nak masuk....semua dalam handset aisyah... Big Apple....nyum..nyum..nyum.. Aisyah dah lama janji nak belanja Big Apple...hehehe... semalam dia usahakan juga walaupun dia sangat sibuk dengan bisnes dia.... Terima Kasih Aisyah.... sayang awak (^^)/. Terima kasih tunaikan janji yang pada saya tidak apalah jika tidak boleh..sebab kita masing-masing sibuk dengan pekerjaan sendiri. Semalam sangat-sangat seronok!!!! (^^) Pasal citer wayang itu...saya tidak dapat tengok rasanya....waktu itu terlalu sibuk dengan majlis. Hehehe...nanti kite setkan masa w...

Persoalan yang sukar dijawab

Assalammualaikum.... Hari ni saya telah selesai dengan exam Management Information Technology. Soalan yang diberi sangat mencabar akal dan hati saya. Perlu jawab 7 soalan dilengkapi dengan anak-anak soalan dan markah penuh 100. Terima kasih pada mak yang kejut saya pada jam 730 pagi. Bangun jam 4 pagi dan tidur balik jam 630 pagi. Ingat nak bangun kul 7 terlajak lak... ----------------------------------------------------------------------------------- Wokeh sekarang nak jawab soalan yang di tagkan oleh Cekgu Iman kepada saya :- "Once you have been tagged, you are supposed to write a note, with 25 random things, fact, habits, or goal about you. at the end, choose 25 10 people to be tagged. you have to tag the person who tagged you. if i tag you, its because i want to know more about you. your cooperation is highly appreciated. haha" Ini jawapan dia cekgu iman... biar tak betul tapi nak tulis gak...mak kata mesti jawab walaupun salah ... xD 10 things/fact/habits/goal about AS ...

Bersama dengan ehem-ehem

Assalammualaikum.... Saya telah jatuh hati pada ehem-ehem (^_^)/. Dah lama saya perhatikan si dia. Akhirnya saya berpeluang untuk bersama dengannya. Heaaahhhhhh seronok !!!!! bersama dengan ehem-ehem (^^)/ Umur dia baru seminggu....(-.-) masih dalam penyesuaian diri dengan saya..eceh...terbalik lak...saya yang sesuaikan diri.... diberi peluang untuk membawa ehem-ehem Akhirnya hajat terlepas jugak untuk bawak Toyota Hilux bersiar-siar sekitar bandar Melaka. Pakngah, Makngah bersiap pakai seatbelt!!! \(^_^)/ Bawa dengan kelajuan 180 km seperti bawak pada tahap 80 km sahaja...huhuhu....hampir kena saman. Cakap manis-manis dengan Encik Polis dan minta maaf banyak-banyak...first time bawak tak sedar laju...excited gila-gila...huhuhuhu. Syukur alhamdulillah, dilepaskan....saya akan cuba bawak sampai 110 km sahaja...wokeh???? (*_*) bodyguard xp Buat masa ini, kami berjalan bertemankan bodyguard yang sangat sporting tapi.......garang (T_T) senyuman licik (*_*) Jangan bimbang ehem-ehem....bi...

Kenduri dan budak kecil

Assalammualaikum dan salam sayang semua !!!! (^_^) Sewaktu saya menulis blog ini, saya berada di Umbai, Melaka. Terima kasih pada pemilik dan internet ni, kerana memberi izin untuk menggunakannya. Heahhhhhh..... Kenduri Saya berada di Melaka kerana meraikan hari perkahwinan sepupu saya, Kak Linda dengan pasangannya Abang Syam. Tahniah kerana telah mendirikan rumah tangga. Semoga kekal ke anak cucu...amin. Majlis berjalan dengan lancar dan penuh meriah. Ini antara sebab saya sangat sayangkan budaya orang Melaka. Sifat muafakat yang ditunjukkan sangat-sangat menonjol. Budak Kecik Sewaktu saya berjalan kaki pulang ke rumah rehat, 2 orang budak kecik ( dalam darjah 2 atau 3 mungkin) berkayuh basikal bertentangan dengan saya. Dengan senyuman mereka menegur saya "Kak..." nada macam "hai...Terkedu saya. Dalam hidup saya bila sudah besar lam sekolah menengah baru saya reti nak tegur orang tepi jalan. Itu pun orang kenal dan orang tua sahaja. Dua orang budak ni kecik jer..tapi t...

Bila saya sudah puas

Assalamualaikum....... Saya tengah tunggu seseorang ambil saya untuk dibawa jalan ke planet marikh!!!! Hehehehe.... Lambat sungguh...jadi bila saya sudah puas tunggu, macam-macam saya buat. Main-main tangkap gambar cam kat bawah ni. Pastu susun satu-satu...then jadilah macam di bawah... Muka saya dah macam-macam bentuk bila dah puas menunggu orang....haiiipppp...

Malam Jumaat

Assalamualaikum Hari ni hari KHAMIS. Sekali lagi saya menulis pada hari Khamis tapi pada Malam Jumaat. Sudah baca yasin kah anda semua??? Hehehehe...tak semestinya kena baca yasin nak baca surah lain pun boleh juga...betul tak?? Kalau salah bagitau yaa??? -------------------------------------------------------------------------------------- Saya P.E.N.A.T Terlalu ramai sahabat saya menanya kewujudan saya di Facebook. Saya sudah deactive fb. Tapi kadang-kadang saya aktif balik untuk tengok picture babies korang semuanya..hehehe... Kenapa saya deactive? Mestilah sebab saya malas dan saya P.E.N.A.T. Ini baru sahabat-sahabat tanya, belum lagi esok kena serbu pertanyaan dari sedara-mara... Iye E.S.O.K Esok Sarjan (B) Nordin akan datang bawa saya untuk pulang ke M.E.L.A.K.A bersama dengan mak. ---------------------------------------------------------------------------------------- Hari ini tanpa saya sedar saya telah menangis tanpa sebab. Owh, ini gara-gara kerana itu. Itu buat saya menangis...

KHAMIS

Assalamualaikum Saya sangat serasi dengan hari Khamis. Kerana saya lahir pada hari Khamis. Masa tinggal di Kelantan, Hari Khamis merupakan hari yang saya nanti-nantikan...ehehehe...hari Ahad pula hari saya ponteng sekolah nak tengok katun ( ada la sekali dua )... pas jadi mawas opss pengawas, tabiat ni di tinggalkan terus... saya budak BAEK....hehehe Setiap hari khamis juga saya akan menerima beberapa perkara sedih dan gembira...(tapi banyak perkara sedih..) DUGAAN...sabar jer la as...hehehehe..anggaplah ini kelebihan kamu... ------------------------------------------------------------------------------------------------ Kawan-kawan!!! Jadual periksa sudah keluar!!! 25 Oktober 2010 : Inovasi Multimedia : 0900 : BK2 2 November 2010 : Management Information Technology : 0900 : BK1 Owh berita baikkah ini??????? (-.-) Saya harap tiada gangguan yang boleh mengganggu emosi saya untuk study....AMIN -----------------------------------------------------------------------------------------------...

Selamat Hari Lahir As

Assalammualaikum dan Salam sejahtera kepada pembaca My Idea @>--- Selamat hari lahir As... Tepat jam 12.00 malam 17 Oktober 2010, saya dapat mesej dari kawan-kawan mengucapkan selamat hari lahir. Saya telah berumur 25 tahun. Genap 25 tahun saya berada dimuka bumi ini. Satu pelukan erat dan kucupan didahi dari mak dan abah. Satu hembusan doa di ubun-ubun dari mak seperti yang dilakukan sejak dari bayi lagi. Apabila masuk saja tarikh 17 Oktober saya mula bayangkan mak tengah sakit hendak melahirkan saya. Air mata mula mengalir mengenangkan pengorbanan mak dan abah. Di hari kelahiran saya, saya panjangkan lagi doa buat mak abah yang tercinta. Sakiti mak dan abah maka sakiti hati saya juga. Menangisnya mak abah maka menangis juga saya. Saya juga tidak sempurna, terlepas kata-kata yang tidak enak pada mak abah. Saya pohon ampun dengan satu ciuman dan pelukan, minta maaf segalanya... ----------------------------------------------------------------------------------------------- Semalam ma...

Kata-Kata

Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. MANUSIA..... boleh membentuk SERIBU kata-kata, SERIBU bahasa, Namun, ia tidak dapat memperlihatkan UNGGUL nya perasaan...

Bermain dengan budak kecik

Assalamualaikum.... Ini entri yang kedua malam ini.... Selepas saja selesai kenduri kahwin di rumah paklong, Bachang. Anak-anak buah merengek-rengek menuntut janji untuk dibawa bermain kuda di tepi pantai... Atuk yang sememangnya baik hati dan pemurah itu mengotakan janjinya. Kata abah tidak baik tidak tunaikan JANJI apabila kita sudah berJANJI. BETUL !!!!!!!!!! Maka, pergilah kami ke pantai Klebang berdekatan dengan rumah atuk. Agak menghampakan apabila dilihat pantai kini tidak seindah dahulu....sungguh kasihan dengan generasi muda masa kini. Budak-budak ni naek kuda padi jer...nak naek sama tak tergamak....bukan sebab saya berat!!! tapi sebab kuda itu saja yang kecil..tidak sampai hati saya... --------------------------------------------------------------------------------------------- Esoknya kami bertolak pulang..sempat lagi singgah di Zoo Melaka. Setibanya di Alor Gajah, kami terjumpa sebuah kenderaan HONDA kemalangan. Kejadian sungguh pantas...dua penumpang tercampak ke sisi jal...

Kenduri di Melaka

Assalammualaikum!!! Hari ni saya berkesempatan mengupdatekan My Idea @)-- ini. Owh sangat merindui kamu!!... OK...cukup intro ngader-ngader ini... baru jer tinggal 2 hari sudah.... Jumaat lepas saya telah pergi kenduri kahwin sepupu saya di kampung Bakar Batu, Bachang, Melaka. Majlis akad nikah diadakan pada waktu malam dan bersanding juga pada malam itu. Hurm...ni abah kata cara orang dolu-dolu...entahla... bunga api dan mercun hantaran dari pihak lelaki Hari sabtu esoknya di teruskan majlis sehingga ke petang. Alhamdulillah majlis selamat dijalankan hingga ke petangnya dengan suasana meriah. Sanak saudara sangat ramai dari pelbagai generasi dan juga keturunan. Hekhekhek.... Tahniah buat sepupuku Nor Suzana Abd. Razak ---------------------------------------------------------------------------------------------

Packing bag balik Melaka

Assalammualaikum........... Hari ni agak lewat bangun subuh 6.40 am. Lepas subuh mata masih mengantuk tapi malas nak tido balik....tengok!!! tido pun malas...hehehe tu belum lagi nak buat makan....tapi kalau da ada keluarga takla malas...serius saya tak macam itu. Macam biasa bangun pagi, si dia akan hantar mesej selamat pagi...tapi tidak la hari-hari..time dia rajin la kot... ada masa tu dia atar mesej selamat pagi pada jam 1130 pagi or 1 tengahari....haluuuuu tak tengok jam or kamu memang suka buat lawak or kamu sudah berada diluar negara. =P Sebenarnya malam tadi pelan nak masak pulut. Tapi saya tidak reti so, mula la menanya pada pakcik google dan Cikgu Iman. Owh penerangan yang sungguh bermakna. Saya sudah faham tinggal lagi yang tak faham ialah sukatan untuk orang makan...hukhukhuk...malas sungguh nak call mak pagi buta ini. Mesti mak kelam kabut nak bersiap balik melaka. MELAKA Saya adalah anak kelahiran Melaka yang merantau di negeri orang mencari sesuap nasi. Saya dilahirkan d...

Ganti Puasa

Assalamualaikum!!!!! ada orang kat blog tak??? hehehe Hari ni hari khamis bersamaan dengan 23 September 2010 dan 14 Syawal. Eh..eh..kejap jer masa berlalu kan??? Kejap jer dah nak hujung tahun...kejap jer dah nak abis belajar (jangan perasan As!!! ) dan kejap jer dah nak...... =p Sebut kejap-kejap nih...aok mer dah abis ganti pose ker?? soklan rasmi untuk kaum hawa. Bagi laki-laki yang ada tinggal pose kerana malas..sila malu pada diri anda okey??? Saya tanya sebab saya sudah habis ganti!!!!! Yeay!!! tapi tak beraya sakan lagi =( Seperti yang dirancangkan saya mula berpuasa pada hari raya ke-4 hingga la terus ke hari raya yang ke-11 dan skip pada hari raya yang ke-10. Setiap kali masuk bulan Syawal, mulalah persoalan yang sama akan timbul dari kalangan kaum hawa nih.... boleh nggak disatukan puasa ganti berserta dengan puasa enam? . ATAU betul ke kiter takleh puasa 6 selagi tak selesai puasa ganti. Penat la dengar banyak pendapat dan jawapan yang tidak mempunyai bukti yang kukuh. So, ...

Selamat Hari Raya Sayang!!!!

Assalamualaikum semua (^^) Saya sayang kamu semua!!!! opss...siapa yang tidak mahu jangan terima sayang saya itu..hehehe Hari ni dah masuk raya ke enam....saya pun dah mula berpuasa sejak raya ke empat..insyaAllah saya akan teruskan sampai hari ahad ini...hehehe...cayok as!!! Sambutan raya kali ini tidaklah besar-besaran macam tahun lepas tapi masih lagi seronok. Saya merayu pada mak untuk tidak buat lemang dan ketupat atau pelbagai jenis juadah yang lain...sebab saya sangat-sangat penat. Cukuplah dengan lontong, nasi impit, kuah kacang dan beberapa lauk lain yang boleh dimakan dengan nasi....sebab saya sudah tahu setiap rumah kiri dan kanan saya akan beri 2 batang lemang..hehehehe....sungguh licik kamu As... Mak plan untuk masak nasi untuk sedara mara yang datang kerumah... Pada malam raya...suasana agak suram...hanya saya, mak abah dan adik sahaja. Sungguh sedih....tapi nak masuk tengah malam, saya terkejut abang ngah dan keluarganya datan g untuk tidur dirumah kami. Nampak cahaya di...

Bersama Tersayang

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua (^^) Pada sabtu yang lepas saya telah pulang ke rumah bersama dengan yang tersayang. Kebetulan pada hari itu diadakan majlis berbuka puasa di masjid. Kami langkah kanan yer??? Alhamdulillah...hehehe Selesai terawih, nenek saya mengadakan majlis khatam al-Quran. Sangat seronok....walaupun saya hanya dengar sambil cuci periuk di luar masjid...huhuhu.. Fuhh...penat sangat tapi penat lagi orang tuh yang kena drive...so saya mesti kuat dan jangan lemah dan kalah dengan kepenatan itu. Owh gembiranya sebab masih diberi peluang untuk bersahur dengan keluarga dan tersayang pada esoknya...kemudian kami pulang semula ke bangi sambil membawa bekalan dari emak tersayang. Sebelum sampai ke bangi, saya dibawa untuk solat asar di masjid KUIS. Cantiknya pemandangan disitu....rasa sejuk jer. Sempat jugak ambik gambar kat situ, tapi takleh nak upload, card reader ditinggalkan dirumah kampung...hehehe --------------------------------------------------------------...