Langkau ke kandungan utama

Catatan

Warkah buat Abah dan Mak

Assalamualaikum Abah Mak, as minta maaf... As tahu sejak As mula berjauhan tanpa penjaga disisi, As semakin keras hati dan memberontak. As tahu abah kenal dengan kawan-kawan as As tahu abah ada pesan minta tengok-tengokkan As Walau depan mereka as mungkin berlagak seperti tidak tahu apa-apa Namun jauh disudut hati As sangat berterima kasih atas perhatian yang diberikan As sangat bersyukur kepada Allah Sempena hari abah ini, As akan tunaikan janji As buat abah dan jawapan itu As serahkan pada abah As sayang abah dan Mak Izinkan As tenangkan fikiran, selama 2 minggu sahaja kemudian As tidak akan menyerah kalah lagi

Five for fighting (Piano version)

Assalamualaikum Hari ni tetiba nak dengar bunyi piano, so ASN pilih lagu five for fighting. Sejak kecil sangat teruja dengan bunyi piano, tapi takde la sampai pergi kelas belajar piano. Ok jum layan jap mainan piano dengan ASN. ;) teringat final projek group multimedia, guna lagu ni sebagai soundtrack, yeahhh....thats my idea...thanks guy for supporting me...;P yeahaaa...

Jangan Menyerah

Tak ada manusia yang terlahir sempurna jangan kau sesali segala yang telah terjadi kita pasti pernah dapatkan cubaan yang berat seakan hidup ini tak ada ertinya lagi syukuri apa yang ada hidup adalah anugerah tetap jalani hidup ini melakukan yang terbaik tak ada manusia yang terlahir sempurna jangan kau sesali segala yang telah terjadi Tuhan pasti kan menunjukkan kebesaran dan kuasanya bagi hambanya yang sabar dan tak kenal putus asa

Terbaek!!!

Assalamualaikum Cuaca pagi ni memang terbaik!! Sambil makan biskut Captain Munch terbaik!... saya tengok Boboiboy!! (sila baca dengan penuh berirama) Ok watak utama yang paling saya suka mestilah boboi!!!! Terbaek.... thumbs up. kembar tiga??? suka yang pakai cap tu...nampak cool...ehehehe Watak kedua yang saya suka ialah Yaya...bukan kerana dia tak pandai buat kuih tapi dia boleh terbang dan kuat...( berangan-angan tumbuk muka orang yang suka menipu....heahhhh!!!) ---------------------------------------------------------------------------- jum menyanyi ngan lagu boboiboy... Sila bersabar nak tunggu part dia nyanyi tuh.. ;p (sila nyanyi dengan kuat dan semangat part boboiboy) ------------------------------------------------------------------------------------------- Alien datang menakluki bumi Demi koko yang di cari-cari Merekakan tiba tak lama lagi Apa mungkin terjadi Jadi kita perlukan penyelamat bumi BoBoiBoy! BoBoiBoy! BoBoiBoy! Ying! YaYa! Gopal Dan super hero kita BoBoiBoy! BoB

Mencari

Assalamualaikum Saya sekarang berharap dapat berjumpa dengan seseorang. Sudah lama terpisah sejak dari dilahirkan. Pertemuan pertama semasa anda sedang menangis kerana tidak dapat masuk kelab sains. Sungguh kelakar. Apabila rahsia terbongkar, anda dilarikan dan saya tidak diizinkan mencari lagi. Saya ingin bertemu dengannya lagi, bukan untuk melukakan hati cuma untuk melihat penyesalan dari semua mata hati. Saya tidak berdendam kerana saya tidak menjadi punca tetapi saya tersepit dalam konflik ini juga. Manis mulut, lembut lidah menjadi semua punca. Pelbagai janji ditabur akhirnya menjadi racun yang mematikan perasaan. Bila usia semakin meningkat timbul pelbagai penyesalan. Kenapa tidak dijadikan iktibar dan tauladan? Sekarang apa patut saya buat? Patutkah saya mencari semula? Adakah kita saling mendendami? Saya harap tidak. Jangan ada dendam Mohon kasihan kepada orang tua kita Benar kata mak, jangan dipermainkan hati yang ikhlas Sekarang semuanya merasa bahana Kepada adindaku, Amirul

Bento Tupperware

ehsan en.goOgle Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!!!! Asagohan pagi ini, ialah nuget ayam tempora....nyum-nyum... Bangun awal subuh, prepare bento nak bawak makan dalam library PTSL..(acah aje) Makan diluar....sambil perhati orang lalu lalang dan tersenyum-senyum.... ehe eheh.. Lama dah tak bawak bento..... Dulu buat bento makaroni ada letak pic tapi kali ni, malas nak sambung wayar kat lappy so, cari je pic dari pakcik google. Lain kali nak buat bento Japanese style la...nampak menarik! Kena cari tupperware cam tu gak.. Kata Hati : Sejak dua menjak ni rajin ke dapur!!

Telah tiada

Assalamualaikum Entri ke dua pagi ni. MATI Semua makhluk akan mati Pagi ni agak terkejut dengan berita kematiannya. Semoga Allah mengampuni dosa kamu. Bagaimanakah cara kita mati kelak? Ya Allah, ampuni la jua dosa-dosa hambaMu ini. Lepas ini tiada lagi gelak ketawa dikala saya berduka. Kena pandai-pandailah saya cari idea baru untuk menghiburkan hati. Moga roh kamu tenang. Kata Hati : UNMOOD sikit

Mee Sos

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Dalam minggu ni saya rajin makan mee...yep homemade, dibuat oleh rumate yang rumit. Hehehe Atas permintaan mengada-mengada saya yang teringin makan mee dari korea, maka rumate cumel saya rajin nak masakan untuk saya.... Pagi-pagi ni dah terbau keharuman sos mee dan sudah meleleh air liur saya ....slurppp.... hehehe.. Saya sudah perhatikan cara masakan tu, nanti balik kampung saya nak praktikkan...yeahhh Terima kasih kak!!! ----------------------------------------------------------------------------------------------- Pagi ni rasa panas je kepala, pastu blur-blur...demamkah? Mestilah tidak! Hahaha, itu tanda tak cukup tidur dua tiga hari ni...busy?? mesti lah tidak!!! saya seorang yang suka membazir masa (^^)....hahaha Tak sabar nak balik rumah...ada banyak benda perlu dilakukan....senarai panjang betul... Oh saya sudah jumpa post selamat hari mak saya....sila lah scroll dibawah. Sangat pelik dia berada di suatu kawasan tersembunyi..saya pasti sudah

Apa yang kamu beri?

Assalamualaikum Apa yang kamu beri? Semalam terdengar cerita benar dari stesen radio tentang "You Get What You give" Ok mari olah balik cerita itu versi as sendiri... Ada seorang pelajar meminta pelajaran dari gurunya. Maka gurunya memberi sekeping duit RM1. Di atas duit itu, guru tersebut telah menconteng pada wajah Agong dan menulis no kad pengenalannya. Guru tersebut meminta anak muridnya itu membelanjakan dengan duit tersebut. Jika duit yang dibelanjakan itu kembali semula ke tangannya, maka telefonlah gurunya itu. Pelajar ini rasa takut untuk membelanjakan duit yang telah rosak itu. Tetapi dia buat juga seperti yang diarahkan gurunya. Pelajar ini bimbang jika dia hanya membeli dengan sekeping seringgit rosak, peniaga akan memulangkannya semula. Maka dia pun membeli barang dalam kuantiti yang banyak dan menyelitkan duit yang rosak itu dengan duit-duit yang lain. Peniaga tersebut tidak menyedari akan hal itu. Masa terus berlalu dan satu hari, pelajar terbabit menaiki teksi

Selamat Hari Guru 2011

Kami guru Malaysia Berikrar dan berjanji Mendidik dan memimpin Putra putri negara kita Pada Seri Paduka Kami tumpahkan setia Rukun Negara kita Panduan hidup kami semua Di bidang pembangunan Kami tetap bersama Membantu, membina Negara yang tercinta Amanah yang diberi Kami tak persiakan Apa yang kami janji Tunai tetap kami tunaikan Lagu & Lirik : Hashim Ahmad ------------------------------------------------------------------------------------------------- Lilin Seorang Guru Pernah langkah ku payah Menuju ke destinasi Kerana malam gelap Dan bintang hilang kerdipnya Menjadikan arah ku keliru Ke timur atau ke barat Bagai lilin membakar diri Menerangi kegelapan hati Kau curahkan bakti dan budi Jasamu tiada berganti Namun tanpa rasa payah Dia memimpin tanganku Melangkah satu persatu Dan mencipta jejak impian Menjadikan arahku jelas Aku harus ke hadapan Ohoo… aku kini rindu Pada satu nama yang berjasa Tuhan, beri kekuatan Untuk mendidikku selamanya Ku pohon restu kasih-Mu Ampunkanlah guru-

Saat Terakhir As

tak pernah terpikir olehku tak sedikitpun kubayangkan kau akan pergi tingalkan ku sendiri begitu sulit kubayangkan begitu sakit kurasakan kau akan pergi tingalkanku sendiri dibawah batu nisan kini kau tlah sandarkan kasih sayang kamu …… begitu dalam sungguh ku tak sanggup ini terjadi karna ku sangat cinta inilah saat terakhirku melihat kamu jatuh air mataku menangis pilu hanya mampu ucapkan selamat jalan kasih satu jam saja kutelah bisa cintai kamu,kamu,kamu dihatiku namun bagiku melupakanmu butuh waktuku seumur hidup satu jam saja kutelah bisa sayangi kamu dihatiku namun bagiku melupakanmu butuh waktuku seumur hidup dinantiku ------------------------------------------ ------------------------------------------- ada orang nak nyanyi dengan as??? atau ada orang nak nyanyikan untuk as???? oh....tidak ada bayangkan as sudah mati maafkan segala salah dan silap as halalkan segala apa yang as ambik sedekahkan al-fatihah buat as ya?? terima kasih

nul

Marah Itu Mudah Sabar Itu Indah Indah itu Manis Buruk itu Nangis Tahanlah air mata itu as Tumpahkan pada tempat yang sepatutnya harap mempunyai kesabaran yang tinggi Kata Hati : Bergurau itu ada batasannya,

Budak Comel

Assalamualaikum Malam ni tiba-tiba rindukan aksi baby sufiyah dan baby perish. Balik baru ni tak berkesempatan bermain dengan diorang sebab budak-bukdak ni balik kampung. Oleh kerana kerinduan yang melampau terhadap budak-budak nih, maka terpaksa la membuka file lama otak, untuk mencari password fb yang telah deactivekan. Sempat juga merisik kenangan lama (~~) Baby sufiyah atau nama sebenarnya Ainul Sufiyyah Mohd Fairul Azma merupakan anak buah saya yang ke-5 Baby perish atau nama sebenarnya Muhammad Faris Azaim Mohd Faizal Akma adalah anak buah yang ke-4. Mereka ni sebaya tapi baby perish lahir bulan 1, baby sufiyah lahir bulan 10 kot?? tak ingat!! =P MITOS masa baby sufiyah beberapa hari ramai orang kata muka dia mirip saya. Ye la dia kan anak buah saya..so memang tak heran. Tapi lepas dibandingkan gambar masa saya baby..memang ada mirip...cuma...ye mata saya lagi sepet...hahaha nak juling mata yer tengok rama-rama suka diagah..ga..ga..ga.. suka melakukan aksi gimnastik--harap tidak

MASA

masa bergerak pantas dikejar atau mengejar pilihla tidak mungkin diputar kata hati : serabut hati macam serabut kelapa?

PESTA BUKU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Sihatkah anda semua??? Moga sihat seadanya...dan dapat pergi ke pesta buku seperti saya dan kawan-kawan saya. (^^) Berikut adalah gambar saya dan akak-akak comel yang pergi ke Pesta Buku 2011... novel buku kaktus!!! ( tak beli pegang aje :P ) kak ayu, kak sa'adah dan saya Dalam perjalanan balik Jumpa motor dalam longkang Antara buku yang dibeli Kata Hati : Siapa cakap rakyat Malaysia malas membaca???

Resepi ikan siakap kukus

Assalamualaikum dan salam sejahtera Warta berita hari ini resepi ikan siakap kukus (^^) Hari ini, wani merangkap ex-rumate yang rumit dan bakal menjadi ex-housemate telah menghadiahkan masakan istimewanya khas untuk saya. Wani akan berpindah ke rumah baru jumaat nih, maka dia menghadiahkan makanan yang berkhasiat untuk saya. Ikan siakap kukus. Kebetulan bakal rumate baru akan datang hari ini, maka kiranya langkah kanan la mereka ini... Ok hari ini, saya nak kongsikan resepi ikan siakap kukus versi as sendiri. Bahan-bahan Seekor ikan siakap segar dan besar 3 biji limau nipis 2 biji bawang besar 1 biji bawang putih Garam (secukup rasa) Cili padi ( ikut suka pedas) 3 cawan air ( tengok pada saiz ikan) Sejemput udang kering Separuh lobak merah 1/4 bunga kubis (jika suka) lada benggala (jika suka) lada besar (jika suka) Cara -cara : Masukkan air dalam blender, campurkan perahan air limau nipis, masukan setengah biji bawang besar dan masukkan juga cili padi ikut tahap kepedasan anda dan uda

Senyuman indah

Assalamualaikum, Alhamdulillah hari ini, makbau (mak sedara kembar) belanja makan dan macam-macam lagi. Malam ni tanpa dirancang tidur dirumah makbau, perkara pertama saya tanya kat makbau, jika dia mempunyai internet di rumah. Jawapannya YES. Maka saya dengan senyuman indah, seindah suria membalas jawapan YES jugak untuk tidur di rumah makbau. YES..... Sekarang dihiburkan oleh adik beradik sepupu yang super hiperaktif.....toing...toing.... Dan yang paling kelakar saya dipanggil MAKCIK...ohhhh....noooooo ------------------------------------------------------------ Melihat keramahan, keletah dan senyuman indah dari budak-budak kecil ini, saya terfikir untuk membuat pertandingan " Senyuman Seindah Suria, Pengubat Hati yang duka" Hadiah-hadiahnya juga boleh membuatkan anda tersenyum ( oh...mungkinkah?) Ok ini baru proposal aje... nanti bila dah sedia, baru saya umumkan ya??? Mari kita tengok gambar budak-budak nih.... kredit gambar tuk makbau...(^^) Jum kita nyanyi lagu Senyum S

Do You Watch me?

Assalamualaikum.... Adakah anda watch me? Maaf-maaf, bahasa dicampurkan pulak. Sekarang ni, saya duk tengok jam-jam yang ada dalam koleksi saya... tak banyak ada 1-2 jer.. yang lain-lain tuh setakat bergaya milik kawan aje. Saya suka jam tangan. Tapi saya alah dengan besi. Emas takper. (^^) Ok gambar dibawah saya duk bermain dengan jam kak sa'adah...ye kak...bila mau belikan jam cincin tuk saya?? bunga dan kupu-kupu itu juga cumel kan?? Jam mutiara ni, saya baru jer dapat pakai..maklumlah tangan saya cumel pe orang yang hadiahkannya..kena kecikkan tali..huk huk huk.. maaf gambar kabur (=.=)! inilah kerja saya dalam library (^^) Jam yang takleh dibaca nombornya itu yang warna merah tu, dari china....abah pernah tanya camne nak tengok jam tuh...saya dengan nada mengada-ngada,..oh abah jam itu hanya orang muda saja boleh nampak. Tapi...... Kadang-kadang saya juga tersalah pandang...uhuk...padan muka ko as, suka gi memain dengan abah.. ok lain kali, kita tengok jam pelik yang ada kat d

Yang terindah dalam hidup

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Suka, kasih, sayang dan cinta Tidak kisah, tidak suka, benci dan marah Sihat dan Sakit Semua ini sudah sebati dalam diri kita sejak dari dilahirkan lagi. Kita berlegar-legar dimuka bumi ini mencari cinta dan kasih sayang yang sejati. Kita berlari-lari pula menjauhi benci dan marah Namun tahukah kita, bahawasanya Allah telah menetapkan sesuatu peraturan yang membantu kita mencari cinta sejati dan menjauhi kebencian. Teringat komen dari seorang sahabat tentang entri Khas Untuk Awak. Persoalan yang diutarakan oleh sahabat ini ialah cinta siapa yang saya cari? Jawapannya sudah pasti cinta yang membawa kebahagian dan keindahan selamanya, cinta Allah S.W.T. Namun saya tahu saya nampak seperti seperti kapal yang terumbang ambing ditiup oleh ribut angin. Namun tidak juga saya lupa untuk berdoa padaNya. Saya mungkin sudah dapat petunjuk dariNya, tetapi diri saya ego untuk menafikannya. Ya Allah berdosa

Harta Orang Harta Ku Jua

ambik dari pakcik google Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pembaca My Idea. Harta orang harta ku jua... Masa kecil-kecil dulu, mak abah dah ajar jangan suka mencuri hatta menggunakan barang orang lain tanpa izin tuannya. Tapi rasanya masa kecik dulu tak faham-faham jugak, bila dah besar gajah ini baru faham maksudnya. Post ini ditulis berdasarkan kejadian tengah malam tadi...dan kejadian sebelum-sebelumnya. Dalam mata sedang baru terlena, tiba-tiba masuk panggilan yang tidak dikenali. Apabila diamati rupanya panggilan dari sahabat lama. Saya tahu dia menggunakan telifon ofis. Uhh..cukup pantang saya...dan saya telah menegurnya dengan cara berhemah...- akibatnya dia dah tak sms saya...marahka?? sori =) Hidup ini saya amat takut jika saya menggunakan barang orang lain tanpa izin mereka. Maka, sudah jadi lumrah kita akan minta halalkan semua benda yang kita pakai. Mari kita baca post fahrain tentang manusia yang tidak amanah atau tidak JUJUR- sila kelik Ok, jumpa lagi kengkawan, arios W