Langkau ke kandungan utama

Catatan

Bila Nasi Menangis

Assalammualaikum Makanlah nasi ni, nanti lambat sembuh jika perut lapar Ditenung nasi itu, sesudu disuap tapi dikeluarkan semula kenapa? tak sedap? takder selera yer? geleng kepala...bukan ? nasi itu menangis di tenung dekat, nasi ini ada mata untuk menangis? lihatlah, nasi ini menangis, air mata turun laju anak kecil tidak mengerti lalu letak di atas meja tepi katil orang besar cakap tidak baik membazir tapi memang tidak sampai hati untuk makan nasi itu nasi itu menangis ------------------------------------------------------------------------------ kini anak kecil sudah dewasa, sudah faham dengan maksud nasi itu menangis bila anak itu terlihat nasi putih, dikala sepi dia cuba untuk melihat air mata nasi pada fikirannya bila nasi menangis mungkin sudah sampai masanya

Cinta Sempurna

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Pagi isnin ini, saya bertapa di PTSL jauh dari fakulti sendiri. Ini kerana saya inginkannya seperti ini. Tajuk post saya Cinta Sempurna sempena persembahan Yuna malam tadi. Saya dan budak rumah amat berharap yuna menang, namun tuah tidak berpihak padanya. Waktu di umumkan penulis dan penyanyi sendiri, kami dah bersedia untuk tepuk tangan, tapi hampa bila nama yang diumumkan adalah orang lain. Apa-apa pun, tahniah kepada pemenang ajl25 malam tadi. Klip Video Cinta Sempurna AJL25 Persembahan yuna mantap walaupun dia mendapat undian persembahan pertama. Biasanya orang yang buat persembahan pertama ni peluang untuk dia menang tinggi..tapi ada juga yang tidak ( saya ler orang itu...hehehehe) ni kes gugup...huhuhu Owh...tak sangka ramai yang membantah keputusan juri terhadap kemenangan ana rafali. Siap buat page kat FB....wahh..wahh...sian sama dia....orang marah-marah pun, dia gak yang dapat duit kan..hehehe..korang tak dapat pun. =P ---------------------

O.S

Assalammualaikum.... Harini macam satu Malaysia jer hujan...hehehe...rate-rate komen kat FB kate hujan..rain dan macam-macam bahasa.... Saya sedang mengisolasikan diri dalam PTSL. Saya tension dengan karenah beberapa manusia.....so saya diamkan diri dalam PTSL. Saya juga pening kepala pasal OS lappy saya...perlu kembali ke zaman purbakah atau stay dengan window 7. Ni gara-gara projek tesis la.... programming untuk augmented reality tak up to date...takleh masuk dengan window 7.... Sambil minum susu kotak berfikir panjang...apa yang patut saya lakukan...Ya Allah berikan petunjuk untuk hambaMu yang selalu sukar buat pilihan. Sebut pasal pilihan saya sangat-sangat dalam delima...saya rasa sangat sakit jika silap buat pilihan, namun saya pasti Allah akan membantu...amiennn

Persiapan

Assalamualaikum Kepala masih pusing, demam ringan masih belum hilang ( saya suka!!!! ) (^^) Tinggal 3 hari lagi nak masuk 2011. Majlis resepsi perkahwinan masih belum setel. Tanpa saya tidak mengapalah kot. Saya tidak larat nak hadir. Terdengar bebelan ibu, saya kena hadir juga kalau tidak macam mana majlis nak berlansung..ye tak?? hahaha.... Owh....unMood AGAIN Berat hati saya nak tinggalkan, namun kebenaran adalah menyakitkan dan BEST!!! ---------------------------------------------------------------------------------------------- Demam-demam ni, macam-macam saya nak makan.... Apa yang saya nak makan?? Mari saya buat senarai : Tomyam campur tanpa daging - malam tadi da makan tp lupe pesan taknak daging Sup cendawan Spagetti Sponge cake ABC kurang manis yang banyak bahannya taknak nata de coca Burger Udang butter ikan ( masak stim, bakar, ) - ni ibu dah buatkan sebelum demam tapi nak lagi Itu saje kot buat masa ni.... Ibu kate sabar yer manje, minggu ni kiter jumpa. Tapi saya nak bali

Clean UP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Baru pulang bertapa dari kampung Kat atas tu dituju khas buat anda-anda yang suka dengan saya (^^) siapa rajin nak susun balik gambar-gambar kat atas??? saya malas....hehehe

RESULT PEKSE

Assalamualaikum dan salam sejahtera... BadMood Bukan salah siapa-siapa..salah saya yang suka berfoya-foya ( pinjam kata-kata ustzah sri banun) waktu belajar. Alhamdulillah, subjek yang paling lemah sekali saya tidak dapat "c". Kalau saya dapat itu, saya dah buat keputusan untuk terus berhenti belajar...waktu buat keputusan ni, ramai yang membantah cuma ibu yang sokong walau dalam diam dia tak berapa setuju. Itulah ibu, sejak dahulu lagi dia penyokong tulang bengkok ini. Malam tadi keluar result dan keputusannya saya kena teruskan pengajian walau saya sudah malas. Sebenarnya saya tidak malas, cuma unmood. Ibu sangat gembira dengan keputusan periksa saya..dia cakap saya kena teruskan walau apa rintangan sekalipun. Semua orang bertanyakan bila saya mahu pulang rumah. Saya UNMOOD nak pulang. Saya rindukan semua orang tapi saya Kawan-kawan bertanya khabar pada saya tapi saya Saya sangat-sangat B....... -------------------------------------------------------------------------------

New Idea???

cermin mata augmented reality Assalamualaikum dan salam sejahtera semua Hari Jumaat lepas saya telah bentangkan proposal tesis saya depan Dr. Haslina. Idea saya adalah untuk membangunkan aplikasi buku Augmented Reality. Berikut adalah beberapa cadangan hasil daripada literature review :- Buku pantun Brochure FTSM BUKU PANTUN Pantun merupakan satu peribahasa lembut yang sering digunakan masyarakat melayu dahulu dalam menyampaikan nasihat mahupun maksud tersirat. Namun, pantun ini sudah jarang digunakan oleh masyarakat kita pada masa kini. Malahan ia tidak begitu menarik minat generasi muda untuk mempelajarinya dan menggunakannya lagi. ( Owh... saya antaranya (-.-)! ) Saya kagum dengan Karam Singh Walia, yang menghidupkan balik pantun-pantun ini malah mengembangkan semula dan mencipta pepatah yang baru. Hasil projek akhir semester 2 yang lepas telah membuka minda saya untuk mencipta buku pantun yang menggunakan teknologi Augmented Reality. Disini saya nak gabungkan dua bidang pelajaran d

Printer Problem

Assalamualaikum..... Di pagi yang mulia ini, hati saya sedikit panas. Anda nampak gambar di atas??? Itu puncanya. Sudah mau kena korek tabung beli yang baru. Siapkan dulu proposal AR. Then kuar pegi cari tokey kedai baik hati. kata hati : kena kerja kuat!

Augmented Reality

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua Saya sangat-sangat teruja dengan Augmented Reality sekarang. Apa yang saya faham tentang Augmented Reality (AR)? Augmented Reality atau dalam bahasa melayunya Realiti Pertambahan ( sangat tidak comel nama melayunya ) merupakan satu situasi dimana pengguna dapat merasakan sesuatu objek yang tidak bergerak keluar dan bergerak. Fuhh amat sukar ya definisi saya???? Ok, macam ini...AR ini menghasilkan objek maya (virtual) dan di keluarkan dari skrin komputer untuk bergabung dengan persekitaran sebenar manusia. Sebagai contoh....ok, kita nak keluar parti, tapi kita tidak tahu nak pakai baju yang sesuai then kita duduk depan skrin komputer yang dilengkapi dengan webcam then, kita choose baju yang sesuai dengan kita. Anda mungkin gelak, tapi anda sudah biasakan main dengan permainan anak patutng tukar baju masa kecil-kecil atau dalam farmville fb. Avatar anda selalu tukar gaya baju mahupun rambut. Betul tak??? Atau anda memang tidak pernah main be

Salam Maal Hijrah 1432

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... Patutla saya keseorangan, rupanya esok cuti. Saya tidak tahu esok cuti sempena Awwal Muharram. Sedihnya, hati mula rasa menyesal balik ke bangi pada sabtu lepas. Takpe-takper as sabar-sabar. Terima kasih pada mak yang call petang tadi mengingatkan saya pasal doa akhir tahun. Selalunya saya yang akan mengingatkan emak...hehehe.. Pada 1431 H, saya telah tunaikan beberapa azam saya. Syukur Alhamdulillah. Saya sangat seronok. Terima kasih juga pada yang mereka yang membantu. Sempena tahun baru ini, saya harap dapat laksanakan azam yang telah saya tanam dalam diri. Ye!!! As boleh!!!!

MALANG KAH TUAH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sekarang waktu malam, tiada siapa dirumah dan saya dalam keadaan tidak selesa, tidak sihat, tidak seronok, tidak gembira dan mula rindukan rumah kampung saya dan pelukkan ibu saya. Saya keseorangan dirumah, tiada siapa dirumah. Mana pergi semua orang??? Rumah ini hanya persinggahan sementara sahaja, untuk tidur, mandi, rehat dan keluar setelah mempunyai tenaga yang cukup untuk aktiviti seterusnya. Begitulah kehidupan kami penghuni rumah ini yang masih belajar. Kini saya tinggal keseorangan, saya tidak sangka akan tinggal seorang, kerana biasanya saya yang akan meninggalkan budak-budak rumah. Hehehehe... ----------------------------------------------------------------------------------- ehsan pakcik Google.com Semalam sempat jumpa juga dengan seorang housemate sebelum dia keluar tak balik-balik. Dialog kami Housemate : Wah..acik nampak muda!!!! Saya : owh ek... dalam hati berkata ---> ( Bodek la tuh ) Housemate : serius la Saya : dalam

Busy day come grab me!!

Assalammualaikum...dan salam sayang dari saya untuk anda semua..... Hai..hai...as in da house!!! eceh...hehehe..memang saya dirumah saya sendiri sekarang. Sangat rindu pada katil dan bilik saya sendiri...golek-golek ----> hek hek hek.. Hidup sangat tidak seronok kalau tidak sibuk.... Belum sampai pintu rumah dah terima call dari orang-orang...sampai la masuk nak bergolek atas katil pun panggilan tak putus-putus...sampai bertindan-tindan lak...ecehhhhh-cehhhhh macam Perdana Menteri lak...hehehehe Dalam sibuk-sibuk duk melayan call sana sini saya terjumpa bungkusan misteri di atas katil kesayangan saya....Aishhhhhh...apa ini??? Nama tertera adalah nama saya sendiri...nak tanya budak rumah sorang pun takder...hurm.... Hati dup dap dup dap....bungkusan dari Hong Kong, Jackie Chan kah yang hantar??? Hahahaha... Jum kiter bukak... Rupanya jam tangan bracelet!!! My dreams come true.... thanks for that person... what or who ever u are, i really like it ;) Here come my new gadget. I wish it

tidak peduli sudah

Pantun

Assalammualaikum!!!! Hari ini cikgu as nak mengajar pantun ----------------------------------------------------------------------------------------------- Pantun Buah cempedak diluar pagar, Ambil galah tolong jolokkan, Kami budak baru belajar, Kalau salah tolong tunjukkan. Yang kurik itu kundi, Yang merah itu saga, Yang baik itu budi, Yang indah itu bahasa. Anak ayam turunnya lima, Mati seekor tinggal empat, Kita hidup mesti beragama, Supaya hidup tidaklah sesat. Tiga saja sudah cukup.....ia sudah bermakna kan??? (^^) -------------------------------------------------------------------------------------- Final project multimedia bagi semester ini. ------------------------------------------------------------------------------ Sedikit rasa tidak puas hati dengan pemilik nombor ini... 0145289789. Boleh jer call orang tengah malam. Then, bila tanya siapa nih?? leh lak mintak credit singgit ngan orang plus tanya balik sapa neh......haloooooo siapa kamu saya nak bagi kredit kesayangan saya???

Yeay..terima kasih

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua (^^)/ Yeap....hey...yeap..hey...yeap...hey...(cara terbaru as sorak!!!) Mood saya sangat baik (^^) ----------------------------------------------------------------------------------------- Semalam Semalam saya telah dibawa berjalan-jalan oleh Cik adik manis ---> aisyah . Hehehehe..... Dia belanja saya makan Big Apple dan juga KFC.... ROMANTIKA gitu...makan berdua hik hik hik.... Gambar takder nak masuk....semua dalam handset aisyah... Big Apple....nyum..nyum..nyum.. Aisyah dah lama janji nak belanja Big Apple...hehehe... semalam dia usahakan juga walaupun dia sangat sibuk dengan bisnes dia.... Terima Kasih Aisyah.... sayang awak (^^)/. Terima kasih tunaikan janji yang pada saya tidak apalah jika tidak boleh..sebab kita masing-masing sibuk dengan pekerjaan sendiri. Semalam sangat-sangat seronok!!!! (^^) Pasal citer wayang itu...saya tidak dapat tengok rasanya....waktu itu terlalu sibuk dengan majlis. Hehehe...nanti kite setkan masa w

Persoalan yang sukar dijawab

Assalammualaikum.... Hari ni saya telah selesai dengan exam Management Information Technology. Soalan yang diberi sangat mencabar akal dan hati saya. Perlu jawab 7 soalan dilengkapi dengan anak-anak soalan dan markah penuh 100. Terima kasih pada mak yang kejut saya pada jam 730 pagi. Bangun jam 4 pagi dan tidur balik jam 630 pagi. Ingat nak bangun kul 7 terlajak lak... ----------------------------------------------------------------------------------- Wokeh sekarang nak jawab soalan yang di tagkan oleh Cekgu Iman kepada saya :- "Once you have been tagged, you are supposed to write a note, with 25 random things, fact, habits, or goal about you. at the end, choose 25 10 people to be tagged. you have to tag the person who tagged you. if i tag you, its because i want to know more about you. your cooperation is highly appreciated. haha" Ini jawapan dia cekgu iman... biar tak betul tapi nak tulis gak...mak kata mesti jawab walaupun salah ... xD 10 things/fact/habits/goal about AS

Bersama dengan ehem-ehem

Assalammualaikum.... Saya telah jatuh hati pada ehem-ehem (^_^)/. Dah lama saya perhatikan si dia. Akhirnya saya berpeluang untuk bersama dengannya. Heaaahhhhhh seronok !!!!! bersama dengan ehem-ehem (^^)/ Umur dia baru seminggu....(-.-) masih dalam penyesuaian diri dengan saya..eceh...terbalik lak...saya yang sesuaikan diri.... diberi peluang untuk membawa ehem-ehem Akhirnya hajat terlepas jugak untuk bawak Toyota Hilux bersiar-siar sekitar bandar Melaka. Pakngah, Makngah bersiap pakai seatbelt!!! \(^_^)/ Bawa dengan kelajuan 180 km seperti bawak pada tahap 80 km sahaja...huhuhu....hampir kena saman. Cakap manis-manis dengan Encik Polis dan minta maaf banyak-banyak...first time bawak tak sedar laju...excited gila-gila...huhuhuhu. Syukur alhamdulillah, dilepaskan....saya akan cuba bawak sampai 110 km sahaja...wokeh???? (*_*) bodyguard xp Buat masa ini, kami berjalan bertemankan bodyguard yang sangat sporting tapi.......garang (T_T) senyuman licik (*_*) Jangan bimbang ehem-ehem....bi

Kenduri dan budak kecil

Assalammualaikum dan salam sayang semua !!!! (^_^) Sewaktu saya menulis blog ini, saya berada di Umbai, Melaka. Terima kasih pada pemilik dan internet ni, kerana memberi izin untuk menggunakannya. Heahhhhhh..... Kenduri Saya berada di Melaka kerana meraikan hari perkahwinan sepupu saya, Kak Linda dengan pasangannya Abang Syam. Tahniah kerana telah mendirikan rumah tangga. Semoga kekal ke anak cucu...amin. Majlis berjalan dengan lancar dan penuh meriah. Ini antara sebab saya sangat sayangkan budaya orang Melaka. Sifat muafakat yang ditunjukkan sangat-sangat menonjol. Budak Kecik Sewaktu saya berjalan kaki pulang ke rumah rehat, 2 orang budak kecik ( dalam darjah 2 atau 3 mungkin) berkayuh basikal bertentangan dengan saya. Dengan senyuman mereka menegur saya "Kak..." nada macam "hai...Terkedu saya. Dalam hidup saya bila sudah besar lam sekolah menengah baru saya reti nak tegur orang tepi jalan. Itu pun orang kenal dan orang tua sahaja. Dua orang budak ni kecik jer..tapi t

Bila saya sudah puas

Assalamualaikum....... Saya tengah tunggu seseorang ambil saya untuk dibawa jalan ke planet marikh!!!! Hehehehe.... Lambat sungguh...jadi bila saya sudah puas tunggu, macam-macam saya buat. Main-main tangkap gambar cam kat bawah ni. Pastu susun satu-satu...then jadilah macam di bawah... Muka saya dah macam-macam bentuk bila dah puas menunggu orang....haiiipppp...

Malam Jumaat

Assalamualaikum Hari ni hari KHAMIS. Sekali lagi saya menulis pada hari Khamis tapi pada Malam Jumaat. Sudah baca yasin kah anda semua??? Hehehehe...tak semestinya kena baca yasin nak baca surah lain pun boleh juga...betul tak?? Kalau salah bagitau yaa??? -------------------------------------------------------------------------------------- Saya P.E.N.A.T Terlalu ramai sahabat saya menanya kewujudan saya di Facebook. Saya sudah deactive fb. Tapi kadang-kadang saya aktif balik untuk tengok picture babies korang semuanya..hehehe... Kenapa saya deactive? Mestilah sebab saya malas dan saya P.E.N.A.T. Ini baru sahabat-sahabat tanya, belum lagi esok kena serbu pertanyaan dari sedara-mara... Iye E.S.O.K Esok Sarjan (B) Nordin akan datang bawa saya untuk pulang ke M.E.L.A.K.A bersama dengan mak. ---------------------------------------------------------------------------------------- Hari ini tanpa saya sedar saya telah menangis tanpa sebab. Owh, ini gara-gara kerana itu. Itu buat saya menangis