Langkau ke kandungan utama

Catatan

Ombak....

Tekanan perasaan hilang bila melihat deruan ombak yang tenang....huhuhuhu... Sedihnya.....

Kenapa???

Bulan yang kelam kabut.... Apa yang kelam kabut pun aku tak tahu... Payah untuk ditafsirkan apa yang telah terjadi... Semua masalah yang difikrkan jatuh ke bahu... tekanan perasaan yang di alami menyebabkan bahu terasa sakit... terasa seperti urat tendon putus satu persatu... menahan beban tekanan perasaan.. apa ni... perkara yang remeh sepatutnya menjadi senang saja ... kenapa nak menyukarkan perkara remeh... tak fahamlah hati manusia-manusia jenis ni... ( akukah??)

Dietooo...

Diettooo.... Aku sedang berdiet??? Memang jadi sejarah lam hidup. Kenapa nak berdiet. Sebab 25 hb 2 2009 aku ader ujian fizikal Penolong Penguasa Penjara . Penolong je...xp. Walauapapun, abah selaku Sjn. (B) memberi arahan dengan tegas " abah nak awak turunkan berat badan sekurang-kurangnya 3 kilo , bmi mesti bawah 26 dan tidak kurang 24 ... senang citer 25 je la . Abah nak awak mula kan latihan larian dan push up ." Mandakose..na.. Aku bertindak mengikut arahan ke?? Mestilah tak....aku kan degil. Tapi aku berdiet, tapi tak la 100%. Pantang orang ajak makan, aku pergi. Tapi yang pasti malam dah tak makan. Gambate ! ! !

2009 ::Tahun Penuh Cabaran::

Salam perkenalan buat tahun 2009, Biar pun bulan januari telah berlalu.. tetapi masih tidak terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru di ruangan My Idea...@>-- .(",) Awal tahun 2009, aku telah mendapat kerja di sebuah syarikat di Subang Hi-Tech. Lebih kurang sebulan aku di situ, aku minta berhenti. Kenapa??. Hanya diri ini yang lebih memahami kehendak hati. Setelah berhenti, aku terus minta kerja di FTSM, UKM . Kenapa UKM? dan kenapa FTSM?. Mungkin kerana aku terlalu rindu kan FTSM, UKM ? Mungkin ya mungkin juga tidak. Ramai kawan dan saudara mara yang tidak bersetuju dengan tindakan aku. Tapi kerana kedegilan dan kekerasan hati ini, mengatasi segala. Sebenarnya aku, tidak akan mebuat sesuatu tanpa berfikir masak sampai hangus dan jugak minta pertolonganNya... Walau apapun, aku tidak akan mudah mengalah. Biar pun air mata mengalir, aku akan tetap bangun mencari kekuatan.... Gambate....( mandakose..na )

Wallpaper As.. Ni.. Da..

Wallpaper As

Salam sejahtera kepada semua yang mengunjungi blog My Idea ni. Rasenya dah lama as tak update blog ni. Hehehe nak buat macam mana, tinggal di kawasan pedalaman amat sukar mencari line internet. Pakai telifon pun tak guna juga,lembab sangat servernya. Apa pun sesape yang rindukan as ni ambik la wallpaper as yang tak seberapa ni . Heheheh (",)

Will U Remember Me - Kyle XY

I've come undone Nobody's won Being alone Has given me hope The seeds that are sown Here on my own Are giving me hope Hope to burn again If I remember you, Will you remember me? If I remember you, Will you remember me? It killed me when you left I become so torn What once felt like theft Is making me hope Now that I can see Who I'm meant to be Now that I am one I can burn again If I remember you, Will you remember me? If I remember you, Will you remember me? And it's a silent voice All I can hear Ringin' in my ear And it's your silent choice Bring me new fears It's bringing me to tears If I remember you, Will you remember me? (x4)

Jom main lintah

Sabtu baru ni aku balik melaka. Masa kat sana, aku dan keluarga sempat tengok orang ternak lintah. Wah besar gile lintah dia. Abang long nak ternak gak ke?? Taknak.... Aku rasa baik ternak cacing tanah. Buahahahah.... Ni gambar aku masa main dengan lintah...Ade berani???

FTSM THE MATRIX

FTSM THE MATRIX , merupakan projek tahun akhir aku. Ia merupakan penjelajahan maya Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat. Kenapa aku menamakan dia sebagai THE MATRIX.... sebab aku banyak mendapat ilham dari filem the matrix . Projek ini dihasilkan menggunakan pengarangan multimedia jenis 3Ds Max Studio dan VRML pad. Skop projek ini sangat kecil. Aku hanya menumpukan kepada persekitaran luar bangunan dari dalam bangunan. Contohnya, jika pengguna ingin pergi ke bilik kuliah, aku hanya membawa pengguna ke luar bilik kuliah saja . Untuk menggunakan program ini, pengguna perlu mempunyai plugin seperti Cortona atau Bitmanagement. Atas permintaan penyelia, Profesor Dr. Datin Halimah Badioze Zaman , aku perlu meletakkan video suasana dalam bilik kuliah dan bilik penyelia aku sendiri. Pemeriksa projek aku adalah pensyarah seni lukis yang banyak meng'reject' hasil seni aku sebelum ini.... Huhuhu.....habislah aku...

Tahun Akhir Pengajian Multimedia

Salam sejahtera pengunjung blog My Idea...@>---- Sudah hampir 3 tahun blog ni beroperasi. Selaras dengan nama My Idea seharusnya saya menulis idea-idea yang menarik. Tapi yang saya sedar saya hanya banyak merepek yang bukan-bukan je. Heheheh suka hati saya la. Ni kan blog saya. Tahun akhir pengajian ... dalam 3 tahun ni macam-macam pengalaman yang saya lalui. Sedar tak sedar perangai saya pun berubah sikit je. Projek ilmiah pun tak mula lagi. Lembab betulkan. Saya kena buat realiti maya. Kalau projek ni berjaya baru saya akan tulis di sini. Dalam 3 tahun ni jugak saya dah dapat 3 orang anak sedara dan 2 orang sepupu yang sebaya ngan saya dah kawin. Bagaimana dengan saya?? Huhuhuh...terlalu complicated..

Jom Tukar Barang

Salam sejahtera kepada pengunjung blog My Idea..@>--... Adakah anda ingin menukar barang? Ataupun ingin menjual barang... Apa kata cuba pamerkan barang tu dalam laman ni http://www.tukar-barang.acdra.net Laman ni dibina oleh aku sebagai latihan industri di tempat kerja.. Kalau nak komen tentang laman ni pun boleh la emailkan kat as@acdra.net K....selamat bertukar barang..

Jom berkenalan...

Ini lah gambar aku yang agak terbaru. Sebenarnya payah gak nak letak gambar dalam ni, malu jugak. hihihi... Tapi tak kira nak letak gak...

Huru hara jadinya..

Ini adalah hasil gambar kucing yang aku edit malam tadi. Hihihi... rosak jadinya gambar kucing ni. Sebenarnya aku nak letak gambar typografi aku yang terakhir, tapi entah kenapa takleh nak upload lak.

Typografi Bulu Ayam

Ini adalah tyografi yang seterusnya setelah yang kedua telah ditolak. Kawan-kawan aku kata lawa la, cantik la. Tapi bila sampai ke meja pensyarah, huhuhuu...dia tak puas hati lagi. Bagi pensyarah aku, dia tak memandang cantik tapi seni. Aku tak guna konsep yang dia ajar. Konsep kedalaman warna, konsep sudut cahaya, bayang. Sedihnya, dah la nak masuk exam waktu tu. So, aku pun buat yang lain. Kali ini dia minta aku hasilkan typografi guna geometri yang ringkas seperti bulat.

Daun ke bulu ayam

Ini adalah typografi. Jika di perhatikan dengan teliti, aku menghasilkan daun menggunakan nama aku sendiri. Ini adalah hasil kerja yang kedua setelah typografi hujan biru di tolak. Tapi ini pun ditolak juga. Maka aku pun hasilkan typografi yang lain.

Hujan Biru

Hasil kerja ini kena guna 100% adobe illustrator. Tapi telah mendapat kritikan yang teruk dari pensyarah. Maka, aku pun buat yang lain .

Adik Beradik Harimau...

Ini adalah imej manipulasi. Hasil kerja berkumpulan. Jika sesiapa yang pandai melihat dengan teliti, mereka akan nampak pelbagai kategori keluarga kucing. Dalam gambar ni ada gambar kucing, singa dan harimau dan harimau bintang.

Shading Shape

Huih...pink. Asalnya hitam, tapi boring la sebab semua budak kelas hantar warna hitam, so aku pun tukar jadi warna pink. Rasa-rasa berapa markah yang pensyarah bagi. Aku pun tak tau la. Shading shape ni diberi pilihan sama ada nak buat dengan hasil tangan atau pun guna adobe illustrator. So aku pun pilih guna adobe. Dah cuba buat dengan lukisan tangan tapi, lebih 10 helai kertas yang aku buang. So, aku mahir lagi guna adobe illustrator. :p Shading shape yang dihasilkan ni banyak lagi kelemahan tapi aku terpaksa hantar juga sebabnya nak cepat balik kampung hari tu.

Hasil Kerja Seni Lukis Seni dan Grafik

Ini adalah hasil kerja berkumpulan. Kami telah diajar untuk bagaimana nak letak huruf yang sesuai dalam cover magazine ni. Kami menggunakan konsep ruang putih. Hasil kerja ini pada mulanya di tolak oleh pensyarah. Maka kami pun mengubah semula kedudukan gambar dan tulisan. Jika diperhatikan tulisan mengenai tajuk-tajuk kecil dalam majalah, kami meletakkan ia disebelah kiri. Ini kerana pembaca telah mempunyai kebiasaan untuk melihat sudut sebelah kiri dahulu. Selain itu, kami turut meletakkan harga di sebelah kiri atas, kerana pembaca di Malaysia, akan memerhatikan harga setelah melihat tajuk majalah tersebut. Inilah lumrah penduduk Malaysia, kata pensyarah kami. Bar kod pula kami letakkan di sebelah sudut bawah kanan. Ini untuk memudahkan penjual scan bar kod tersebut.