Langkau ke kandungan utama

Catatan

Penutup Sem 1 2010

Salam sejahtera semua !!! Hukhukhuk....nangis jap sesaat. Perancangan berminggu-minggu sudah lenyap. Hahaha...mujur aku dah jangka dan bersedia. Walaupun ada sedikit kecewa. Sikit je la...takyah lebih-lebih. Semalam dah habis exam. So habis la sudah sem 1 bagi aku tapi sem 2 bagi senior-senior aku. Sekarang dalam bas ondaway balik temerloh... Ingat nak balik ahad depan tapi tak jadi sebab sem 3 mula 3hb ni. Kelas dari Isnin sampai Khamis ( 8 jam seminggu)..adoiyai.. Sabar jer la

Wujudkah??

Salam sejahtera semua... Pagi ni lepas subuh dah mengagau tangan buka fb, email. Kemudian pergi godek-godek blog orang lain. Terjumpa lak nukilan yang best kat blog fara. So, nak share kat sini..credit to fara n pengukilnya (^^)/ Lelaki yang baik itu Akan melamarku melalui ayah dan ibuku Akan memetikku dari taman mereka dengan penuh rasa hormat dengan penuh rasa kasihkan Allah Lelaki yang baik itu Akan menjaga pandangan matanya Akan menegurku dengan hemah tidak akan menyentuhku selagi bergelar lelaki ajnabi buatku tidak akan memilikiku tetapi mendidikku Lelaki yang baik itu Tidak perlu mengukir kata indah penuh lalai Tidak perlu mengungkap kata cinta setiap hari Tetapi akan selalu mengajarku mengucapkan kata cinta pada Allah Akan selalu menyusun kata indah dan berseni menegur khilafku Lelaki yang baik itu tidak akan merasa gah dengan kuasanya tidak akan mengaku dirinya sempurna hanya peribadi dan iman penambat hati kerana kumahu lelaki yang mampu membimbingku Tetapi layakkah peribadi d

Langkah Tercipta

Semalam aku kelukaan, Kecewa kehampaan, Mencalar ketabahan, Impian seringku harapkan menjadi kenyataan Namun tak kesampaian, Allah… Inginku hentikan langkah ini Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan Semangat tenggelam lemah daya, Haruskah aku mengelamun jiwa Ku berbisik inilah dugaan Dan langkahku kini terbuka Pada hikmah dugaan uji keimanan Dan dilontarkannya ujian diluar kekuatan setiap diri insan Allah… Pimpini diriku, Tuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini Cekalkan hati dan semangatku Kurniakan ketabahan........ Agar mimpi jadi nyata.. padaMu ku meminta Dan ku mohon agung kudratMu Wahai Tuhan Yang Satu Segalanya dariMu Sumber Audio dan Video ini bukan ciptaan saya Semuanya dari youtube

Tupai-Tupai

Salam sejahtera semua (nada hepi!!!) Sebelum aku mulakan pembelajaran aku malam nih....aku nak cerita sikit pasal tupai-tupai... Malam sabtu baru nih aku dan budak-budak rumah memenuhkan perut kami dengan makan steamboat di restoran tupai-tupai. Hanya bayaran RM 25 seorang kami boleh makan ape saje yang disediakan di ruangan buffet dari jam 8 malam sampai jam 11 malam. Restoran ni tak jauh dari rumah kami..kiranya belakang rumah jer. Kami makan dari jam 830 malam sampai jam 1030 malam. Layanan diberi sangat istimewa, mungkin sebab semuanya perempuan kot (^^,)/ Kami makan dengan sepuas-puasnyer...kecuali saya..berhenti sebelum kenyang xP ( tipu...) Pelayan kat situ kejap-kejap datang...siap cakap buffet tu habis jam 11 malam ( kan dah cakap awal tadi )...pastu tanya ade ape-ape lagi tak?? Hurm (=.=) cam nak suh kami balik cepat jer.... Kami habis RM125.00...so takper la stay sampai kul 11 kan... hehehe Ladies from 406 mana satu nak pilih ni?? ini sebahagian makanan yang kami ambil..(^^)

Menyejukkan hati yang panas

Salam sejahtera!!! (nada panas) Apa khabar semua?? (cam tulis surat lak) Pagi yang dingin dan dikala hati yang panas, aku nak bagitahu tentang Persoalan yang ada dalam hati aku : Adakah aku ni terlalu lembut hati? Adakah aku ni mudah dipermainkan? Mudahkah aku ni ditipu bulat-bulat? (segitiga pun boleh). Adakah aku ni mudah diambil kesempatan bila aku maafkan kesalahan mereka? Perlukah aku kunci hati aku lagi? Adakah hati aku terasa sakit sekarang ni? Atau aku yang gedik rasa nak sakit hati, padahal jika difikirkan lantak dia la, bukannya kamu ada apa-apa. Atau juga," ala as bukan sekali ni awak kena, biarkan jer la, dah lali da Menyampah betul dengan diri I ni bila ada orang ambil kesempatan. Nampak sangat diri ni lemah. Maybe somebody leh bagi nasihat atau rasenyer nak shut up my mind for a while thinking of this. Yea thats good idea... Jangan cakap jika tak boleh buat. Kalau dunia ni mudah jer minta maaf tak payah la ada polis...hahaha ( tiru ayat dalam anime) Siapa yang teras

Mimpiku sekali lagi datang

Salam sejahtera kepada pengunjung setia My Idea @>-- Dulu mimpi ini pernah datang dan jadi kenyataan, tapi waktu tu ia benar-benar membuatkan aku trauma dan tak ingin lagi ia berlaku...tapi aku yang gatal ni pergi menggapai lagi mimpi tu.. Apa ni ??? keliru..... Malam tadi aku terima satu berita yang mengejutkan aku. Aku sepatutnya tak terkejut pun tapi aku lupa nak tak terkejut. Sebab berita ni aku patut jangkakan akan berlaku cuma tak sangka ia akan datang secepat mungkin. Aku yang memintanya dari tahun lepas. Aku dah lupa pun pasal ni sebab aku dah sambung belajar. Sekarang ni aku mula gelisah. Aku tengah bersemangat belajar tetiba aku dapat benda ni. Yela walaupun benda ni belum pasti lagi milik aku tapi kalau aku terima dan diterima macamana dengan pelajaran aku. Ok..ok kalau aku tak terima sekarang ni kemudian aku minta lagi tahun depan, benda ni nak aku lagi ker? Kemudian masalah yang seterusnya ialah orang tu....dia boleh terima ker aku ni kalau aku ada benda ni...ok..kalau

Menunggumu

Salam sejahtera semua.... banyak cerita nak dikongsikan tapi tak mampu untuk dituliskan lagi... layan je lagu nih.... Peter Pan - Menunggumu Didalam sebuah cinta…terdapat bahasa Yang mengalun indah…mengisi jiwa Merindukan kisah…kita berdua Yang tak pernah bisa…akan terlupa Bila Rindu ini..masih milikmu Kuhadirkan sebuah..tanya untukmu Harus berapa lama..aku menunggumu.. Aku menunggumu… Didalam masa indah…saat bersamamu Yang tak pernah bisa…akan terlupa Kenangan masa yang…menghancurkan jiwa Dengan segenap cinta…aku bertanya Bila Rindu ini..masih milikmu Kuhadirkan sebuah..tanya untukmu Harus berapa lama..aku menunggumu.. Dalam hati kumenunggu.. Dalam hati kumenunggu..aku… Dalam benak kumenunggu.. Dalam hati kumenunggu..aku… Masih menunggu…. Bila Rindu ini..masih milikmu… Kuhadirkan sebuah.. Harus berapa lama…Harus berapa lama… Aku menunggumu..aku menunggumu.

Cinta dan Pelajaran

Salam sejahtera kepada pembaca My Idea @>-- Semalan hari yang panjang pada aku. Cuaca panas menghangatkan lagi situasi aku pada waktu itu. Setengah orang mungkin tak suka lagi mengingatkan apa yang berlaku, aku pun sama. Apa yang berlaku semalam??? Aku main facebook tak ingat dunia ( yeke?? ). Huish bahaya-bahaya as. Setelah sedar dengan kesilapan diri, aku insaf dan minta nasihat dari abah. Akhirnya , aku di tazkirah dan di kaunselingkan hampir satu jam. Panas telinga aku, sebab menggayutkan handsetku ditelinga. Suara abah pulak kuat, walaupun aku dah rendahkan volume. Huhuhuhu....pegawai penjara la katakan. Abah : as kalau awak tak boleh fokus pada pelajaran lupakan saja dia. Tidak !!!!! As : Saya cintakan dia abah, saya sayangkan dia, janganlah abah suruh as lupakan dia. Huhuhu... Abah : Tapi baru je kenal, abah dah dengar citer macamni. Ini belum lagi awak kenalkan dia dengan abah. Kalau awak tak boleh handle dua-dua lepaskan saje. As : Taknak abah...huhuhu...as nak dua-dua. As

Baca buku + Jalan-jalan

Salam sejahtera Pameran buku di PWTC telah berlansung beberapa hari yang lalu... Seperti dijanjikan, aku dan kawanku telah pergi pada hari sabtu. Seronok juga tengok pameran ini dapat sambutan dari rakyat Malaysia. Ada datang dari negeri lain contohnyer kawan aku ni la. xD Ok, lepas puas jalan-jalan di pameran buku, aku pergi jalan Masjid Jamek. Apa bezanya Masjid Jamek dengan Masjid India?? Tapi yang pasti ni pertama kali aku datang jalan-jalan situ. Kawanku gelakkan aku sebab aku tak pernah pergi situ walaupun dah hampir 5 tahun tinggal di UKM. ---------------------------------------------------------------------------------- Jiwa kacau (curi ayat aisyah xD )

Laguna Resort : Last Day + Conclusion

Salam sejahtera...(nada ngantuk) Sekarang ni aku dah ade kat bangi. Kepenatan dah berkurangan tapi keseronokan masih terbayang di mataku.... Pada hari terakhir di Pulau Redang, kami bergambar lagi sepuas-puasnya. Aku mula mencari ubat mabuk (teringat saat aku hampir muntah dalam bot....erk...seksa). Tapi hampa bila dapat tahu ubat da abis. Mujur ada air 100 plus dan laut hari tu agak tenang. Mujur juga kami di bawa ke jeti yang paling hampir dan masa perjalanan 1 jam saje. Dari jeti kami dibawa makan nasi kukus dan ke Pasar Payang...tapi tak dapat nak beli banyak barang sebab berat dan masa ada lebih kurang 30 minit jer.. Kami check in flight jam 3 petang dan berlepas jam 4.30 petang... ------------------------------------------------------------------------------------ Kesimpulannya, bengkel ni sangat-sangat la seronok dan santai. Kami siapkan dulu kerja-kerja di FTSM kemudian hanya bincangkan future plan di Laguna Resort dalam satu hari sahaja. Waktu yang selebihnya kami enjoy dan be

Laguna Resort Day 2

Salam sejahtera semua....(nada penat....;D) Hari ni merupakan hari kedua kami berada di Laguna Resort, Pulau Redang. Selepas sarapan pagi, kami bergambar kali terakhir di pulau ni bersama dengan Prof Aziz dan Dr Juhana. Mereka kena pulang dulu kerana ada tugas lain. Research Group Geodiversity Repository System Selepas mengucapkan selamat tinggal...kami yang masih disini meneruskan aktiviti yang telah dirancang, iaitu snokling dari jam 10 pagi sehingga jam 12 tengahari. Yip...yip hurey.... tengah bagi makan ikan Indahnya ciptaan tuhan di dasar laut...terumbu karang yang cantik dan ikan-ikan yang pelbagai jenis dapat dilihat dan sentuh sendiri oleh aku. Sedikit menyesal tak ambil pic dalam air.... nampak tak ikan n corals tu?? Selepas zohor kami merehatkan diri sehingga jam 430 petang. Kemudian pergi main ombak....aku tak main pun..cuma ambil gambar diorang jer....malas dah nak basahkan baju. Sebelah malamnya kami ade BBQ, tengah makan-makan...Dr. Jamaiah cakap nak karaoke lagi...hehehe

Laguna Resort Day 1

Salam sejahtera pembaca My Idea @>-- Teman tapi mesra...wah wah...sebenarnyer semasa aku menaip aku tengah dengar Puan Zai menyanyi lagu teman tapi mesra....karaoke.. Aku sekarang ni berada di Pulau Redang, Laguna Resort. Kami bertolak dari rumah jam 4 pagi tumpang Puan Zai. Mengantuknyer...sampai di LCCT lam jam 4.45 pagi dan sarapan di McD. Agak kelam kabut bila dapat tau Siti tertinggal dokumen untuk check in ke resort. Mujur Ateh datang menyelamatkan keadaan. Thanks Ateh nanti cik Siti belanja.. :D Naik flight lam jam 7.05 pagi..ingat nak tidur jap tapi tak sampai 1 jam dah sampai Kuala Terengganu....huhuhu.. Naik bas ke jeti kemudian sementara menunggu bot, kami pergi minum air di pasar tepi tu. Wah bagusnya kat situ sebab tiada lalat walau seekor. Thanks to Dr Sufian yang menyedari fenomena ini. Kenapa yer? Pada hal keropok lekor, barang basah dan macam-macam barang makanan yang pasti mengundang lalat dijual di tingkat bawah. Ajaib-ajaib...mengikut teori Dr dan ba

Persiapan ke Pulau Redang

Salam sejahtera semua!!!.... Aku sekarang ni tengah buat persiapan nak ke Pulau Redang. Ye..Pulau Redang kat Terengganu tu.....mesti korang cakap...ala pulau je bukannya pergi oversea pun. Biorler....pergi free siapa tak nak??? korang nak??? Ok....sekarang ni barang tak packing lagi...tengah bincang-bincang dengan siti nak bawa ape yer? Ade beberapa barang tak beli lagi...beg travel kat kampung...nak balik ambik malas dah...kena beli la pulak...duit kuar lagi..hahaha...ni kalau abah tau kena marah ni... Apa aktiviti yang kami akan buat yer? Kalau ikut tentative tak rasmi yang kami buat tu, banyak main-main....Ish..ish..xD Dengar kate...prof nak bawa kami ronda-ronda pulau dengan bot dia....betul ke prof?? ish...ish...xD Pastu malam ade BBQ and Karaoke?....dengar kater Dr Jamaiah ngan Puan Zai dah practise....hehehe.... Aku dan Siti lak dah rancang aktiviti yang agak menarik bagi orang-orang muda... apatu??? hehehe..taknak citer lagi...takut nanti ade orang yang bising...siapa tu? ade l

Jalan-jalan

Salam sejahtera semua!!!! ( nada hepi... ) Saya rase gembira sangat hari ni... Saya tahu kiter tak bleh gembira sangat...nati duka...tapi saya nak menikmati kegembiraan ni selagi ia boleh dinikmati...yup... Kenapa saya gembira? Sebab semalam saya jalan-jalan ngan kawan saya. Jalan-jalan kat Mid je...nak jalan jauh-jauh malas dah...ingat jugak pesan mak abah...hehehe Lama jugak la jalan tu...jalan ok..bukan lari...Kami tengok wayang citer Confucius...konfius tengok citer ni ;p...mujur lam gelap...tak nampak le tengah nangis time sedih...tapi ngantuknyer...terlentok kepala ..hahaha....kena gelak ngan kawan... Balik je dah petang...mujur dah siap solat...so tak kisah naik tren lambat...sampai rumah jer badan rase sengal-sengal...sakit kaki...ngantuk...dan macam-macam lagi... Beauty is pain...lain kali kena bertegas dengan diri sendiri...aku takkan pakai kerana aku rasa cantik tapi aku nak pakai kerana aku rase selesa..... =================================================================

Bengkel Projek Akhir Geodiversity

Salam sejahtera kepada semua pembaca My Idea @>-- Sebelum aku citer pasal bengkel hari ini...aku nak citer pasal aktiviti semalam. Semalam aku menjadi budak yang hyperaktif...dari hari rabu sampai khamis. Malam khamis tu siapkan assignment sampai kul 2 pagi lebih (tu la dok main banyak g) ...bangun kul 630pagi dan bersiap-siap nak pergi kelas. Kelas jam 9 hingga 1 petang...mengantuknya...beberpa kali tersengguk..tau-tau jer kena jawab soalan...huhuhu..menganga kejap...;p Kemudian...habis kelas aku terus pergi discussion group...selesai jer..aku gatal-gatal ajak kengkawan p swimming...mata bapok lerrr ngantukk....so aku balik lam nak kul 4petang dan tidur tak sampai beberapa minit...kul 5 aku pergi swimming.. Hebat...ko sangat hebat as... Malam tadi tidur dalam kepenatan...bangun pagi ni sangat2 liat.... kemudian terus siap2 g bengkel.... ++======================================================++ Bengkel ni mengenai projek akhir Geodiversity....takde mende sangat nak citer....projek

Kau Pergi

Salam sejahtera semua... Pagi ni aku bangun awal cam biasa. Kemudian lepas solat subuh aku pergi beli nasi lemak. Kakak jual nasi lemak cakap rindu kat aku. Hehehe...lama dah tak beli nasi lemak dia. Kemudian aku sarapan sambil tengok MHI. Topik yang dibincangkan mengenai penderaan kanak-kanak. Kemudian aku terfikir 2 minggu ni sebenarnya berlaku banyak peristiwa sedih...cuma aku yang tak cerita dalam My Idea ni. Maybe ramai kawan aku yang dah tau sebab aku dah citer pada korang kan. Kalau dalam berita kiter dengar cerita penderaan budak 3 tahun yang membawa maut. Tapi aku lak pada pagi sabtu 27 Febuari 2010, dengar berita anak kawan housemate aku meninggal. Kemudian tengah santai pada petang hari tu kawan ku Noin telifon mengatakan Asraf meninggal dunia. Berita kematian Asraf sangat mengejutkan aku. Aku mula tak sedap hati bila Noin telifon (sebab dia takkan telifon melainkan perkara penting). Aku pun tak terfikir dia akan tanya hal syarikat dah sebab dia dah berhenti kerja. Waktu tu

Hidupku didalam Library

Salam sejahtera kepada pengunjung My Idea @>-- Hari ni sepatutnya ada ujian Advanced Artificial Intelligence...tapi mamat-mamat Iran lam kelas aku mintak postponed minggu depan. Patut lega ke patut marah? Assignment AI semakin sukar....tabahkan diri ko As.. Aku sedikit terkejut dan bengang dengan sorang mamat Iran ni... dia mengaku baca assignment aku. Huish...mana boleh...mujur dia ngaku...kalau dia tiru aku, dia gak yang salah...pastu aku leh ngadu kat pensyarah. Pastu dia ajak aku wat group dengan dia??? Bukan aku taknak...berat sikit la nak group dengan mamat foreigner yang aku tak bese. Lagi pun just aku dan dia. Huhuhu...aku tau ler soalan tu susah...suka-suka ati dia jer cakap aku tak baca lagi. Ingat aku ni pemalas ke??..;p Ok cukup pasal mamat nih... Sejak abis cuti midsem hinggalah ke hari ni...tempat aku di library. Tak pinjam buku tapi pinjam aircond xp Panas weih..kat rumah.. bertambah kurus aku kerana sauna semula jadi ni ;p Bestnyer di PTSL (Perpustakaan Tun Sri Lana

Salam Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul kepada Pembaca My Idea @>-- Hari ini hari Jumaat 26 Febuari 2010 bersamaan 12 Rabiulawal 1431. Hari yang dirahmati Allah S.W.T, hari kelahiran nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Salam dan selawat ke atas baginda.... ==================================================================== Aku tak berapa reti sangat nak tulis pasal Hari Maulidur Rasul ni. Sebab aku takut tersalah tulis mengenai hari yang mulia ni. Kebiasaannya masa sekolah dulu-dulu, aku akan terlibat dengan perarakan Maulidur Rasul. Waktu tu aku beratur ramai-ramai dan berarak di kawasan sekolah. Aku juga pernah berarak di kawasan penjara...ye la aku anak pegawai penjara. Sekarang ni, dekat UKM pun ada perarakan Maulidur Rasul...cuma aku dah tak masuk mana-mana persatuan..so aku tak dapat la nak join perarakan tu. Memang ada iklan yang ajak ( yeke? ) cuma aku yang taknak. =================================================================== Hari ni cuti...(semua orang tahu :D..) Aku nak citer sik

Cerita di Musim Cuti MidSem 2010

Salam sejahtera kepada Pengunjung My Idea @>-- Cuti midsem dah berlalu beberapa hari. Seperti yang dijanjikan aku akan cerita tentang percutian aku. Tapi terlalu banyak nak diceritakan, kalau boleh aku nak cerita dari A to Z. Tak kisahla korang nak baca ke tak kan? xp tapi aku banyak kerja sekolah. So, aku letak gambar dan sedikit penerangan. :D Waktu dalam bas ondaway nak ke Temerloh, orang depan dan belakang main tarik-tarik langsir. Aku pun join jugak, sebab nampak cam seronok. Lastly, aku pinkan 2 langsir, sebab aku orang tengah. Comel pulok nengok pin aku nih. Diorang main tarik2 pun takper sebab tak effect kat aku pun. Waktu nih aku panjat menara tu. Nampak tak aku sedang panjat tuh..cam spiderwomen. Abah minta tolong aku pasang spiker baru kat menara masjid tuh. Abah dah minta orang lelaki kampung datang awal untuk tolong tapi seperti yang dijangka sorang pun tak datang awal. Tapi abah tak bagi aku panjat pun, kalau betul aku panjat pun memang dasyat la kan. perbincangan kum

Hurey...

Salam sejahtera semua.... Yep...yep...hurey!!!.( 3 kali okey) Alhamdulillah bersyukurku ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya kerana aku dah berjaya habis mengajar tutorial semalam. Harini aku akan pulang ke rumah ibubapaku..:p. Wah..wah tak sabarnya. Aku rindu gile nak jumpa dengan mak abah. Rasa dah lebih sebulan tak balik kot. Dah tak ingat bila last aku balik. Aku nak jumpa dengan ahli keluarga kami yang baru jugak. Siapa tu??? ;p Muhammad Faris Azaim. Hehehe....yerp..lelaki...lelaki yang dah lama aku tunggu-tunggukan. Penantian selama 9 bulan 10 hari akhirnya terjawab....;p Owh yerk...kenapa aku balik ?? Sebab aku akan mulakan cuti midsem....aku kan pelajar...so ada ler cutinya... ============================================================ Cukup pasal percutian aku...nanti aku sambung balik lepas abis cuti.. Sekarang ni aku nak citer pasal hadiah. Bukan pasal birthday aku..tapi pasal souvenir dari aishah hehehe... Aku sangat-sangat terharu sebab dia takder duit sangat t