Langkau ke kandungan utama

Catatan

Jom Tukar Barang

Salam sejahtera kepada pengunjung blog My Idea..@>--... Adakah anda ingin menukar barang? Ataupun ingin menjual barang... Apa kata cuba pamerkan barang tu dalam laman ni http://www.tukar-barang.acdra.net Laman ni dibina oleh aku sebagai latihan industri di tempat kerja.. Kalau nak komen tentang laman ni pun boleh la emailkan kat as@acdra.net K....selamat bertukar barang..

Jom berkenalan...

Ini lah gambar aku yang agak terbaru. Sebenarnya payah gak nak letak gambar dalam ni, malu jugak. hihihi... Tapi tak kira nak letak gak...

Huru hara jadinya..

Ini adalah hasil gambar kucing yang aku edit malam tadi. Hihihi... rosak jadinya gambar kucing ni. Sebenarnya aku nak letak gambar typografi aku yang terakhir, tapi entah kenapa takleh nak upload lak.

Typografi Bulu Ayam

Ini adalah tyografi yang seterusnya setelah yang kedua telah ditolak. Kawan-kawan aku kata lawa la, cantik la. Tapi bila sampai ke meja pensyarah, huhuhuu...dia tak puas hati lagi. Bagi pensyarah aku, dia tak memandang cantik tapi seni. Aku tak guna konsep yang dia ajar. Konsep kedalaman warna, konsep sudut cahaya, bayang. Sedihnya, dah la nak masuk exam waktu tu. So, aku pun buat yang lain. Kali ini dia minta aku hasilkan typografi guna geometri yang ringkas seperti bulat.

Daun ke bulu ayam

Ini adalah typografi. Jika di perhatikan dengan teliti, aku menghasilkan daun menggunakan nama aku sendiri. Ini adalah hasil kerja yang kedua setelah typografi hujan biru di tolak. Tapi ini pun ditolak juga. Maka aku pun hasilkan typografi yang lain.

Hujan Biru

Hasil kerja ini kena guna 100% adobe illustrator. Tapi telah mendapat kritikan yang teruk dari pensyarah. Maka, aku pun buat yang lain .

Adik Beradik Harimau...

Ini adalah imej manipulasi. Hasil kerja berkumpulan. Jika sesiapa yang pandai melihat dengan teliti, mereka akan nampak pelbagai kategori keluarga kucing. Dalam gambar ni ada gambar kucing, singa dan harimau dan harimau bintang.

Shading Shape

Huih...pink. Asalnya hitam, tapi boring la sebab semua budak kelas hantar warna hitam, so aku pun tukar jadi warna pink. Rasa-rasa berapa markah yang pensyarah bagi. Aku pun tak tau la. Shading shape ni diberi pilihan sama ada nak buat dengan hasil tangan atau pun guna adobe illustrator. So aku pun pilih guna adobe. Dah cuba buat dengan lukisan tangan tapi, lebih 10 helai kertas yang aku buang. So, aku mahir lagi guna adobe illustrator. :p Shading shape yang dihasilkan ni banyak lagi kelemahan tapi aku terpaksa hantar juga sebabnya nak cepat balik kampung hari tu.

Hasil Kerja Seni Lukis Seni dan Grafik

Ini adalah hasil kerja berkumpulan. Kami telah diajar untuk bagaimana nak letak huruf yang sesuai dalam cover magazine ni. Kami menggunakan konsep ruang putih. Hasil kerja ini pada mulanya di tolak oleh pensyarah. Maka kami pun mengubah semula kedudukan gambar dan tulisan. Jika diperhatikan tulisan mengenai tajuk-tajuk kecil dalam majalah, kami meletakkan ia disebelah kiri. Ini kerana pembaca telah mempunyai kebiasaan untuk melihat sudut sebelah kiri dahulu. Selain itu, kami turut meletakkan harga di sebelah kiri atas, kerana pembaca di Malaysia, akan memerhatikan harga setelah melihat tajuk majalah tersebut. Inilah lumrah penduduk Malaysia, kata pensyarah kami. Bar kod pula kami letakkan di sebelah sudut bawah kanan. Ini untuk memudahkan penjual scan bar kod tersebut.

Hasil Kerja Untuk Tutor 2

Masa aku hasilkan ilustrasi ni aku ambil masa dalam 3 hari. Pening juga nak memikirkan idea ni. Roomate aku yang banyak komen. Dia cakap aku punya ikan cam mati lemas je. Aku hasilkan gambar ilustrasi ni ngan adobe illustrator. Tutor aku nak aku gunakan pelbagai jenis tool yang ada dalam illustrator tu. Maka inilah hasilnya. Pada mulanya aku tau gambar ni tak secantik dengan gambar budak kelas aku yang lain, tapi yang paling mengejutkan aku adalah antara 2 orang yang dapat markah penuh 10/10. Hihihi...bangga sedikit dengan diri sendiri. Pada pendapat aku gambar ni memang tak cantik sangat pun tapi, aku ikut syarat yag ditetapkan oleh tutor aku. So, aku tak payah la kena buat semula assignment ni.

Hasil kerja untuk Tutor

Aku tau tak lawa pun aku buat ni. Tutor bagi markah kesian je 5/10. Huhuhuhu... ini adalah hasil gambar photoshop yang kedua setelah yang pertama tak dapat markah langsung. Tutor cakap tak terima apa-apa assignment pun dari aku. Mesti dia tipu sebab aku dah hantar ngan kawan-kawan aku sekali la. Ni mesti dia nak suruh aku buat yang lain, so aku pun buat dengan rasa berbesar hati. Poster ni aku buat sebelum cerita ni disiarkan di wayang tau.

PROJEK...PROJEK...PROO WOOO

Minggu ni adalah minggu yang ke 10. Minggu ke-12 aku kena hantar projek java myCal. Minggu ke-13 dan 14 aku kena presentation sadam. Pening-pening, bukan pening sebab aku lambat buat tapi pening sebab aku dah cuba buat seawal mungkin tapi tak juga siap-siap. Sebabnya aku tak berapa faham nak wat camne biarpun dah diterangkan. Kehendak soalan dah di fahami tapi nak menghasilkannya tu sungguh sengsara sekali. Dugaan.
Pada 29 Julai baru ni, aku dah dapat seorang lagi anak sedara. Nama dia Siti Farihah Aliya. Abang aku panggil Aliya Maisarah. Sebab nama kakak ipar aku Siti Sarah. Comel sangat. Putih merah kulitnye. Gebu sungguh pipinya. Baby memang comel. Bau baby pun wangi semula jadi. Ayie kata kat adik dia, " bulatnya mata". Adus kelaka sungguh, adik dia tu mata pe aku je. Kecik je. :D Aku tengok dia last masa dia umur 2 hari. Sekarangg ni mesti dia makin tembam dan comel. Rindu gile la. Aku nak balik tengok dia, tapi aku sibuk ngan projek semester dan kursus jurulatih pbsmm. Apa nak buat. Nanti mesti dia takut kat aku. Sedihnye...
Aku baru pulang dari kampung semalam. Saje je balik jenguk atuk ngan akak ipar aku. Aku bakal dapat anak buah lagi seorang. Due sepatutnya 19 tapi semalam 23 haribulan masih tak keluar lagi. Risau jugak kalau ada apa-apa terjadi. Apa-apa hal aku doakan semuanya selamat. Hari ni birthday anak sedara aku, fazari. Manala tau kot-kot dia bakal dapat adik harini. Umur dia pun genap 2 tahun. Hari ni jugak abah nak datang kajang. Dia ada kerja kat putrajaya. Tapi kenapa nak duk kat kajang. Kan jauh tu. Ke abah silap information. Aku pulak nak kuar petang ni nak gi check duit. Aku gi ngan asyah. Kalau ada duit kami nak terus ke warta. Beli dan belah warta le jawabnya... ;p

Sem1 Tahun 2

Hihihi...skima tak tajuk aku. Lantaklah...dah lama aku tak login blog aku ni. Rindu gile la kat blog aku ni. Sebenarnya aku malas nak login. Sebabnya aku tak daftar lagi wireless untuk sem ni. So aku masuk lab fakulti aku je la. Kalau online kat bilik, sudah pasti aku duk ngadap je laptop nak dekat 25 jam. Buat masa ni aku ngan kengkawan relax lagi. Nota kuliah pun tak lengkap. Tapi projek dah ada. Maka kami mungkin buat perancangan untuk projek dulu. Ntahlah bole buat ke tak. Insya-Allah boleh buat. Aku yakin. Kali ni kami akan buat yang terbaik dari yang sebelum ni. Dalam masa yang sama komik Detektif Conan tinggal lagi 2 volume yang masih belum baca. Iaitu volume 3 dan 4. Lagi 22 buah yang belum dibeli. Harga pun dah naik 40 sen. Adus....Sem ni kena berjimat sikit. Aku diwajibkan ambil sem 3 untuk tahun ni, sedangkan pinjaman hanya untuk sem 1 dan 2 jer. Bajet satu sem seribu lebih la. Aku ni boros jugak. Duit minyak motor 5 ringgit seminggu. Kena buat pelaburan ni....(garu kepala).
Dah abis exam....yeaaa. Barang dah siap packing. Malam ni balik dah. Masa ni aku nunggu abang-abang aku yang tercinta untuk datang ambil motor aku. Punya sayang dia orang kat motor aku. Kat aku dia orang sayang tak? Ada ke patut aku tanya cam tu. Patut-patut. Pagi esok dah sampai kat kelantan. Hihihi, aku tak sempat la nak pegi beli baju untuk mak ngan abah. Abah nak baju UKM. Nanti bila ada design baru la baru aku beli. Kat kedai semua design lama. Tak lawa dan mahal tak kena tempat . Patut ke tak ku beli tv card. Nak tanya abah takut kena marah. Sebab dia bimbang aku tak study. Memang patut pun dia nak marah, sebab aku bila tengok tv memang tak ingat nak study. Semua keje jadi tangguh. Tapi roomate aku kata dia nak beli. So aku tumpang tengok dia la. Tapi yang tak bestnya aku takde privacy la. Aku suka memiliki dari menumpang. Payah la.
Yea...esok malam balik....Aku naik bas kul 8.30 malam. Tak sabar rasanye....Aku baru je siap mengemas barang. Esok exam kul 9 pagi abis kul 12. Lamanye. Pastu aku nak check out. Nak check in terus bilik baru. Menyusahkan betul la. Lantak la apa2 hal pun aku akan balik esok... Tak sabar rasanya nak duk rumah. Nak makan nasi ayam mak. Nak jumpa kawan-kawan lama. Ingatkan tak dapat jumpa dia orang dah. Ibun balik UMS 8 hb, rasanye sempat kot. Suruh dia orang datang rumah la. Nak jumpa ngan Fida, apa khabar la makcik tu..senyap je pas result ari tu kuar. Taknak dah mizcal aku. Tah- tah dah kawin, siapla kalau kawin tak ajak aku.. Dalam masa cuti ni aku nak gi sekolah ambil sijil STPM aku. Isk.. malu la pulak nak jumpa ngan cikgu-cikgu aku. Dah la aku dengar macam-macam huru-hara. Ntah apa khabar ngan ustazah.
Akhirnya tamat sudah english camp aku. Kami dapat tempat ketiga dalam pertandingan tu. Tapi sayang takde hadiah. Takpe lah aku dan kawan-kawan aku dah rasa puas hati sebab kami sudah cuba buat sehabis baik. Teacher aku pulak belanja makan biskut, hahaha. Aku sedih gila semalam. Tetiba je kawan aku telifon mintak aku gi kursus kat rompin. Tapi aku tak dapat pergi sebab aku nak exam rabu ni. Malam tu pulak aku nak balik kelantan. Dia kata ok, kalau camtu dia mintak aku datang pulak pada 2hb tolong minggu 3M sebab tak cukup orang. Adusss banyaknye duit aku nak datang semula. Pastu 6hb aku kena balik semula ke kelantan. Duit aku habis tengah jalan je nampaknya. Lain la kalau dia orang nak sponser aku RM50 seorang. Aku berbincang ngan abah, abah kata dia tak sanggup tengok aku terkejar sana sini dalam masa seminggu. Dah la 7 hb dan 8 hb ada family day. Sedara ramai datang. Bajet untuk ari tu mesti lari punya kalau beli tiket aku saja. Dia orang tak faham masalah aku dan keluarga aku. Family

Naruto.......

Ahhhh.. peningnya kepala aku hari ni. Terlalu lama dalam air-cond. Seronok juga lah language camp ni. Malam ni pukul 9 aku nak gi tengok budak-budak ni berlatih drama. Aku cuma tolong sediakan prop je. Mulanya teringin jugak nak berlakon. Tapi memikirkan aku ni gugup di saat akhir, baik tak yah la. Alhamdulillah, tadi abang Za telifon. Dia tanya aku ada duit ke tak of course I said NO. Memang aku ada duit tapi hampir kering la. Dia tak tau pun aku nak balik 28 ni. Abg. long tak bagitau dia. Baru abg. long telifon aku tadi. Dia munkin tak dapat datang UKM sebab hujan lebat kat kampung. Suara dia pun macam demam je. Sian kat dia. Nampaknya motor aku kena tinggal macam tu jelah. Berserah pada tuhan jelah. Alamak lupa juga aku nak bagitau dia lesen aku tamat hari esok. Parah jugak la aku ni. Tak sabar jugak aku nak nunggu rabu ni...