Langkau ke kandungan utama

Catatan

Bermain di PD

Assalamualaikum... Hari ni hari selesa...hari pertama as duk di ofis... Tak ramai orang dalam bilik as...hanya as dan 3 orang lelaki....yer....saya seorang sahaja perempuan. Colleague as yang lain tak datang sebab ada yang tak sihat dan ada yang nak siapkan kerja di rumah. As takleh nak letak pic lagi...sebab baru hari pertama...dan orang kat sini semua international..payah dan pelik pulak kalau nak ambik gambar diorang tengah wat kerja. Lain kali ya? ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Harini hari kedua as kena demam selesema...srooot..srettt...malu giler...walau hidung orang lain pun berbunyi, tapi as tetap malu...yerla...hari pertama di ofis ada bunyi yang tidak enak didengar... As dapat selesema sebab gara-gara as pergi mandi pantai ngan kolam kat PD sampai tak ingat dunia...hahaha Seronok sangat berenang-renang duyung dengan baby sufiyah dan alya dan ijal.... Balik da

Mau jalan-jalan

Assalamualaikum Tesis as tak siap lagi...hahaha...tapi As sibuk pergi jalan-jalan Bukan jalan-jalan kosong tapi jalan-jalan wat kerja dan menimba ilmu...(^^)/ Esok as akan berkenalan dengan seorang ni tapi tak tahu dia boleh pergi tak dengan perangai as. Dia merupakan orang yang akan membantu as dalam tesis as. Harap-harap kami boleh jadi kawan baik. Ok ni citer esok... ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Tadi abah beritahu berita gembira pada as...terima kasih abah..as gembira sangat..sayang abah..muah-muah... Petang tadi as offerkan diri mau jadi pengapit pengantin Kak Ayu..wah, mau pakai baju warna apa ya? Putih? Silver? Tercoiz? Kena pergi cari baju minggu ni...yeah pergi jalan... Baucer buku dah dapat, bila mau pergi beli buku nih? Nak beli buku apa? Mestila buku cerita Augmented Reality atau buku practical guide for beginner AR? owh kan bagus kalau dapat baucer tu

Saya sayang awak sangat

Assalamualaikum Saya sayang awak sangat...ye sangat tapi sayang saya tak boleh nak sampaikan terus kepada awak... Jadi saya selalu buat awak marah, sakit hati dengan saya... Bila saya tak pedulikan awak, buat-buat tak nampak awak bila awak pandang saya, sebenarnya saya tipu. Saya ambik sebiji buku sebesar ensiklopedia. Saya sorokkan muka saya, lepas tu saya curi-curi tengok awak... Hahaha... masa saya saja-saja langgar awak lalu tumpahkan air milo kesukaan saya kat baju awak awak jerit marah saya, tapi saya buat pekak aja... Biar semua orang dengar...biar awak malu...saya malu jugak tapi saya terus lari, mesti awak bengang kan?? Biarkan... -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Ok kengkawan cukup karutan saya.... Apa yang saya tulis diatas, adalah cebisan-cebisan dari novel, drama jepun korea dan lagu-lagu yang saya tengok... Saya terlalu addict dengan dengan drama jepun. S

Seharum Lavenda Semanis Madu

Assalamualaikum.... laman web lavenda Cantikkan bunga lavendar atas tu...gambar ni as copy url aja dari sebuah laman web. Kalau nak tau klik aja url gambar tu. Wangian sebagai terapi stress dan dapat memberi ketenangan kepada pemakaiannya, namun jika terlalu wangi boleh buat stress kita bertambah sebab sakit kepala...hehehe As suka wangian lavenda tapi kena hati-hati sesetengah lavendar ada bau yang tidak sedap..tapi tak tau la kenapa ya... Masa bila kita pakai wangian? Kalau as, pakai setiap masa, tapi takder la sampai orang lain boleh bau menusuk hidung...kalau ada bagitau ya supaya as tidak mendapat dosa...haha.. Tau tak bila kita wangi syaitan pun tak suka..tapi bukan atas dasar itu sahaja, kita kena tambah la juga dengan solat dan amal ibadat yang lain. Kalau pergi keluar jumpa pakwe kita pakai wangian, kita jumpa Allah pun pakai minyak wangi juga. Setakat ni minyak wangi yang ada dalam koleksi as seperti One Drop, SilkyGirl dan beberapa minyak wangi ya

Bermain air Janda Baik

Assalamualaikum (^^)/ Sabtu baru ni as, kak saadah, tikah dan beberapa rakan dari Hadhari, UKM pergi berkelah di Janda Baik, Pahang. Kami menginap di Chalet D'River. 3 buah kereta aja pergi tak ramai mana tapi sangat seronok dan meriah. Apa aktiviti disana? As main air dan main hanyut-hanyut dengan tikah. Rasanya kami berdua aja super aktif menjadi kanak-kanak...  Kami dah hanyut dari hulu sampai ke hilir..pastu berenang lagi di kawasan air deras untuk dihanyutkan semula....wah....sangat-sangat seronok... Teka as pegang apa? Tapi malam tu, as tak dapat tidor sebab badan jadi sakit-sakit...bahu kanan rasa macam berat sangat-sangat... Pada mulanya as ok aja cool aja tahan sakit..tapi jam 2 pagi hingga ke 3 pagi as dah resah sebab sakit tu tak hilang ditambah mata yang ngantuk tapi takleh tido.. As Nangis...wa..wa..wa.. Maka kak saadah la yang kena picit bahu as ni siap baca doa lagi... Hati makin nak marah apabila ada orang berkaraoke sampai

Rajin As

Assalamualaikum... Wah rajin tul as arini...siapkan paper sambil dengar lagu KPOP dan makin lolipop... Hari ni ingat nak siapkan kerja di library sampai kul 7..wah mampukah?? gambar dari Ekimkee Takper-takper kuatkan hati semalam pun dah jumpa doktor ubat penyakit malas nih...hahaha Oh rasa berdebar-debar lak nak jumpa penyelia sok...dah ler garang-garang...kecut perut guayy.. Makcik cakap kalau nak jumpa penyelia baca Ya Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabir banyak kali... Dup dap dup dap... Saya ada sindrom takleh jumpa penyelia...kalau jumpa penyelia mesti rasa sakit perut... Kalau tak jumpa lagi teruk tak siap ler tesis saya...wahh.... enggak mau.... nak cepat siap...taknak dah duk sini..mau berhijrah ke luar negara cepat....fuhhh...;p

Sakit Malas

Assalamualaikum Penyakit malas makin menjadi-menjadi dalam badan as nih...wahhhhh...... Teringat citer Senario yang mana ibubapa bawa anak dia jumpa bomoh mengatakan anak dia seperti berat jer nak bangun, asyik nak baring tido aja. Maka tok bomoh pun cakap "Ish..berat sungguh penyakit anak kamu nih...aku nampak ada jin bernama 'M' melekat pada badan dia...sebab tu dia rasa berat nak bangun dan tidor makan sahaja." Maka ibubapa budak nih pun rasa sedih dan bimbang akan penyakit anak dia. Tok bomoh pun baca serapah dia pada sebatang rotan. Lalu meminta ibubapa memukul anak mereka dengan rotan tersebut sekiranya anak dia rasa berat nak bangun tido dan berkerja. Tok bomoh berpesan jika dia menjerit kesakitan jangan rasa sedih nak rotan sebab yang menjerit sakit itu bukan si anak tapi jin bernama 'M' tu yang menjerit. Seminggu kemudian, si ibubapa datang mengucapkan terima kasih kepada bomoh tersebut sebab si anak telah rajin dan tidak asyik de

KHAYALAN SAHAJA

Assalamualaikum Sudah setahun berlalu peristiwa yang hampir buat as hilang semangat dan hampir putus asa. As dah hampir lupa apa yang berlaku tetapi hati sedikit tersentap apabila melihat beberapa kawan as mendapat sakit yang boleh menjejaskan kesihatan mereka, dan orang disekelilingnya. Sukar nak percaya tapi ia tidak mustahil. As taknak dah lihat semua ni taknak dah. Kenapa ada manusia yang sangat kejam. Jika sudah tidak ada hubangan kenapa perlu menyakitkan kawan as sehingga ia mendatangkan kesakitan kepada orang lain juga. As tidak belajar agama tinggi-tinggi, jauh sekali sebagai seorang pendakwah agama, tapi as masih tahu salah untuk menggunakan ilmu songsang apatah lagi kita hidup beragama.  Seteruk mana pun hati as sakit, as tidak akan menggunakan ilmu songsang mengenakan orang lain walau waktu itu setiap hari as diganggu oleh suara yang mengajar bukan-bukan. Jika anda seorang pendakwah yang mengajak orang ke arahNya kenapa tidak anda berdakwah kepada diri sen

Isu Air

Assalamualaikum... Masa tahun baru ni satu kawasan perumahan as takder air. hampir 3 hari kot. Hal ni disebabkan oleh meter utama rosak. Ok takper sebab syabas cepat mengambil tindakan dan mohon maaf dengan kami..syabas kepada syabas yang pantas. Tetapi semalam waktu nak ambil wuduk di PTSL tetiba jer air takder..maka terpaksa pergi ke tempat lain. Kemudian terdengar junior berborak-borak mengatakan takder air di kolej masing-masing. imej dari pakcik google Tengah malam tadi masa nak cuci muka sekali buka pili air disingki air tak keluar. Kak Saadah dah mengelabah tak tentu arah. Hati as mula teringat di UKM pun takder air. Wah ni krisis besar nih lagi-lagi tikah bagitau kat Masjid UKM pun takder air semalam. Sebab dalam otak as ni fikir nak pergi mandi di Masjid UKM saja pagi ni. Akak Saadah pula sampai tak tido lena memikirkan camne nak cari air. Akhirnya dah booking rumag asyah di hentian kajang, katanya rumah dia ada air.  Jam 5 pagi akak saadah bangun che

Cinta Hati As

Selamat Tahun Baru (^^)/ Tak terlambat lagi kan nak ucap selamat tahun baru buat kawan-kawan as kan?? Macam biasa semua orang akan tanyakan as apa azam baru as.. Kawan-kawan? Masing-masing mesti ada azam sendiri kan Kata kak saadah azam tahun baru dia nak siapkan tesis dan nak kahwin???? hehehe Azam as?? ermmmm adala...hehehe Penghujung tahun 'AKHIR' - macam bunyi nak mati saja (~~) ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- As da tukar layout baru,  nama My Idea @>-- pun da tukar jadi Cinta Hati As..  Cantik tak layout baru nih?? As malas nak buat design sendiri sebab leceh la..Nak tukar design ni pun bercinta jugak...apatah lagi nak update post terkini... As tukar nama Cinta Hati As ni pun sebab dalam ni tak banyak cerita yang membangunkan minda tetapi hanya sekadar luahan persaan. Hahahaha Sebab yang lain pula ialah as dah  takder idea nak tukar nama apa. (~~

Celcom VS Maxis

Assalamualaikum Hari ni da mula kerja balik...waaa..rasa berat semuanya..hohohoho... Tajuk hari ni ialah Celcom vs Maxis... Anda pakai no Celcom ke Maxis? Saya pakai celcom. Yer saya pakai 3 nombor celcom dua belah pantai timur, satu lagi belah barat...;p Anda pakai no celcom kerana apa? Saya pakai no celcom sebab saya suka dengan no tu kot...lagi-lagi waktu beli tuh celcom baru nak popular dan free sms sesama dia. Kemudian, adik beradik saya semua tukar no celcom menyebabkan setiap kali beli no baru mesti beli no celcom. Saya ada no maxis..pernah ada tapi guna masa belajar dulu...kejap jer..sebab tak ramai kawan pakai maxis..so saya henti pakai. Satu hari kawan bercerita ada orang nak ngorat dia, tapi pakai no maxis...maka dia pun terus tolak...alasan nati habis topup dia...yer la sebab dia pakai celcom. Hehehe....Dia cakap lain kali kalau orang nak ngorat dia, dia nak tanya awak pakai maxis ke celcom? Kalau maxis, bye-bye.. hahaha Saya pun kedekut juga ta

Kamu adalah Kamu

Assalamualaikum... Hari ni hari khamis..da potong kuku?? Belum?? Esok saja?? Ikut kamu la... Hari ni tah hari ke berapa as rasa sakit bawah tulang rusuk kiri....lagi sakit waktu tidur malam...tiap kali nak berpusing atau bangun rasa macam tak boleh nak bernafas...lepas tu batuk lak tak sembuh-sembuh lagi, tiap kali sejuk jer mula la...maka bertambah lagi la sakit.  Tak pergi klinik sebab rasa macam kena gelak dengan doktor nanti....rasa cam tak serius kot..(~~)/...ke ko takut as?? hahaha takper...takper..sok abah datang...ajak abah teman...hahaha..  tak sabar nak tunggu abah datang ambik pastu nak pergi dapatkan vaksin hepatitis B yang terakhir. Jangan salah faham..saya takder hep.B cuma saya ambik langkah berjaga-jaga..lagipun free sebab saya adalah penderma darah yang setia...hehehe  Jenis darah saya A sesuai dengan nama saya AS...pandai abah matchkan nama saya mengikut jenis darah. Tapi darah adik B..tak sama nama dia..hahaha silap saya beri nama pada adik..yelah

Nak jadi apa?

Assalamualaikum Alhamdulillah semalam dapat juga sambut ulang tahun kelahiran kawan As. As doakan dia dapat tamatkan belajar dengan  cemerlang dan mendapat gelaran Dr. Apa cita-cita as masa kecil? As nak jadi doktor perubatan. Tapi as tak belajar sungguh maka awal-awal lagi as kena lupakan semuanya. As tak usaha sungguh-sungguh banyak main. Sepatutnya as tak tolak tawaran jadi nurse dulu. Kalau tak  as boleh sambung belajar bahagian perubatan dan  jadi doktor..ohhh kenapa as tolak ya?? Sampai sekarang as terasa menyesal. Tapi takper lah as fikir banyak lagi as yang boleh kejarkan. Cita-cita tidak terhad kepada satu sahaja. As ada banyak cita-cita..separuh daripadanya sudah tercapai. Cita-cita tidak hanya boleh difikirkan masa kecil sahaja malah kita boleh bercita-cita setiap masa. Contohnya, bila as dah masuk U as belajar programming tetiba terasa berminat nak hacking. Masa kecil-kecil dulu selalu tengok citer hacker..maka timbul rasa nak jadi hacker juga...hehehe

Tips Jimat buat budak UKM

Assalamualaikum...... Apa khabar orang kampung??? Hehehehe...apa khabar juga pembaca My Idea @>-- Muahhh dari sufiyyah Nah nak kongsi ciuman dari muncung sufiyyah...mmuaahhh...hehehehe... Hari ni nak kongsi se dua tips jimat buat pelajar UKM. 1. Untuk jimat letrik kite pergi study di UKM. Sebagai pelajar kita ada hak nak guna semua letrik di UKM, terutama di PTSL, sebab kita bayar yuran mahal setiap semester.  2. Kalau nak jimat guna broadband pun kita pakai yang PTSL UKM juga. Nak laju kena pergi kat kawasan bilik wifi..kalau ada makmal komputer di fakulti pun boleh juga. Saya suka jer guna makmal di FTSM..sebab sangat laju dan komputernya semua baru..almaklumla fakulti IT..(~~) 3. Kalau nak jimat duit beli buku baru yang mahal, anda hanya boleh minta dengan pihak PTSL untuk belikan untuk anda. Tapi ia bukan untuk dimiliki tapi untuk dipinjam. Cara-caranya ada saya tuliskan di sini   https://www.facebook.com/note.php?note_id=297462470281341 . 4

Reset

Assalammualaikum... Satu masa dulu as tanya pada diri sendiri kenapa manusia tidak boleh mengundur masa? Seperti butang reset pada telefon atau komputer atau pada penentu masa kembali menjadi  0. Jika manusia boleh kembali kepada zaman silam atau membetulkan kesalahan yang dilakukan apa akan terjadi? Jawapan yang as terima daripada kawan-kawan ialah, dunia akan aman, tiada perbalahan dan dendam. Namun as pasti ada juga akan sedar bahawa jika manusia ada butang RESET maka dunia akan menjadi kucar kacir. Peperangan akan sentiasa berlaku dan manusia tidak akan berevolusi. Manusia belajar dari kesilapan, jika fikir dengan hanya kembali ke belakang atau RESET kembali perangai dapat mengamankan dunia dan diri, maka disitu akan berlaku kesilapan. Jadi apa jawapan anda? Apa yang akan berlaku jika anda mempunyai butang reset? Seandainya anda yakin jika butang reset itu akan mendatangkan suasana ceria dan aman seperti Alya bermain ombak...beritahulah saya. Ab

Smile with broken heart

Assalamualaikum Apa perasaan anda bila dapat tahu ayah anda diacukan senapang di dada? Anda hanya dapat dengar bunyi senapang tapi anda tidak tahu sama ada ayah anda selamat atau tidak? Dalam situasi itu anda bertanggungjawab mengawal ahli keluarga lain dari diapa-apakan. Abah as hampir ditembak. Hati as sangat trauma bila mengingatkan kembali situasi demikian. Hampir hilang semangat dan hilang akal. Kata-kata abah waktu itu  Aku! maju ia, mengundur tidak !  As harap perkara ini tidak berlaku lagi, seandainya abah mati dibunuh, As tak mampu nak menghalangi adik dari menuntut bela. Akan berlaku pembunuhan beramai-ramai. Apabila hati dirasuk syaitan, manusia yang tiada iman yang kuat akan kalah. Adakah as akan memaafkan orang yang mengugut hendak membunuh abah dan keluarga kami?  Sebelum berlaku kejadian, mak dan akak telah pecahkan botol dan cawan secara tak sengaja. As terpijak kaca sebanyak 3 kali dan kali ketiga berdarah banyak dan berlubang kaki. Adak

111111

Assalamualaikum... Hari ni as tak sedar pun ada tarikh 11 hb 11 2011 atau 111111 sehinggalah ramai yang duk bercerita pasal tarikh ni kat facebook. Wah mesti ada yang amek cuti nak kahwin atau nak honeymoon yang kedua atau nak cuba lahirkan anak pada tarikh ni..hehehe...seronok ler tuh... Hari ni as pun berseronok juga tapi berseronok jumpa dengan cik puan Noraishah di PTSL... Kami tengah buat plan untuk majukan lagi bisnes dia nih....moga dia cepat kaya...dan saya tumpang kaya..hahahaha (evil laugh!!!) -------------------------------------------------------------------------------- Ok cukup jadi gelak jahat... Tengok asyah main dengan lappy baru tetiba rasa jeles lak...saya mau!!!...tapi..saya tak mampu...apa yang ada ni pun da cukup...hehehe asyah dengan lappy barunya... Oklah...moga asyah success dengan bisnessnya..saya hanya mampu beri sokongan dan promote asyah pada kengkawan. Ok saya rasa blog kadkawinonline akan dihidupkan kembali dan dis

Bermain di taman arnab

Assalamualaikum.... Sekarang ni dikatakan ramai yang sudah membuka ladang arnab...dengar kata ehem-ehem pun ada buka ladang arnab??? Oh bukan awak punya...ingat baru nak kidnap se dua tiga empat ekor... Betul ke harga arnab yang sedang-sedang tu leh capai RM 90 sekor?? lagi-lagi yang mata merah bulu putih yang bese-bese jer tuh? Baru tanya harga beberapa bulan lepas dalam RM6 sekor...biar betul pakcik nih... Pastu arnab yang as main kat bawah tu, kalau orang nak beli RM500 pun dia taknak jual,,,sayang sangat ek?? Kalau as tawar RM1000 jual tak? nak cium tapi nati kamu gigit... tengah cuba nak gigit jari as ker? hitam itu menawan juga... Sekali penjaga tu panggil kambing...as pun tercari mana kambing...mana kambing? As ke kambing??? Tidak!! Rupanya ada spesis arnab yang bulu rupa macam kambing...nanti kalau ada gambar dia as tunjuk lagi masa post akan datang...

Mati tu bila-bila aja

Assalamualaikum Dah beberapa hari as demam sejak balik dari menguruskan jenazah pakbau (pakcik kembar) as kat melaka. Demam kali ni tak teruk sangat berbanding masa demam dengan akak rumate. Cuma selesema dan batuk sedikit... Pagi ni dapat khabar berita moyang as yang tinggal di Kedah meninggal dunia. As tidak la terasa terkilan dan sedih sangat apabila tau moyang meninggal. Sebab as tak berapa mengenali moyang as melainkan hanya tahu dia adalah ibu kepada atuk as.Tapi as rasa atuk mesti sangat sedih. Patutla atuk beria nak balik kedah minggu lepas. As pun da jumpa moyang awal tahun aritu...rupa dia seperti mumia..kering sahaja...kulit membaluti tulang.  Kesian as tengok...as gembira moyang dapat pergi dengan aman lagi-lagi atuk da ada balik sana beberapa hari sebelum dia pergi. As tahu moyang seorang yang sangat baik walaupun as tidak mengenali dia sangat. Masa pemergian pakbau pun as tak menangis bukan sebab as tak sedih...dalam hati as sangat sedih sebab as saya

Saya Sayang Blog Saya

Assalamualaikum Anda sayang pada blog andakah?? Yer saya sayang pada blog saya... Saya suka baca blog saya sendiri Apa yang anda tulis di blog anda? Saya tulis apa sahaja yang terfikir dalam hati saya. Luahan hati saya, suka, duka, kecewa dan kegembiraan Adakah saya bertujuan untuk berkongsi dengan semua orang? Hurm..mungkin juga tapi saya rasa saya lebih kepada untuk melepaskan semuanya dari hati saya... Kalau ada orang tak puas hati dan terasa dengan penulisan blog anda? Saya minta maaf, saya tidak dapat tidak untuk puaskan hati semua orang..sebab siapa saya kepada anda? Saya tahu dan pernah ada orang berkata dia terasa dengan penulisan saya...tapi kenapa anda perlu terasa? Sebab mungkin anda bernasib seperti saya? atau anda ada buat salah dengan saya? Saya rasa macam sedikit baik hati sebab ada masanya saya akan buang post-post yang dikatakan menyakitkan hati... Tapi kadang-kala ....hehehehe......saya saja letak untuk peringatan buat saya dimasa hadapan