Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tiket Syurga

Assalamualaikum Setelah atuk pergi meninggalkan kami pada 29 Jun 2013, semalam (20 Julai 2013) baby along dan kak ela pula pergi meninggalkan kami. Keluarga as memang mengharapkan suatu keajaiban tetapi Allah lagi tahu yang terbaik buat kami sekeluarga. As mendapat perkhabaran dari mak lebih kurang jam 5. 45 pagi. Mak macam biasa akan cakap dalam nada tenang.... " As mak nak beritahu ni...kak ela dah selamat bersalin, tapi baby dah meninggal dunia." Suara mak ada rasa kesedihan ada rasa getaran tapi mak bercakap dalam keadaan tenang. Walau as dah tau akan kesudahannya, as masih rasa lagi kesedihan. ------------------------------------------------------------------------------------------------ Anecephaly & Acrania Sebelum ni as dah pernah beritahu apa maksud Anecephaly  . Tapi masalah yang di hadapai oleh baby along ni ialah ketiadaan tempurung kepala.. Doktor tulis Anecephaly...tapi terbaru as ada terjumpa nama Acrania iaitu l

Mahkamah Akhirat

Assalamualaikum... Entri ni di taip khas buat peringatan diri as dan juga pembaca blog Cinta Hati As. --------------------------------------------------------------------------------------------- Kehidupan seharian as memang tidak lari kalau as tak membuat salah... Sebelum tidur akan berfikir apa dosa as dah buat sepanjang hari ni... Ya Allah, kalau boleh as tak nak dah buat macam tu lagi untuk esok hari.. As harap sangat-sangat, kepada sahabat-sahabat as supaya dapat jaga pergaulan kita seharian. As cuba untuk menjadi orang yang menjaga Islam, as sangat-sangat tak suka kalau orang bergurau yang melampaui batas. As dah cakap awal-awal lagi... Tak nampakkah reaksi muka as yang rasa nak nangis...kadang-kadang yer mungkin anda tengok as gelak sama, tapi as menepis bukan?...as ada cakap jangan bukan?... As bukan orang yang suka-suka untuk putuskan hubungan silaturrahim, tapi jika perhubungan itu melangkaui batas yang telah ditetapkan oleh Islam, as rasa t

Fadhilat membaca al Fatihah

Assalamualaikum, Pembaca blog Cinta Hati As, berapa ramai di antara anda yang tahu bahawa al-Fatihah itu penting dalam setiap solat kita? al-Fatihah dikenali sebagai ibu alQuran dan menjadi surah pemulaan bagi bacaan alQuran dan juga asas bacaan dalam solat seharian kita. Semalam, as ada menonton tentang rancangan tv9 tentang kepentingan surah al-Fatihah. Rasulullah SAW pernah menghentikan solat sahabat baginda semata-mata untuk memberitahu tentang kepentingan al Fatihah dengan bacaan yang betul. - kalau tak silap as nama sahabat itu ialah Saad. kalau salah betul kan as. Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Membaca al Fatihah  pahalanya seperti  sepertiga membaca Al-Quran" Juga Nabi Muhammad s.a.w.bersabda: "Surat Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkankan dalam bacaannya." dan  "Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin." Fadhilat Al Fatihah Sesiapa membaca surah Al-Fatihah

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang

Pemergian Atuk - Sesungguhnya Mati itu pasti

Assalamualaikum Sudah 5 hari atuk as pergi meninggalkan dunia ini. Terkilan? Banyak benda yang terkilan...tapi as malas nak fikir dah Atuk meninggal dunia sebab sakit tua....memang doktor cakap ada pelbagai penyakit, tapi itu semua faktor sahaja...sebab atuk dah tua jadi ketahanan badan semakin kurang. Abang za dah cuba yang terbaik dengan menghantar atuk ke hospital pakar swasta... Dalam 1 hari atuk menjalani 2 pembedahan. Pembedahan ke tiga di tangguh atas faktor usia...jadi sampai kesudah tidak dibuat. Alhamdulillah atuk pergi dengan mudah...selepas mak mengajar menyebut ALLAH...atuk terus pergi. Doktor pun sangat memahami tidak melakukan CPR....itu adalah yang terbaik.. Kalau di luar negara orang yang nazak sangat terseksa kerana di tekan dada untuk tujuan menghidupkan jantung terhenti... Hal ini pernah berlaku pada arwah atuk sebelah abah as di Hospital Melaka. Mak juga orang yang terakhir menjaga atuk waktu tu.. ----------------------------------------------

Design baju nikah dan sanding Cinta Hati As part II

Assalamualaikum Selamat pagi ahad semua (^^)/ Alhamdulillah as dan cinta hati da pergi beli kain untuk baju nikah dan sanding sebelah dia (baju bertandang)... Belah as nak sewa aja sebab dekat kami nak pergi ukur..belah dia jauh so kena buat siap-siap kat bangi. Persiapan untuk membuat baju nikah sanding Macam B2B lain, as ni sangat-sangat la tak pandai nak pilih kain dan design yang as nak.... Jadi as pun buat rujukan internet dan tanya-tanya juga kepada kawan-kawan yang lain.. Apa yang as buat sebelum cari kain? 1. Sediakan bajet : bajet as RM 500.00 untuk 2 pasang baju L/P - as over bajet okeys (~~)/ korang kena sediakan sekurang-kurangnya RM 700.00 untuk 2 pasang baju L/P - patutnya cukup jer RM 500 untuk dua pasang L/P tapi sebab as pilih kain yang bermutu skit...tu over.. 2. Cari designer/tailor - as pilih seorang designer baju ni berdasarkan kepandaian dan keramahan dan pastinya sebab kawan-kawan as dah ramai yang buat dengannya untu

LAGU CINTA HATI

Assalamualaikum Tengah as buat kajian tentang top ranking KEYWORD melalui SEO. As terjumpa lagi Cinta Hati.. As tak pasti berapa lama dah lagu ni keluar...tapi apa yang as suka..ialah tajuk lagu ni ialah  Cinta Hati dan penyanyi dia pun as suka Sheila Hamzah.... Jadi jum nyanyi...bagi siapa yang bosan-bosan tu.. Lirik Lagu Cinta Hati - Shila Amzah Senangnya dalam hatiku Lihat kau disisi Dari kejauhan mata Namun dekat dihati Kau memelukku indah Membisik namaku Kau tanyakan ku soalan Yang buat ku terpaku Korus Bila kau kata kau cinta Ku juga cinta mu Bila kau bilang kau rindu Ku juga rindu mu Lama telah ku menyimpan Hasrat 'tuk hidup dengan mu Oh ohh sayang, ku cinta mu.. Satu dunia tahu aku adalah milikmu Ku persembahkan cinta yang terbaik Hanya lah untuk mu Ulang Korus Rap Sudah berkali-kali ku terjatuh cinta Sudah berkali-kali juga ku kecewa Tapi ternyata segalanya berbeza Bila aku dengan kamu, Kamu dengan aku oh.. Tiada lelaki yan

Membawa diri lagi

Assalamualaikum... Agak terkecil hati dengan kata-kata seorang. As rasa macam as sahaja yang lebih-lebih.. As rasa macam as sahaja yang berusaha As rasa macam as ni sahaja bertepuk sebelah tangan... As merintih merayu dengan Allah untuk diberi kekuatan hati As menangis mengadu dengan Allah untuk dipermudahkan segala As menangis kerana as tidak tahu macam mana nak handle As tak tahu apa yang as tak tahu, As dah cuba sedaya upaya untuk menjadi yang terbaik Tapi as masih di pandang mudah sahaja.. As rasa nak bawa diri lagi Ke mana distinasi kali ini untuk pergi? Tapi bila teringatkan mak abah yang mencari as, tak sampai hati untuk diamkan diri Surat Buat Diri As Sendiri As ingat tak kata-kata ni.... Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. MANUSIA..... boleh membentuk SERIBU kata-kata, SERIBU bahasa, Namun, ia tidak dapat memperlihatkan UNGGULnya perasaan... Jangan sedih as.... Sabar...sabar..sa

Siapa contoh tauladan anda?

Assalamualaikum... As tidak tahu rupanya as tidak tahu.. Itu lah apa yang abah bagitau setiap kali as bising-bising tentang macam-macam hal Abah dan mak adalah contoh tauladan paling dekat. Kemudian dari mak abah, turun pula tengok keluarga abang-abang as. Kemudian dari situ as pandang ke kiri dan kanan, as tengok tauladan dari keluarga pakcik & makcik as Kemudian as pandang sebelah rumah as tengok tauladan keluarga jiran-jiran as Masih tidak cukupkah lagi? Tauladan Rasulullah dan para nabi telah as pelajari sejak dari kecil lagi.. Tapi kenapa??? Kenapa as tidak mengikut semua tauladan yang baik dan masih menjurus kepada keburukan? Sebab gelojak hawa nafsu..memperlihatkan semua yang buruk itu INDAH Ya Allah, kuatkan lah hati as ini.. Lindungilah diri as, kaum keluarga as dan juga sahabat handai as daripada godaan syaitan dan juga hawa nafsu sendiri... As akan cuba jadi seorang yang lemah lembut, As akan cuba jadi seorang yang tidak mudah naik darah

Cinta Hati As suka Kucing

Assalamualaikum... Kepala pusing + sakit tekak + hati sakit  + cuaca panas = rasa kurang sihat sikit..alhamdulillah kerana sakit. Tapi sebagai peniaga online yang menjawab telefon dan sms, tanda senyuman mesti dibuat...kerana customers is always lovely person...tapi Cinta Hati As lagi di hati yer...jangan cemburu..hehehe... Siapa Cinta Hati As? 1. Allah - > tiada yang disembah melainkanNya -- ada orang kata as poyo dengan statement di atas. Kerana mungkin dia fikir as berpura-pura alim. Hurm...as malas nak cakap apa...ikut suka hati anda. 2. Rasulullah S.A.W -- agak sukar untuk mencontohi tauladan Baginda....sering kali tewas dengan perasaan dan hawa nafsu... teruja dengan Laksamana Sunan yang sedaya upaya mengikuti jejak langkah baginda (hanya watak fiksyen) 3. Ibubapa -- as rasa majoriti pasti sayangkan ibubapa...walau apa pun terjadikan? mungkin ada kes yang terpencil.. As sekarang ni sedaya upaya untuk membantu mak abah. As taknak dah tengok diorang sedih.

Beware of the sweet blood a.k.a darah manis

Assalamualaikum... Entri jer ikut bahasa oghang putih...hahaha Pencinta hati as.... Hurmmmm......korang curiosity kill the cat tak kalau ada no yang tidak di kenali asyik call dan sms untuk berkenalan dengan korang? Kalau as memang la sangat-sangat nak ambil tahu, siapakah manusia disebalik nombor-nombor itu. Adakah ini namanya dugaan menjadi tunang orang? dan adakah ini maksudnya darah manis? Adakah ia satu permainan dari mana-mana pihak untuk menguji kesetiaan as? Kalau betul nak menduga as kenapa tak duga as sebelum jadi tunang orang? Kenapa yer? as pun nak tau juga... Oh...sememangnya curiosity kill the cat.... Kalau as teruskan permainanan ini mungkin as dah jadi dead cat... Apa yang as buat sekarang ni cuba butakan mata dan pekakkan telinga teguhkan hati agar tidak mengambil tahu nombor-nombor nakal yang cuba mengusik as. Setiap hari as akan menerima paling sikit 5 nombor tak dikenali...yer la as kan peniaga online. As sekarang rasa tidak aman sele

MATI ITU PASTI, HIDUP ITU INSYAALLAH

Assalamualaikum, Sepatutnya as menulis entri ini di Bangi, Selangor. Tapi as terkandas di Temerloh, Pahang kerana bas kesukaan as tidak berjalan ke KL untuk hari ni...kenapakah???? As dah molek salam peluk cium atuk minta ampun maaf, bila tiba masa as nak beli tiket balik KL tengok status di kaunter tiket 'PERJALANAN KE KL HARI INI TIADA'....ok bukan habis tapi tiada?? Maka as pun tengok bas lain...majoriti dah habis dan paling awal pun ada jam 4 petang. Kalau naik bas jam 4 petang...maknanya as akan sampai lebih kurang jam 630 petang....atau mungkin lebih lagi sebab hari ni ahad, ramai budak cuti sekolah da balik...lepas tu tukar tren 2 kali mesti da sampai malam di bangi...pastu jalan sorang-sorang dalam gelap..takut... Maka dengan nada gembira mak abah, balik pagi esok sahaja la...buat-buat muka risau, padahal sukar nak melepaskan anak TUNGGUL  tunggal perempuan mereka ni (@@) cukuplah celoteh pembuka bicara as ---------------------------------------------------

Ikhlaskah hati apabila suami ingin berkahwin lagi?

Assalamualaikum.... Masa belum jadi tunang orang..... Hosmate : Acik (nama manja as)  boleh terima tak kalau suami nak kawin sorang lagi... Acik : Hurm....insyaAllah Masa dah jadi tunang orang..... En tunang : Asnida ( skema!! ) kalau saya kahwin sorang lagi awak marah tak? As : %$%&^%$#@ (dalam hati..hukkk sedihnya...belum kahwin dah tanya) erm.....boleh tapi kenala beritahu.... Persoalan as disini.... Kenapa lelaki suka sangat tanya benda macam ni walaupun belum menjalin hubungan yang sah...bukankah ia boleh mencetuskan pergaduhan? merajuk dan salah faham? Memangla sekadar persoalan....tapi kenapa? Jawapan yang diberikan oleh Cinta hati as --> saja nak menduga hati.... Persoalan yang diberikan anda pada masa kini as memang boleh jawab..tapi tindakan pada masa akan datang as tiadala jaminan... Mood : Tiada perasaan....nak nangis pun tak rasa perlu... As serahkan aturan hidup as pada Allah....jika itu takdirnya..as harap as redha...

Dendam itu bara Marah itu api

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Assalamualaikum as titipkan doa selamat ke atas pembaca blog Cinta Hati As. Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang Sesungguhnya aku berlindung dengan Allah daripada hasutan syaitan yang direjam Entri ini khas buat Cinta Hati As Marah itu api Dendam itu bara Tidak dinafikan, as sendiri seorang yang pemarah, perajuk dan penangis.. Oleh itu entri ini juga adalah ingatan buat diri as sendiri juga dan buat tatapan pembaca blog Cinta Hati As Rasulullah SAW telah mengajarkan kita bahawasanya jika kita tengah marah maka berwuduklah Jika berdiri - duduklah Jika duduk - baringlah Apa-apa pun kita cubalah bertahan marah dengan beristighfar dan berzikir selagi mana musuh kita itu tidak mencemarkan Islam -------------------------- Ramai yang tahu iblis tidak senang duduk melihat kebahagiaan keturunan Adam a.s Oleh itu, dia mengepalai tentera syaitannya untuk memastikan setiap anak adam di hasut t

Figure up menurunkan berat badan

Assalamualaikum, Pil pelangsing badan Figure up telah berada di pasaran. Figure up merupakan pil yang mampu melansing badan anda dalam masa 7 hari sahaja terutama bahagian perut dan pinggul. Figure up dihasilkan 100% menggunakan ramuan alam semulajadi yang membakar lemak-lemak tepu di bahagian seperti perut, pinggul peha dan lengan anda. Ia diadun sempurna dengan pelbagai jenis tumbuhan seperti Garcinia Cambogia, ekstrak Teh Hijau, Citrus Aurantium dan Aloe Vera, serta tidak memiliki unsur-unsur zat kimia berbahaya yang boleh memberi kesan buruk kepada pengguna seperti cirit-birit dan alahan. KANDUNGAN BAHAN AKTIF: 1.  Garcinia Cambogia (Asam Gelugur)  - Hydroxycitric Asid (HCA) yang terdapat daripada buahan Garcinia Cambogia sangat berkesan untuk menghalang pembentukan lemak di samping bertindak mengaktifkan badan untuk menukar karbohidrat kepada tenaga dan bukan nya lemak. Ianya juga begitu berkesan mengawal selera makan, mengurangkan kolesterol, menambah tenaga, mer