Langkau ke kandungan utama

Catatan

Doa Ibu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua Hari ni tajuk al-Kuliyyah TV3 ialah Doa Ibu. Sebak rasanya dalam hati As apabila mendengar mustajab doa seorang Ibu yang begitu penuh kasih sayang akan anak-anaknya. Pernah as terdengar mak menangis dalam doanya pada satu malam yang hening dan semua orang telah dibuai mimpi. Antara doa mak yang as terdengar ialah memohon merayu kepada Allah untuk kesejahteraan anak-anak, diberi petunjuk ke jalan yang benar, diampunkan dosa-dosa dan dilindungi daripada malapetaka buruk dan juga dijauhkan daripada orang-orang yang berniat jahat. Suasana sunyi sepi itu membolehkan suara halus mak sampai ke telinga as sehingga as menangis dari kejauhan. Oleh hal yang demikian, as sangat sayang akan mak, andai ada tersalah perkataan atau perbuatan dengan segera as cuba berbaik semula dengan mak.  as dan mak As rasa simpati dengan Kak Ela yang sudah tidak ada mak. As selalu baca status FB kak ela tentang rindunya pada emak. Maka

Makan Marshmallow time demam

Assalamualaikum..... Hari ni alhamdulillah as kena demam selesema....tapi mujur tak batuk...kalau tak memang tak dapat nak tahan sangat...rasa macam kena asma. Pagi ni malas nak ikut kengkawan pergi PTSL...hanya mahu duduk dirumah. Kalau masuk PTSL, pasti selesema makin teruk...malam tadi pun tidur tak lena.... Sekarang harap dah ok walau kepala rasa panas sikit.. dan macam ada terdengar bunyi buzzz..buzzz... Masa demam ni mula teringin nak makan marshmallow... maka adala sebotol marshmallow di tepi ni... Dulu pernah jer wat marshmallow, tapi dah malas boleh tengok gambar di link ini . Badan rasa penat nak tertido...ngantukk... Malam ni nak pergi penutapan pesta konvo UKM...tak sabar nak konvo tahun depan..insyaAllah Semoga as cepat sembuh dari kena selesema...doakan as kawan-kawan (~~)/ sretttt...sretttt

Ko Ko ni Ru Yo

 Assalamualaikum Hari ni hari yang mendebarkan....as tengah menunggu untuk berjumpa dengan seseorang yang amat penting bagi as... Dah sampai tapi dia tak sampai lagi....hurm... Tengah tunggu-tunggu abah call, abah duk tanya orang tu la, orang ni la....tapi saya tiada mood nak bercakap pasal mereka-mereka itu semua. Saya dalam kegelisahan sekarang ni.... Ya Allah permudahkan segala urusan hambaMu ini... Terima kasih abah sebab rajin call as pagi-pagi...kalau tak abah mesti mak... Saya rasa sungguh bahagia mempunyai ibubapa seperti anda semua... Lagu di atas buat mak abah di pagi ini....tapi saya yang akan wakil nyanyikan.... war..war..war...(^^)/

Cuaca Mendung, Hati DupDap

imej terjumpa di rumah pakcik google Assalamualaikum.... Sudah selesai puasa 6? Sudah selesai puasa ganti?  Petang ni as masak simple saja untuk berbuka puasa dengan Kak Saadah. Telur goreng yang ditumiskan dengan air asam bersama lobak merah...bagi pedas sikit letak cili api ketuk-ketuk...hehehehe. Sebagai penambah selera as goreng ikan masin bulu ayam berserta bawang besar dan cili kering....macam mana ada terliur tak???  oppsss....air liur dah meleleh....... Cuaca petang ni seperti sebelumnya mendung....tertiba teringat ayat kasanova, hari ni cuaca tempat awak mendungkan?? macam mana awak tau ?? saya tau la....( dalam hati kasanova--- yerla awek aku seorang lagi duk kat kawasan engko jugak).. Hati menjadi dupdapdupdap.... Esok macamana...tak tau la....agak-agak kena marah kah? Ya Allah permudahkan urusan hambaMu ini pada hari esok dan mendatangnya... Ok nak pergi prepared sebelum kena marah...kalau tidak memang salah ko sendiri As... (^^)/

Love Story by As

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Setiap orang ada love story sendirikan???...Hari ni as nak bercerita tentang cinta AS. Kebanyakkan kengkawan as dah muak dengar cerita cinta as, kali ni as nak bagi pembaca My Idea lak muak atau meluat bila tahu cerita ni... Macam mana nak mula? Bila as mula jatuh cinta? As tak ingat, sejauh mana as pernah bercinta? As tak ingat juga. Berapa kali banyak as bertepuk sebelah kaki? Rasa banyak kali juga. Berapa banyak lelaki yang pernah ucapkan Saya cintakan As? Rasanya tidak ada... Sebab kalau adapun as rasa mereka hanya boring dan bosan jadi diorang cakap jela pada sesiapa lebih-lebih lagi pada as. Kenapa As? Sebab as budak cengengen...kuat nangis, kuat pula merajuk, ngada-ngada. --------------------------------------- Masa sekolah dulu as pernah suka pada seorang budak. Tak ingat la apa yang spesel pasal budak tu, dan as dengan berani bagi tau as suka dia.Dia hanya mengangguk tanda faham...dan kami bua

Entri Subuh hari

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh...... Ini entri sebelum masuk waktu SUBOH (@@)/ As terbaca satu info ini mengenai cara kita beri Salam Sebenarnya as dah lama tahu, cuma tidak secara detail dan tidak pula mengkajinya dan menanya lebih lanjut kepada ustaz as. Copy and Paste JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM" بِسْــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم اَلسَّلاَÙ… ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya?? Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)". Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89) baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH... Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain. Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi sal

Saat gembira berhari raya

Assalamualaikum... Sudah puasa sunat syawal kah anda??? (^^) Bagi yang perempuan kena wat yang wajib dulu...ngeh..ngeh...Inshaallah hari ni masuk hari ke2. Raya tahun ni sungguh meriah, yerp...balik dari melaka-johor hari tuh rumah saya sentiasa didatangi sanak saudara...kengkawan bagaimana? Mesti samakan? Teringat kata-kata pakngah bila ada orang beri salam luar rumah, dia cakap camni.... MASUK, SALAM, KELUAR hahahahaha.....bukan aper, dia kate kuih muih tak penting sangat tapi dapat bersua muka tu yang penting... Duit raya pun penting gak PAK NGAH...hehehehe ;p Bawah ni gambar-gambar saya beraya bersama keluarga di Melaka. dengan baby Ainul Sufiyah...yer...blue-blue The ladies only...wah-wah rumah Melaka - rumah pak ngah.... di atas tu mana gambar paling cumel - saya kah?? hahaha takyah perasan ko as... Disini saya nak ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang lama dan juga baru kerana sudi datang beraya ke rumah saya. Terutama kepada sahabat lama dari Kelantan, sampai sesat nak p

Salam aidilfitri 1432 H

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Terlebih dahulu as nak minta maaf zahir batin kepada semua kenalan dan kawan-kawan as jika as ada buat salah (semestinya ada) sepanjang penulisan My Idea ini. As minta maaf banyak sangat tak dapat nak balas mesej raya kengkawan kerana dah kehabisan kredit mahupun juga terlalu sibuk dalam perjalanan pulang ke melaka dan berjalan raya...nak taip mesej pun tak sempat, bila nak balas pulak dah abis credit. Alhamdulillah Raya tahun ni sangat seronok sebab dapat beraya di kampung kelahiran as sendiri, Melaka. Suasana raya di Melaka sangat berbeza dengan beraya di kampung as di Pahang. Nak cerita pasal kelainan tu tak retila..demi menjaga sentimental sesetengah pihak.. Masjid penuh sehingga as dinasihatkan takyah pergi demi bagi peluang pada lelaki, tapi abah tarik as juga pergi..lega rasanya dapat ruang untuk solat raya. Masa pulang tengak saf lelaki sampai atas jalan raya...wah as sangat seronok sebab disini as boleh lihat kesungguhan uma

Kuih dan Baju Raya

Assalamualaikum Sudah siap persiapan raya anda? Oh saya sangat bz sekali, seolah-olah saya ni bekerja sendiri tanpa bantuan sesiapa (walau hakikat ada yang bantu) Hari ni baru siap biskut tart nenas. Ini biskut kedua selepas peanut flower cookies. Baju raya hanya dibeli saja. Alhamdulillah kali ini dapat baju yang ada size badan...yea dulu saya sangat gemuk (huahuahahaa...)~~angkara siapa?? Ingat nak buat biskut sarang semut ~ ye semut sangat suka kalau tau saya nak buat ni, sila rahsiakan dari semut ya?? (@@)/ Oh..saya sudah tidak dapat kawal keadaan~~ anak-anak buah sudah datang mengacau...yang kecik merangkak-rangkak dan tergolek-golek...yang besar terpekik dan terlompat dan melantun macam getah buku...ok..semua mesti ditidurkan.... mau minta duit raya lebih sama bapa-bapa mereka ini... kalau macam ini boleh siapkah kuih raya saya ni??? huaaa... adaxsadsa --- oh ini taipan budak-budak ini??

Fasa Pengampunan

Assalamualaikum... Rupanya kita telah masuk ke fasa pengampunan.. As tak sedar dan terleka... Banyak dugaan dalam hidup ini yang menyebabkan as terus terlena.. Ya Allah ampuni dosa-dosa As yang sering lalai dan mempunyai ego yang tinggi.. As tidak mahu menjadi mahu hamba yang derhaka, hamba yang tidak tahu menghargai setiap anugerah yang dikurniakan oleh Mu... Sesungguhnya as memohon keampunan diatas segala kesalahan dan keegoaan yang as lakukan. ------------------------------------------------------------------------------ Salam sayang buat semua pembaca My Idea Di fasa pengampunan ini marilah kita bersama-sama berkejar-kejaran mencari pengampunanNya dengan seikhlas hati... Mana tahu kita akan mati sebentar lagi...

Cabaran

Assalamualaikum... Tertiba rasa tercabar dengan seorang manusia nih... Tapikan bodohkah untuk mencabar manusia nih??? Perlukah saya mencabar kesabaran saya??? Ini bulan puasa...bulan yang mulia... Saya rasa saya perlu bersabar dan bersabar sampai bila-bila Kemarahan ada batasnya Tapi saya yakin saya boleh atasi kemarahan itu jika saya melupakannya Tapi saya dinasihatkan jangan melupakan semuanya Supaya ia dijadikan iktibar dalam hidup Saya dianggap bertuah kerana ada pengalaman itu.. Orang lain mungkin terlena dibuai mimpi indah tanpa menyedari virus ini Oh..saya sangat trauma Pada siapa saya nak salahkah ? Pertama pada diri sendiri saya yang sengaja terlena Kedua pada manusia ini yang telah saya beri banyak peringatan Saya lepaskan Tapi saya tetap takkan lupakan Supaya saya lagi berhati-hati dengan manusia jenis ini Fuhhh...manusia jenis ini sungguh ramai rupanya....realiti bukan fantasi

Boleh atau tidak menderma darah masa bulan puasa?

Salam Ramadhan Beberapa hari lepas, as ada dengar berita dari TV3 tentang bekalan darah daripada orang Islam dinegara kita makin berkurangan. Purata penderma Islam dibulan lain ialah 100 orang tetapi berkurangan kepada 50 orang di bulan mulia ini. Persoalannya disini, ialah as musykil sama ada boleh atau tidak kita menderma darah dibulan puasa. Bukan isu tidak larat atau tidak bertenaga, tetapi isunya ialah jarum suntikan dan ubatan. Satu masa dulu, dalam sekitar 2004 rasanya, seingat as bila setiap kali nak derma darah, nurse mesti akan inject satu ubat ke dalam badan. Tapi sekarang ni, bila as derma darah, ubat tu dah takder...terus bius dan cucuk keluar darah. Ok, antara syarat batal puasa ialah memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan. Tidak boleh makan dan minum atau apa-apa yang boleh mengenyangkan. Jadi jika masuk ubat sebelum mengeluarkan darah, adakah batal??? Oh yer luper, sekarang dah tak masuk ubat dulu, terus cucuk jer...tapi kena cucuk tu batal tak?? Kalau a

Kek buah-buahan

Assalamualaikum Hari ni badan dah sihat. Maka diteruskan rancangan buat kek buahan untuk Kak Sarah... Oleh kerana malas nak sukat banyak bahan, maka pakai tepung kek buah yang segera. Cuma tambah 4 biji telur gred A, kalau takder gred A, pakai jer lam 5 biji gred b atau 6 biji gred c. Pandai-pandai jer agak. Dalam masa yang sama panaskan ketuhar 150 darjah. Pastu masuk sebiji-sebiji telur, putar 2-3 minit speed laju kemudian tambah mentega 125g. Saya pakai butercup so kerat jer atas kertas yang ditulis 125g, main agak-agak jer. Malas nak timbang. Bila tepung dah kembang, letak buah-buahan campuran. Ok kalau ikut respi asal, ada letak vanila, oren sunquick, susu cair...jadi saya letak jugak dalam adunan kek ini sebelum letak buah-buahan campuran....rasa dia lemak berkrim sket..dan wangi. Dalam resepi asal juga pakai banyak gula, jadi saya kurang sikit, tapi kalau dah pakai tepung mix ni saya tak yah pening kepala nak tau terlebih manis atau tidak kek buah tu... So inilah gambar kek yang

Kena injection yang ke berapa tah....

Assalamualaikum... As sakit lagi dan tidak kebah walaupun makan ubat sejak semalam. Hari ini, as terpaksa tahan sakit sambil ganti kerja akak yang dimasukkan hospital untuk surgery. Takper lah...sakit akak lagi merbahaya berbanding dengan sakit as ni. Tahan ajer la... Sampai jam 4 petang, makin melarat...kebetulan abang dan akak baru pulang dari hospital, maka abah tanpa berlengah tarik as ke klinik swasta. Sebab semalam pergi klinik kerajaan, badan as tak serasi dengan ubat yang diberi. Kali ini abah teman masuk jumpa doktor dan minta injection supaya as tak menderita dalam senyap. Yer.....as senyap...tapi mak abah tengok as gelisah menahan sakit..hahahha... Semasa doktor kata naik katil, as dah panik....katil??? Doktor : Kita cucuk dipunggung... Enggak mau doktor...enggak...ehhh silap...taknak doktor...taknak!!!!!!! Bahu ajer yer..boleh yer??? Tapi doktor kata bahu awak tak banyak daging....tengok badan saya besar ni pun tak banyak daging dibahu ( eleh....) Saya tak mahu....takper ka

Selamat Hari Lahir Abah 2 Ramadhan 1432H

Assalamualaikum Hari ni dah masuk puasa ke-2 dibulan Ramadhan 1432H. Hari ni juga merupakan hari lahir abah 2 Ogos. Sempena hari lahir abah dan puasa ke-2 nih, as dengan rajinnya membuat kek oren dengan topping cokelat. Ingat nak ambik gambar, tapi kek tu comot jer....uhuhuhuuuu.... Sebenarnya as buat kek dalam keadaan kesakitan....yer hari ni badan as tak sihat, dan sangat sakit... Sebelum minta abah bawa pergi ke klinik hospital, as siapkan dulu kek chiffon oren untuk abah. As malas betul banyak songeh nak pergi klinik jauh, pergi jer mana yang terdekat. Masa tunggu rawatan, sakit makin reda...sebelum tu sempat berseloroh nak minta cucuk...tapi kelu lidah waktu depan doktor...hahaha..akhirnya as makin sakit teruk dalam kereta semasa perjalanan balik....Alhamdulillah....(^^) Abah dan Mak bising sebab tak minta cucuk ubat tahan sakit dengan doktor. Malam ni kalau makin sakit, abah ajak pergi ke hospital....ishhhh...enggak mau... Takper..as akan cuba bertahan sampai pagi esok, lagipun b

Salam Ramadhan 1432H

Assalamualaikum Malam ni kami umat Islam di Malaysia telah memulakan terawih yang pertama sempena ramadhan tahun ini. Puasa kali ini, as fikir nak habiskan sepenuhnya di rumah kampung. Bulan ni merupakan cuti terakhir semester, jadi rasa sayang nak balik bangi. Apa-apa hal nanti bincang kemudian dengan abah dan mak. Pernah tak anda ada kuasa telepati..ohhh bukan tapi macam bila anda nak makan satey...tertiba ada orang belikan satey hari tu jugak....pernah tak pernah tak??? Alhamdulillah, jumaat lepas as dapat makan satey. Asalnya as nak minta abah belikan satey, tapi pendamkan dalam hati sebab bimbangkan abah mak penat jaga baby sufiyah sakit di wad ( ye dia masuk wad kerana cirit birit). Hampir ke tengah malam, abah pulang dengan sebungkus satey.... Yeayyy....dapat makan satey juga....terima kasih Allah, terima kasih mak abah yang dapat gerak hati anak dia nih..... Jadi ini dipanggil telepati??? Gerak hati?? Atau apakah??? Diteruskan makan satey sampai malam esoknya, abang za sponser

Discharge

Assalamualaikum, Baby sufiyah dah boleh keluar dari wad. sekian berita ;P Alhamdulillah baby sufiyyah dah makin sihat, tadi dah keluar wad. Saya dah melawat baby semalam, menyusu taknak tapi kuat makan. Cian baby comel nih...sakit mulut nak isap susu... Tapi takper kalau nak makan, berat pun dah bertambah sikit. ------------------------------------------------------------------------------------- Tengok keadaan baby dah ok semalam, as pun balik bangi...yer sekarang berada di bangi. Banyak urusan yang perlu diselesaikan... Kalau takder halangan, hujung bulan ni abah datang untuk tolong as pindah. Sebelum ni boleh la nak pakai teksi, tapi sekarang ada katil, meja almari, kena bawak HILUX jugak.... Boleh jer nak sewa lori kat sini, tapi as nak abah jugak!!! (^^) Meh-meh jemput datang umah baru as---itulah niat as yang sebenarnya sebab nak abah tolong. Oklah, busy-busy-busy.....ecehhhh poooraahh....:)

Baby sufiyyah sakit

Assalamualaikum Hari ni as tunda balik ke bangi, kerana baby sufiyah sakit. Rasa risau di hati, putaran sakit dalam keluarga masih belum tamat nampaknya. Dugaan Allah. Sudah 6 kali bawa ke hospital tapi masih belum kebah demamnya. Dan kali ke-6, doktor terpaksa tahan wad. Semalam baby sufiyah tak dapat tidur kerana menahan sakit tangannya yang masuk air dan ubat. Sian pada ummi dan ayah sufiyah, harap mereka bersabar. Semalam buat kali ke-2 juga, saya gagal untuk derma darah kerana tidak cukup darah dalam badan saya. Nilai semalam hanya 12.0 lagi 0.5 untuk cukup...uhh sedih jugak...bulan lepas 11.0..tapi takper dapat cucukan vaksin Hepatitis B free...(^^) Nurse nak bagi vitamin, tapi taknak...nak makan bayam dengan kerang banyak lagi best. Dengan kuasa penderma darah, dapat naik dulu ke wad baby sufiyah. Abah mak dan atuk terpaksa tunggu sehingga masa ditetapkan. Sewaktu tengah paksa baby minum susu, atuk sampai...rupanya atuk naik tangga,....tinggi tuh..wad kanak-kanak tingkat 8...al

Cempaka Beach Lodge

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hepi-hepi....... Lepas siap urusan as di KIPSAS, abah bawa kami menginap di kem Cempaka Beach Lodge. Abah dah check in dulu, siap bawak alya mandi pagi kat pantai. Bilik sewa kat sini yang paling as suka, sebab tak ramai orang. Belakang balkoni, bila buka je pintu ada pantai, depan pintu masuk pulak ada kolam. Kat sini tak ramai orang waktu ni, kebetulan ada sepuluh bilik, sembilan bilik milik keluarga imam dari Bintang. Jadi bila diaorang main pantai, as dan alya main kolam, hehehehe.... Nanti nak buat hari keluarga kat sini lar...harga dia pun ok. Tempah sepuluh bilik pun dah ok. Suka dapat berenang zirafah dengan budak kecik nih. Peace, time nih kena jaga molek budak nih, sebab kat kolam orang besar. Esoknya, pergi jumpa budin. Bawak durian seguni, hampir pengsan duk dalam kete bau durian...uhukkkk Ingat nak online kat situ, tapi tenet sangat lembab, laju lagi as duk kat rumah kampung.

Dah Sihat

Assalamualaikum dan toin..toin..toin...heheheh... Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana telah memberi kesihatan yang baik kepada kita semua.... Alhamdulillah juga selera abah telah bertambah. Hehehehe, cuma abah dah beberapa hari tak minum nescafe, sekarang abah cuma minum Ho..ho..ho..horlicksss.... Tapi as yang tak sakit nih, tak mahu minum MILO, hurmmm setiap orang ada perubahannnya. As suka sangat minum MILO, sejak dari kecik lagi. Sampaikan kak sa'adah gelar as, ASMILO sempena nama watak sinetron jam 2 petang. Tapi sekarang dalam 2 3 minggu ni as tak minum milo dah. Minuman as ialah teh susu, itupun nak yang mak buat, sebab buat sendiri tak sedap. Hahaha, yerla bukan minuman kegemaran jadi, x reti buat sedap cam mak. Coklat pun beli jer banyak dalam peti, tapi bagi anak-anak buah je makan. Ais krim coklat pun keras jer tak bermakan, kalau tak memang mencari sokmo dalam peti tuh?? Kenapa as jadi camni?? Hehehehe...bagus jugak kan? Sekali sekala berubah. ------------------