Langkau ke kandungan utama

Catatan

Belajar cara lepaskan tangan

Assalamualaikum Hari ni, as belajar untuk lepaskan tangan as, tapi tidak bererti as berputus asa. Ramai yang menangis dan kecewa, tapi tidak tahukah mereka bahawa hati as lagi sakit daripada mereka. As tahan diri untuk tidak menangis tapi keluar juga...wah malunya!!!! As dah tak larat dah...sangat-sangat tak larat... Tapi masih ada lagi yang tidak berputus asa... masih ada lagi orang yang tarik as naik ke atas balik. Perlukah as sambut semua tangan-tangan itu? Apa faedah yang diorang dapat? Apa faedah yang as dapat? Ini semua satu perjudian. Kenapa diorang nak bertaruh lagi?

Hati Sedih

Assalamualaikum, As paling tak suka sebenarnya nak tulis tentang kesedihan hati. Kalau boleh nak juga tulis  Listen, listen, listen, listen when my heart want to speak....;p Binatang pun ada masalah...siapa-siapa pun ada masalah... As rasakan selalu larikan diri bila ada masalah...... Tiap kali as nak larikan diri, OFF handset...tutup fb, tutup email... Apabila keluarga panggil balik, as bagitau seribu alasan atau habis-habis as diam jer.... Bila kawan-kawan tanya as ada masalah? Ya, as ada masalah.....(dalam hati dan tersenyum) Masalah itu tidak berat mana pun...sebab semua orang ada masalah juga   Tinggal lagi as tak pandai nak handle..as senyapkan sahaja Macam mana anda selesaikan masalah anda? Berdoa dah pasti Berkongsi dan cerita pada sahabat? Memang as cerita... tapi honestly tidak semua as sampaikan sebab mungkin  KEPERCAYAAN

FTISLAND 4th ALBUM title song [좋겠어] (I wish) M/V

Assalamualaikum.... Sekarang as tengah stressssss Jum enjoy nyanyi lagu FT ISLAND tak pandai korean??? ishh...ikut hujung-hujung ajer.... ------------------------------------------------------------------------------- I wish there is someone looking me miss me love me oh are you???? noooooo.. how lucky am i..(^^)/ love you too..(^,^)

Peplum Blouse Korean

Assalamualaikum. Berikut merupakan peplum blouse yang disediakan atas permintaan pelanggan as.  Nak tahu design peplum lain? Boleh klik fb as Asnida Beauty N Healthcare Peplum blouse with lace Korean dress - PEPLUM BLOUSE - RM 35.00 POS LAJU : RM 10.00 Material : Laycra Size : Free size ( fit to XS - M) Ukuran size :  Bahu 14",  Pangkal Lengan: 15",  Labuh Lengan :15",  Dada : 30",  Labuh baju : 30",  Pinggang : 30 ",  Kembang baju: 76"  berminat just  sms 0199050325 CODE : PB 3, PB 4 SOLD OUT 6 Helai dan Pelbagai warna CODE : PB3, PB 4  SOLD OUT PEPLUM  : PATTERN BLOCK Name : Peplum blouce pattern block Material : laycra Ukuran saiz :  Bahu : 14 inci Pangkal Lengan : 16 inci Labuh lengan : 24 inci Dada : 32 inci Pinggang : 27 inci Labuh baju : 27 inci Kembang kaki baju : 90 inci RM 35.00 POS LAJU : RM 10.00 CODE : PB 8, P

Asnida Beauty and Healthcare - syarikat baru as

Assalamualaikum Alhamdulillah hari ni as masih hidup dan masih berpeluang untuk beribadat kepadaNya. Sihatkah semua pencinta hati as? Harap semua makin sihat dan ceria disamping orang tersayang. Azam tahun baru anda semua apa? Azam as nak buat sebaik mungkin selagi selagi hidup. Tak kirala sebagai anak ker, sebagai pelajar ker dan lebih-lebih lagi sebagai buat sebaik mungkin sebagai hambaNya. Recall 2012 Pada saat penghabisan tahun baru, apa yang anda buat?  As tubuhkan syarikat as sendiri iaitu Asnida Beauty & Healthcare. No pendaftaran syarikat CT0018125-X . Bukanlah as beauty tau..tapi as just jual produk kecantikan dan kesihatan...yerla kalau perasan as dah hampir setahun berniaga online nih. (^^)/ Susahkah tubuh syarikat? Mana ada perkara yang mudah dalam dunia ni, kalau nak makan nasi pun kena suap ke mulut dan nganga dan kunyah nasi tu baru boleh telan. Terus terang as cakap berniaga ni sangat menyeronokkan disamping boleh bantu ma

Macam mana nak tolak cinta?

Assalamualaikum Lama dah tak citer hal cinta-cinta nih...haiyaakkkkk Pencinta hati as....berapa ramai dikalangan anda sedang bercinta? atau sedang sedih putus cinta? atau cinta tidak berbalas? As pernah bercinta?? Mestilah... Bukan setakat pernah malah sedang dan hangat bercinta...hahahaha Ok......Cintakan Allah, Rasul, Islam, dan mak abah... Cinta duniawi ada juga...cuma tak larat nak senarai.... Macam Mana Nak tolak Cinta? Sekarang ni as dalam dilema.....yaa....sebab as tak reti nak tolak cinta dan lamaran orang...macam-macam tips dah as pakai seperti : - 1. awak...hantaran saya mahal sangat..jadi takyah la eh...kang bankrupt C awak nanti 2. mesej sampai - dia : hai awak...sihat?? - as : saya ok jer. dia : saya harini kan bla..bla..  as : ( tak balas) 3. dia call... - tak angkat... 4. dia marah...kita naik angin kita marah sama...haha 5. dia minta maaf...- saya okey jer..takper.. 6. dia said : saya suka kat awak - as : oh NO!!!! 7. dia mesej lagi - t

nasi hangus rumah terbakar

Assalamualaikum Apa khabar pencinta hati as?? Sejak dua menjak ni, oleh kerana as terlalu sibuk dengan banyak perkara, as nyaris-nyaris tak mati terkejut atau pun jatuh tangga rumah sebab berlari-lari ingat rumah as terbakar. Semuanya berpunca daripada as panaskan nasi waktu pagi dan tinggalkan kejap pergi bersiap-siap untuk keluar rumah. Bayangkan as keluar awal pagi dan waktu jam 1 petang, waktu fikir nak beli lauk jer, tetiba teringat as panaskan nasi kat rumah. Apa lagi, melompat kangaroo la as!! huaaaa..habisla rumah terbakar!!! Hilang kisah nak beli lauk, terus balik rumah...tengok takder asap pun, tapi hati tak percaya...maka as pun berlari-lari dengan laju sekali sehingga hampir jatuh tangga. Sampai kat rumah buka pintu, as tarik nafas dalam-dalam...kot-kot bau hangit...tapi... Bila pandang pada dapur tiada api... Sentuh periuk pun sejuk saja Bau nasi sikit, adalah bau kerak nasi... Oh..............................................

tarikh 1.2.34 dalam Islam

Assalamualaikum. Hari ni 14/12/2012 - bersamaan 30 Muharram 1434 ( 30.1.1434). Tapi rata-rata dalam facebook dah tulis hari ni 1.2.34 Kenapa yer? Adakah sebab kita duduk berlainan negara jadi tarikh tu berbeza-beza? Tapi kan....rakan-rakan fb as majoriti penduduk Malaysia. Hurm..agak konfius skit la. Tarikh lahir mengikut kalendar Islam Pencinta hati as, anda lahir tahun berapa dalam kalendar Islam? As lahir pada 2 Safar atau pada 2.2.1406 Dalam erti kata lain lusa pada 16/12/2012 iaitu pada 2/2/1434 adalah  hari lahir as mengikut kalendar Islam Pada tarikh itu juga, adalah hari lahir along as.. Hehehe, ada sesiapa nak beri hadiah lagi??? Bagi sesiapa nak tengok tarikh islam hari ni atau nak tau tarikh lahir islam, boleh klik pautan di bawah yer... Pastu jangan lupa share ler skit tarikh lahir Islam korang dengan as...;p Converter ISLAMIC date

Cara buang malware di blog

Assalamualaikum... Tadi masa buka blog Cinta Hati As, tertiba jer google chrome detect ada malware pada blog as. Huaaa....sangat menakutkan...jadi apa yang as buat? 1. As buang segala history dalam google chrome as. 2. Kenal pasti malware tu dari mana? - macam as, notis yang google chrome bagitahu berpunca dari laman nuffnangX.com yang dipasang pada blog. 3.remove nuffnangX Kenapa malware di anggap merbahaya? 1- sebab dia virus 2- kalau kita paksa juga bukak web yang ada malware, ada kemungkinan privasi komputer akan diceroboh. 3- mungkin akan ada sambung laman web bank yang tipu juga, sebab mungkin kita biasa guna pautan yang dah tersedia pada browser kita tanpa sedari dibawa kepada pautan yang tidak betul. Ada sesetengah kawan blogger as tak sedar mereka ada malware attack sebab mungkin diorang tak pakai google chrome kot..ker camner?? Sebab bila as nak masuk tak boleh, bila bagitahu, baru diorang sedar ada serangan virus. Huuu...dunia cyber ni sangat menakutka

Asam Jawa Madu ubat sakit tekak

Assalamualaikum Hari ni as  nak kongsi cara ubat (tradisional kot) untuk sakit tekak (bengkak atau luka) Balik dari Melaka baru-baru ni, as kena sakit tekak yang teruk. Tak luka sangat tapi bengkak yang teruk sebab terlalu sukar nak menelan makanan. Oleh kerana lapar dan dahaga as tetap menelan dengan penuh seksaan. Hati mula teringat azab Allah kepada mereka yang engkar di neraka. Ada yang kena minum air panas yang mendidih dan juga air nanah. Dalam setiap kali sujud, as dapat rasakan seperti ada batu berat yang tindih tekak as. Rasa sangat sakit. Lalu as berdoa kepada Allah agar diampunkan dosa dan diringankan sakit. Sakit tekak yang bengkak nih bukan sahaja sakit di tekak tapi ia turut sakit hingga ke telinga dan kepala jadi as demam juga. AIR ASAM JAWA CAMPUR MADU Dah makan pain killer, strepsils, minum air suam....tapi tak kurang bengkak tu..sekejap jer.. Tertiba teringat air asam jawa, as pun bancuh la dalam sesudu asam jawa bersama air panas dan letakkan 3

Bapa cakap Najwa Latif anak derhaka

Assalamualaikum, Perkataan 'kurang ajar' kalau diucapkan kepada as, sudah pasti akan terguris perasaan. Apatah lagi kalau dicanang satu Malaysia. Inikan pula kalau kata kita nih anak derhaka. Hari ni as baca berita di Berita Harian Online mengenai Ketidak Puasan Hati Bapa Najwa Latif terhadap anaknya yang popular melalui Youtube nih... Berikut Copy Paste dari Berita Harian Setahun menahan perasaan berdepan kerenah anak-anak, Abdul Latif Ismail, 51, tidak mampu lagi membendung kesabarannya.  Petang Isnin lalu, tatkala sibuk menyiapkan tugasan di pejabat, penulis menerima panggilan daripada seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai bapa kepada bintang sensasi YouTube, Najwa Latif.  Penulis sendiri pada mulanya ragu-ragu, apakah benar lelaki di hujung talian ialah bapa penyanyi lagu Cinta Muka Buku itu. Tetapi daripada rentetan ceritanya yang terperinci, mustahil lelaki itu mahu menipu.  Mendengar rintih hiba lelaki terbabit, lantas menebalkan k

Beutskin Essence untuk Brunei

Assalamualaikum, Berikut merupakan senarai harga Beutskin Essence dan produk SNE yang lain untuk Negara Brunei. Harga ni tak termasuk pos lagi yer. Berminat? Just email as di tulipcomel10@gmail.com atau msg as di facebook : Asnida Nordin SILA KLIK PAGE BEUTSKIN DI BAWAH INI (^^)/ Beutskin Essence Sne Create Your Badge

Amerika Syarikat diserang oleh tentera belalang juta

Copy paste image from fb Ustaz Azhar Idrus Assalamualaikum, Mungkin ramai dah tahu, atau mungkin juga tak tahu, tentera belalang memusnahkan ladang-ladang di Amerika Syarikat hampir setiap tahun. Purata kemusnahan yang ditanggung ialah U.S 1.5 billion- tak tahu sape yang bagi statik nih..anda boleh selidik sendiri. Ada pelbagai dokumentari yang menceritakan tentag belalang nih kat TV dulu (National Geographic kot) Masa as kecik-kecik, as selalu tengok movie tentang ladang omputih yang diserang oleh belalang. Tak ingat apa nama belalang nih, jadi as nak panggil spesis Belalang Juta. Belalang ni bukan datang sekor-sekor tapi datang dalam kumpulan yang besar sehingga berjuta-juta ekor.  Seingat as, apabila tentera belalang ni datang, akan kelihatan seperti awan mendung... Yer dia tak meloncat-loncat dari awan, belalang ni boleh terbang.. Kuasa Allah Rumate as pernah cakap, banyak negara takut nak melawan AS (cam nama as pulop!!) kerana kuasa VETO

Augmented Reality Vs Virtual Reality

Assalamualaikum Harini as dah berjaya hantar notis penyerahan abstrak. Alhamdulillah kerana as mendapat dua orang penyelia yang sangat baik dan tegas kepada as. Mereka cakap as la orang yang buat diorang susah hati banyak. Takder lagi pelajar lain agaknya (~~)/ Kajian apa yang as buat? Kalau boleh nak sangat as letak abstrak as kat sini, tapi atas faktor plagiarism as simpankan dulu. InshaAllah lepas viva as akan letak paper as disini. Citer sikit pasal kajian as? Ok boleh sikit jer la eh.. Masa degree dulu as buat pasal peta Fakulti Teknologi Sains Maklumat secara Virtual Reality . Apa maksudnya? Ia berkaitan Realiti Maya yang membolehkan pengguna melihat imej maya dalam persekitaran maya sahaja.Pengguna dapat tengok peta dalam bentuk 3 demensi. Untuk master ni as buat Augmented Reality atau dimelayukan oleh as iaitu, Augmentasi Realiti. Istilah ini masih belum diterima dalam kamus dewan. Kajian daripada Hafiza Abas dan Halimah menyatakan Realiti Tambahan. Ada juga defini

Mimpi Mainan Tidur

Assalamualaikum As tak tau yang as demam harini, melainkan rasa penat sangat-sangat. Tengah tidur tadi, mak baring sebelah as dan dia rasa bahang panas dari tepi as. Mak cakap as demam.  Fuhh...badan as memang jenis panas...jadi as tak ambik kesah apa yang mak cakap. Cuma as agak keliru sebab malam semalam, as mimpikan ada seorang hamba Allah yang menghempaskan sesuatu dibelakang as dan mengatakan ada jin diatas as. Lalu dia ajak as baca al-Quran. Kemudian, dia pegang kepala as dan bacakan sesuatu, waktu tu as rasa sangat sakit kepala as dan air mata mengalir tiba-tiba. As tenangkan diri dan cuba fikir balik apa yang berlaku sebenarnya, kemudian as terjaga dari tidur. Kepala rasa sakit dan bengang lagi...rasa berat nak balik temerloh, tapi memikirkan as nak hadir kenduri kawan dan nak jumpa mak abah, as gagahkan diri juga. Mimpi itu mainan tidur atau mungkin satu peringatan As tak tau apa tafsiran mimpi as, cuma as akan ambik iktibar untuk rajinkan diri

Kempen Derma Darah

Assalamualaikum, Hari ni tengah kalut-kalut as nak pergi pos barang pelanggan, ternampak kempen derma darah oleh Pusat Darah Negara di Pusanika, UKM. Dalam hati terdetik dah lama as tak derma, sebab darah as selalu tak sihat, lebih 3 kali kena reject..sungguh mengecewakan..huaaaa Haish buku derma tak bawak boleh ker? Darah as hari ni sihat tak? Alhamdulillah diterima juga....akhirnya as dapat juga beramal sedikit dengan darah as. happy sangat-sangat (^^)/ KESAN BEUTSKIN ESSENCE Kenapa agaknya HB as di paras normal? Sebab as lately ni tak kuat makan pun. Sebelum derma darah tadi as just ambik 2 cawan milo dan 2 biji telur rebus sahaja. Agaknya kesan as makan beutskin essence selama hampir 3 minggu kot. Antara kesan Beutskin Essence ialah meningkatkan kadar Hemoglobin dan membersihkan toksin. Jadi as harap sangat darah yang as dermakan ni membantu mereka yang memerlukan dan tiada toksin yang tinggi sebab as dah cuba buangnya melalui makan BE. Penc

Save Palestine

Assalamualaikum  Apa yang anda buat untuk palestine? As hanya mampu berdoa agar Israel tidak menyakiti dan menzalimi mereka lagi. Sangat bencikan peperangan. Mereka tidak ada hati perutkah? Suka-suka hati sahaja mengusir orang lain dari tanah tumpah mereka sendiri. Apakah buta dan pekakkah mereka tentang diri mereka? Sesungguhnya itu memang membuktikan mereka ni kaum yang dilaknat Allah. Jika mereka baik pasti akan diterima sahaja duduk di situ, tapi TIDAK, dah la duduk ditanah ALLAH tapi berbuat jahat sesama manusia. Tapi yang pastinya janji ALLAH itu akan terlaksana seperti yang terkandung dalam al-Quran. Cuma tinggal lagi kita kena yakin, terus berdoa, berusaha dan bersabar. As pasti tak lama lagi Israel akan hancur dengan perbuatan mereka sendiri. Ayuh kawan. Apa yang anda lakukan untuk saudara kita di Palestine?  As nak menderma kepada tabung Palestine, tapi boleh syorkan tak tabung apa yang benar-benar menghantar derma ke Palestine? Sebab kita tah

Jum membakar lemak

Assalamualaikum.. Masa kecik-kecik dulu, kalau as buat perangai yang tidak disuka mak abah..mesti diorang akan cakap... budak ni banyak lemak betul....nak kena nih.. pastu mula la as kecut perut...bukan sebab nak kena buang lemak tapi kena pukul la...hihihi... Anda banyak lemak tak? Berapa kerap pergi bakar lemak di gim atau di padang? Harini, as pergi membakar lemak di tasik cempaka dekat McDonald tu...tapi as tak beli ok...sebab as pergi senaman jalan kaki satu tasik tuh jer ngan aishah.. As menjeling jeling jugak nak tengok pelanggan McD tu...ada jer orang..tapi takla ramai..mungkin da petang sangat kot..as pun malas nak ambik gambar..ada jer orang melayu Islam yang beli... Dalam hati..biar saja la mereka...takder cakna atau mungkin tidak tahu.. Ok stop... ------------------------------------------------------------------------------------------------ As tak jogging sebab perut as lapar...bahaya tuh...takder la lapar sangat masa mulanya seb

McD nak bagi burger percuma?

Assalamualaikum.. Save GAZA and Boycott McD  Anda semua boikot McD tak?? Tau tak esok McD nak bagi burger percuma?  Kenapa McD nak bagi burger percuma? Sebab ramai manusia tengah boikot McD atas bantahan tentera Israel yang menyerang GAZA. Berikut merupakan iklan tentang sambutan Hari Sarapan McDonald..sesape yang nak boleh pergi dapatkannya yer..=p Celebrate McDonald's Breakfast Day tomorrow & enjoy the classic Egg McMuffin for FREE! At McDonald's, we believe every Malaysian deserves to enjoy the most important meal of the day. And that is why McDonald's is rewarding the nation with  a freshly prepared Egg McMuffin absolutely FREE tomorrow from 7am-10am! For a full list of participating McDonald's restaurants, please log on to  www.mcdonalds.com/my/mcdonalds_breakfast_day Iklan ni diletakkan di facebook...dan hasilnya..ramai yang memberi komen negetif dari positif.. Berikut kenyataan berbalas McD mengenai dakwaan sumbang

Promosi Super Dealer Myracles Beauty

Modal untuk menjadi super dealer ialah  RM 3,000.00 BERMINAT ?  PM AS DI FB PAGE -  Asnida Beauty & Health care -