Langkau ke kandungan utama

Catatan

Citer gadis dengan Katak

Assalamualaikum (^^)/ Pada zaman dahulu kala, 3 orang gadis pergi berguru di sebuah pergunungan. Setelah tamat pengajian, Guru mereka berpesan... Guru : "Dalam perjalanan pulang nanti berhati-hatilah kamu supaya jangan terlangkah katak." Gadis 1 : "Apa akan jadi kalau kami terlangkah tok?" Guru : "Kamu akan berkahwin dengan lelaki tak hensem" Maka berhati-hatilah, mereka bertiga dalam perjalanan kerana bimbang terlangkah katak dan dapat lelaki tak hensem... Sampai di satu kawasan paya, hujan renyai-renyai dan tanah pun becah....Gadis ke 2 menjerit...eh..katak!! Gadis 1 dan Gadis 3 pun melompat, tapi sayang.....dalam melompat-lompat seperti lompat katak tu, mereka berdua terlompat ke atas katak.... Maka menangislah mereka, Gadis ke 2 rasa kesian dengan rakan-rakan segurunya itu... Gadis 3 : " Waa..waa..waa....aku dah terlangkah katak" Gadis 2 dan Gadis 1 memujuk hati Gadis 3....guru bergurau sahaja agaknya...janganlah bersedih.

Apa cita-cita as?

Assalamualaikum............(✿◠‿◠) Kalau kecik-kecik dulu...orang tanya apa cita-cita as....as cakap nak jadi doktor pakar bedah...ni citer-citer budak umur 5 tahun Fuhhhh....besor citer-citer nak jadi dokter nih...hua hua hua.. Kenapa as nak jadi doktor? As tak ingat sebab apa..mungkin sebab as tengok tv, pastu as tengok doktor bedah orang. Lepas tu orang-orang besar sekeliling macam suka kalau as suka jadi doktor... Tapi ni citer-citer as masa kecik...as tak dapat jadi dokter sebab as takut tengok darah yang banyak....hahaha... Walau bagaimanapun as adalah ahli bulan sabit merah tau....kalau cpr tu terdesak sangat lambat ambulan sampai boleh la as buat...hohoho... Tengah tengok drama good doctor - joo won autism Lepas as masuk sekolah menengah...cita-cita as nak jadi doktor falsafah...sebab waktu tu as cakap kat diri sendiri kalau tak dapat jadi doktor bedah orang..kita jadi doktor falsafah pun ok jugak la..... Waaah...begitu mudah as buat keputu

Persiapan majlis kahwin

Assalamualaikum... Terima kasih kepada Allah kerana memberikan kekuatan kepada hati dan perasaan as. Terima kasih jua kepada semua cinta hati yang sentiasa memberikan dorongan nasihat, sokongan dan bantuan kepada as. Wahh dah macam tulis ayat penghargaan dalam tesis as. Banyak benda yang tak setel lagi ni.... Kawan-kawan dan keluarga as alhamdulillah ramai yang datang membantu, dari saat majlis ikatan tanda sehinggalah kepada persiapan majlis akad nikah. Okey mari as checked apa yang dah apa yang belum... Ujian HIV dan hantar borang kawin ke MUIP dah.... Design kad kahwin dah siap untuk sebelah as...tinggal nak cetak Baju nikah+baju bertandang pun dah nak siap...tinggal nak pergi fitting Mak andam dan backup mak andam pun ada... Kasut pengantin dah ada Hantaran lelaki tinggal 1 jer lagi.....bila nak beli nih? Doorgift tetamu ada orang nak support......siapa itu? Doorgift untuk orang sebelah masih belum ada....waaa...nak bagi apa ni? Pelamin

Ujian HIV Ujian Minda Sihat

Assalamualaikum Alhamdulillah as dan Cinta Hati sudah selesai melakukan ujian HIV....nampak mudah tapi tak juga. As buat di Kelantan, jauhkan?? Padahal boleh aja buat di Klinik Kesihatan Kerajaan Seksyen 3 Bandar Baru Bangi. Kenapa as tak buat kat situ? Sebab waktu nak buat di situ, HIV KIT TEST habis...kena tunggu next week...ujian hiv kat bangi ni buka setiap hari dari jam 2 hingga 4 petang. Tidak perlu untuk temujanji just walk in sahaja. Tapi bila dah jadi macam as ni better anda call dulu...kot-kot Kit Test habis...yerla bulan 11 ramai yang nak kahwin jadi ramai la yang buat dalam bulan 8 ni. So, masa as nak pergi shopping di kelantan as buat siap-siap kat sana. Dan semestinya as bawak sekali surat kebenaran dari Majlis Agama Pahang... Keperluan lain hanyalah Kad Pengenalan dan duit RM1. Oh ya make sure majlis anda akan berjalan dalam masa 3 bulan...kalau 4 bulan ke atas, biasanya diaorang taknak buat...kenapa? sebab....erm....as lupa da....senang

Selamat Hari Raya 1434 H

Assalamualaikum sekian lama setelah tidak berjumpa....(~~) ye ye jer kan...baru 6 hari syawal.... tapi as masih terpaksa stalker blog as sendiri atas sebab email as bagitau ada orang suka skodeng dan curi curi gambar comel as....hehehehe acah sahaja.... Bagaimana cuti hari raya anda semua? As memang sangat-sangat berkejar-kejaran sana sini Yea.....tahun ni as balik kampung di Melaka Pertama kali dalam hidup as beraya dengan nenek kandung as sendiri....yea.....sebab abah anak angkat jadi selalunya kami raya dengan keluarga angkat abah. Memang rasa sangat-sangat janggal sebab as tak berapa rapat sangat dengan keluarga kandung abah...tapi as kena ber alah dengan abah walau hati tidak mahu...sebab apa???? sebab IBU As tak bencikan nenek kandung as, sikit pun tidak sebab kesimpitan hidup, arwah atuk as memberikan abah pada saudaranya. Abah as??? ermmm.. tak tahulah....... Kita belajar sains, kita belajar Islam.... Jadi kita tidak boleh membenci IBU walau dia tidak menj

Zakat seorang anak perempuan dan isteri

Assalamualaikum,,, tersentap kejap hati as... as terlupa akan perasaan abah... sedih rasa hati apabila baca mesej antara as dan abah. apa yang berlaku???? ------------------------------------------------------------------------------------------------- Pendapatan as sejak berniaga online ni..., alhamdulillah setakat ni lepas untuk makan minum bayar sewa rumah dan membeli keperluan asas untuk diri sendiri seperti kain baju. Setiap kali mak abah nak beri wang saku, as akan minta mak simpan sahaja atau berikan pada adik as. Sebab adik seorang yang masih bergantung kepada mak abah. Mak selalu sedih sebab kadang-kadang dia terlupa nak bagi duit pada as...yer la dulu-dulu as selalu minta duit dengan mak setiap hujung bulan. Tapi sekarang as dah tak minta.... Oh emak...jangan bersedih, sekarang as dah boleh usaha cari duit sendiri...as hanya perlukan doa keberkatan dari mak abah sahaja...itu sudah sangat mencukupi bagi as. -------------------------

COACH WALLET for FREE

Assalamualaikum Beberapa tahun lepas, as tanya classmate hadiah apa yang best nak bagi kat hari lahir abah as. Seorang abang ni bagitau, bagi COACH...oh apa itu? Dia kata bagi wallet COACH.....dan harganya? fuhhhhhh....memang di luar kemampuan as pada waktu itu. So takderla as bagi benda tu...as ganti sahaja dengan bacaan alQuran yang di dengarkan khas untuk abah melalui corong telefon...siap kena tegur salah lagi dengan abah..hahaha......(^^) PERTANDINGAN S.E.O PALING TINGGI As sertai satu contest di facebook dan akan tamat pada 3 hb Ogos 2013....hadiah yang ditawarkan ialah COACH bagi 1st WINNER.. As letak jer nama pertandingan nama macam atas tu..nama sebenar dia lain...hehehe...tapi ada kaitan dengan game S.E.O  Guest what? As dah diberitahu awal-awal oleh penganjur ----->  Coach on ur hand already..hah<----------> Huhuhuhuhu.....COACH in my hand already???? As tak menjangka sangat akan dapat COACH ni...as masuk untuk enjoy dan

Rambut raya

Assalamualaikum... Wah seronok tengok orang post dalam fb tentang fesyen raya masing-masing.. As takder pun, just fikir sempat tak nak siapkan kerja dan submit sebelum balik raya di kampung. Bila dah banyak fikir pasal studi, pasal nak cari duit kawen, rambut pun gugur dengan hebatnya...waaa.....tak mau botak..tak mau...(~~) Perlu pergi gunting rambut bagi pendek-pendek? tapi tukang gunting as a.k.a abah as berada jauh. Relevenkah potong rambut pendek semata-mata kerana ia gugur? No..no..no.... Apa yang as buat sekarang? As cuci rambut supaya hilangkan kelemumur yang mungkin berpunca dari minyak dan punca dari stress (banyaknya punca ^^ ). Kemudian as sapu perapi dan vitamin untuk rambut.....urut-urut kepala bagi lega...memang ber jam-jam la dalam bilik air... Kemudian....fuh ringan sikit kepala....kawan pun tegur...waaa rambut as.....da tak macam rambut singa agaknya kot...hahahaha.... As suka pergi salon....tapi kat bangi ni paya

KUMPUL DUIT RAYA SEBELUM KAHWIN

Assalamualaikum........ Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan menunaikan ibadah puasa pada hari ni... Siapa dapat lagi duit raya tahun ni????? As dapat lagi tau.................(^^) Dah besar dan buat bisnes pun dapat duit raya lagi???? Yer...(^^)...sebab as belum kahwin lagi dan as hanya bisnes online di anggap masih belum kerja tetap lagi... Balik Kampung Melaka Tahun ni balik raya kampung di MELAKA....so....bersedialah semua atuk-atuk, nenek nenek dan pakcik makcik as...dah ada duit raya untuk as tak???   ..yeay....(^^) Ish macam melampau la pulak kan balik raya nak duit raya....tak baik kan??....hehehehe --------------------------------------------------------------------------------------------------- Nak dekat raya ni ramai yang mahu gojes-gojes.... So, alhamdulillah...boleh la as kumpul duit nak kahwin...hehehehe....terima kasih kepada semua customer as yang berurus niaga dengan as. Andai kata as ada terkasar bahasa, atau kuran

Moody pada saat terakhir Ramadhan

Assalamualaikum........................................................ Allahu Akhbar Kita dah masuk ke fasa terakhir di bulan Ramadhan dimana seluruh umat Islam mengharapkan akan bertemu dengan malam Lailatul Qadar. Apa itu malam Lailatul Qadar? Malam yang lebih baik dari 1000 bulan, (kiranya jika kita beribadat pada malan itu, akan dapat pahala amalan seperti seribu bulan) dan turunnya ayat al-Quran.... mari kita baca selanjutnya...(^^) Copy paste dari Wiki yer.....as tak rajin nak taip semua...(^^) ' Lailatul Qadar  ( Bahasa Arab :  لیلة القدر ‎) adalah satu  malam  yang khusus terjadi di bulan Ramadhan. Ayat  al-Qur'an  diturunkan pada malam ini. Malam ini disebut di dalam  al-Qur'an  dalam  surah Al-Qadr , dan ia lebih baik daripada seribu  bulan . Saat pasti berlangsungnya malam ini tidak diketahui namun menurut beberapa  hadis , malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadhan, iaitu pada salah satu malam ganjil yakni malam ke

Push up kek murah dan sedap

Assalamualaikum...... Saja jer as tulis tajuk macam tu....sebab as rasa mungkin ada orang cari Push Up Cake yang sedap tapi nak murah...hehehehehehehe (^^) Sehingga hari ni.....as masih belum dapat merasa lagi Push Up Cake.... Apa yang best sangat pasal Push Up Cake ni? Sebenarnya rasa dia cam kek lain juga..cuma bestnya kita leh tolak dia macam picagari....tu jer...hehehehe.. tapi as nak juga rasa sebab nampak cam best...dan warna warni decoration tu yang buat as tertarik.... Cinta Hati As tak beli pun untuk as, huk huk sedih betul..... Ada sesiapa pembaca blog as nak belikan Push Up Cake untuk as???? Kalau boleh nak rasa yang rainbow, chocolate, dan red velvet...wahhhh demand sangat as ni kan??? Oleh kerana as tak dapat nak makan lagi Push Up Cake ni maka as nak tengok jer gambar yang as ambik dari google...huhuhuhu ---------------------------------------------------------------------------------- Pavlova Cake...... ni lagi satu kek yang

Kursus Perkahwinan Bulan Ramadhan 2013 - ada EXAM jugakah?

Assalamualaikum.. Hai..hai..hai...siapa belum ambil kursus perkahwinan?  As dah lama ambil.....(^^)/ Sekarang ni as kena tolong Cinta Hati As pula usha-usha tempat kursus kahwin area Putrajaya. bebelan >>>>>Ituu laaa.....len kali letak sepah-sepah sijil nikah tu....tah tah kena bawak lari tikus, kata pandai jaga barang sekecil-kecilnya.....(~~)/ tapi takper, bagus juga hilangkan sijil kursus kahwin tu, boleh refresh balik ilmu rumah tangga dan hukum hakam perundangan keluarga Islam. ... ada persoalan dari kawan as : ".ish yer ker hilang....as ko tau tak...orang yang dah kahwin ni, sijil kursus kahwin dia ada cop tau???" ahakssssss..........CINTA HATI AS sila jawab dengan jujur!!! (~~)/ --------------------------------------------------------------------------------------------------------- Keliru As sebenarnya ada sedikit kekeliruan...apa beza Kursus Perkahwinan (KP) dengan Kursus Pra Perkahwinan? Masa as tanya encik Google u

Tiket Syurga

Assalamualaikum Setelah atuk pergi meninggalkan kami pada 29 Jun 2013, semalam (20 Julai 2013) baby along dan kak ela pula pergi meninggalkan kami. Keluarga as memang mengharapkan suatu keajaiban tetapi Allah lagi tahu yang terbaik buat kami sekeluarga. As mendapat perkhabaran dari mak lebih kurang jam 5. 45 pagi. Mak macam biasa akan cakap dalam nada tenang.... " As mak nak beritahu ni...kak ela dah selamat bersalin, tapi baby dah meninggal dunia." Suara mak ada rasa kesedihan ada rasa getaran tapi mak bercakap dalam keadaan tenang. Walau as dah tau akan kesudahannya, as masih rasa lagi kesedihan. ------------------------------------------------------------------------------------------------ Anecephaly & Acrania Sebelum ni as dah pernah beritahu apa maksud Anecephaly  . Tapi masalah yang di hadapai oleh baby along ni ialah ketiadaan tempurung kepala.. Doktor tulis Anecephaly...tapi terbaru as ada terjumpa nama Acrania iaitu l

Mahkamah Akhirat

Assalamualaikum... Entri ni di taip khas buat peringatan diri as dan juga pembaca blog Cinta Hati As. --------------------------------------------------------------------------------------------- Kehidupan seharian as memang tidak lari kalau as tak membuat salah... Sebelum tidur akan berfikir apa dosa as dah buat sepanjang hari ni... Ya Allah, kalau boleh as tak nak dah buat macam tu lagi untuk esok hari.. As harap sangat-sangat, kepada sahabat-sahabat as supaya dapat jaga pergaulan kita seharian. As cuba untuk menjadi orang yang menjaga Islam, as sangat-sangat tak suka kalau orang bergurau yang melampaui batas. As dah cakap awal-awal lagi... Tak nampakkah reaksi muka as yang rasa nak nangis...kadang-kadang yer mungkin anda tengok as gelak sama, tapi as menepis bukan?...as ada cakap jangan bukan?... As bukan orang yang suka-suka untuk putuskan hubungan silaturrahim, tapi jika perhubungan itu melangkaui batas yang telah ditetapkan oleh Islam, as rasa t