Langkau ke kandungan utama

Catatan

PERLU TETAP SENYUM

Assalamualaikum Lama menyepi...ya As dah kahwin....TITIK NOKTAH  (^^) ----------------------------------------------------------------------------- Bisnes makin ok....ALHAMDULILLAH Kenapa senyap? Sedang mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan berkeluarga. Semalam bangun tengok takder sesiapa disisi Hari ni bangun ada seorang lelaki disisi. Rasa seperti dalam mimpi. Itu sahaja............. ---------------------------------------------------------------------------

Cincin Kahwin Lelaki Stainless Steel

Assalamualaikum.... Alhamdulillah....dengan izinNya as dapat kumpul duit untuk beli cincin kepada Cinta Hati... As tak kerja makan gaji tapi as buat kerja makan UNTUNG...just buat biz online full time, hehehehe... Dah lama as usha-usha nak beli cincin kat kedai Baush K...ya sangat-sangat lama...cuma dia sahaja yang tak beri keputusan nak atau tidak...nak beli sendiri tak tau fit tak size sesuai tak design tu dengan jari...lama as simpan duit nak pergi beli cincin ke dia nihhhh....huhuhuhu Siapa yang cerewet?? tah la....(^^) Cincin ni jenis stainless steel, ada diamond. Ada warranty setahun untuk diamond sahaja....kalau nak polish boleh datang balik kedai Bausch ni. Harganya?? haaa....harga yang as mampu milik.... dalam RM 3++.++ As tanya nak engrave ker tak? Cinta hati pun minta engrave nama kami berdua......( dalam hati..cooo cewitt..) 10 huruf - RM 5.00 jer... oh ya...kenapa tidak beli sepasang waktu tu??? huhuhuhu....as nak juga sepasang macam dia punya..(T.T)

SELAMAT HARI LAHIR AS!!

Assalamualaikum..... Jum nyanyi lagi befday dengan as.... Allah selamatkan as... Allah selamatkan as... Allah selamatkan as..dan panjangkan umur murah rezeki dan heppi-heppi... Allah selamatkan as...(^^)/ Yaaa......officially hari ni umur AS 28 tahun da.....jadi as da tak boleh perasan muda.....tua da...hahaha Cinta hati as just wish doa saja pada as....takper-takper jangan sedih...takder hadiah sekarang bila-bila masa boleh bagi hadiah...hehehehe Lagi 1 bulan as nak kahwin...waaaaa...takutnya nak kahwin...... Bolehkah dia jadi suami yang baik untuk as? Bolehkah as jadi isteri yang baik untuk dia? Kawan-kawan cakap perkahwinan ini tidak boleh dijangka...kita tidak akan tahu akibatnya jika kita tidak mencuba dulu. Jika inginkan rumah tangga bahagia kena ikut garis panduan yang telah ditetapkanNya. Huhuhuhu...ok ok korang...as faham...>.< Sempena hari lahir as ni...as mohon pembaca blog CINTA HATI AS doakan as yang terbaik, murah rezeki dan bahagia dan as

Kawal hati yang merajuk

Assalamualaikum Ini entri untuk pujuk hati yang sedang menangis.... Tak tahu macam mana nak pujuk hati as yang terluka, merajuk, sedih dan merindui..... As di ajar kalau as rindu pada cinta hati as, sampaikanlah al Fatihah kepadanya, walaupun mereka masih hidup yer... Kalau as pulak tengah merajuk...better takyah la cakap banyak-banyak, as lagi suka ambil bantal menangis sampai tertidur... Akak pernah ajar as kalau sedih sangat, bacalah Quran, solatlah hajat dan tahajud minta doa dengan Allah supaya hilangkan kesedihan di hati as... Waaaa....as rindu dengan akak..... Kalau aishah pula kalau as nangis kesedihan, aishah akan kata.. .takper acik dont worry its small matter aja...jom kita jalan-jalan hiburkan hati ....ya...kami jalan-jalan..tapi as dengan mata bengkak.... Oklah.....letak sikit lagu sedih....harap esok hati yang sedih kembali ceria :'( Everybody want happiness Nobody wants pain but we can't have a rainbow without

Perlukan ubat CINTA HATI

Assalamualaikum Macam mana rasanya bercinta dengan manusia??? As suka dengan cinta hati as...tapi as dah lupa sebab apa as suka kat dia... Walaupun as dah lupa sebab apa as suka dia, tapi timbul satu perasaan sayang. As bertanya dengan cinta hati as...awak sayang saya? Tapi tiada jawapan.... As sangat konfius...ya....seperti as seorang saja yang sayangkan dia. Pembaca blog as.....cinta hati anda sayangkan andakah? Adakah si dia akan cakap "I LOVE U" Jika si dia ada cakap "I LOVE U" sejauh mana maksud love itu? atau di bibir sahaja? atau benar-benar lahir dari hati? Bolehkah anda merasainya? Adakah as ni KAYU yang tidak memahami perasaan sayang si dia sampai perlu  berkata "SAYA SAYANG AWAK??" oh no.......saya perlukan ubat cinta untuk hati saya memahami perasaan Cinta Hati Saya.............(o.O)/

Isu air tahun 2013

Assalamualaikum As kalau boleh nak letak tajuk gempak lagi, tapi atas beberapa faktor menghalang as berbuat demikian. Hurmm....Ya Allah berilah kesabaran kepada As dan adik-adik as. Sudah lebih seminggu takder air di rumah kami. Masalah berpunca daripada tekanan air yang rendah dan pam apa tah tak dapat salurkan air ke tangki apartment kami. Dah la air takder, lepas tu kami dapat notis, bil air naik dan kami juga diminta oleh pihak pemaju membayar baki bil air dari bulan Julai. Ini tidak adil....rumah kami tidak pernah miss bayar bil, yang dah lepas tu lepas la...ni rumah kami tak kuat guna air tapi jumlah bil setiap bulan mesti lebih RM10.00 kalau dah naik lagi, mesti next bil akan cecah lebih RM 20.00 . Hal ni membuatkan satu apartment kami mengeluh dan tertekan lagi-lagi keluarga yang ada anak kecil. Alhamdulillah ada air Tapi alhamdulillah ada satu paip air dekat dengan Rumah Sampah berfungsi dan membekalkan air kepada semua orang. Maka, pag

Citer gadis dengan Katak

Assalamualaikum (^^)/ Pada zaman dahulu kala, 3 orang gadis pergi berguru di sebuah pergunungan. Setelah tamat pengajian, Guru mereka berpesan... Guru : "Dalam perjalanan pulang nanti berhati-hatilah kamu supaya jangan terlangkah katak." Gadis 1 : "Apa akan jadi kalau kami terlangkah tok?" Guru : "Kamu akan berkahwin dengan lelaki tak hensem" Maka berhati-hatilah, mereka bertiga dalam perjalanan kerana bimbang terlangkah katak dan dapat lelaki tak hensem... Sampai di satu kawasan paya, hujan renyai-renyai dan tanah pun becah....Gadis ke 2 menjerit...eh..katak!! Gadis 1 dan Gadis 3 pun melompat, tapi sayang.....dalam melompat-lompat seperti lompat katak tu, mereka berdua terlompat ke atas katak.... Maka menangislah mereka, Gadis ke 2 rasa kesian dengan rakan-rakan segurunya itu... Gadis 3 : " Waa..waa..waa....aku dah terlangkah katak" Gadis 2 dan Gadis 1 memujuk hati Gadis 3....guru bergurau sahaja agaknya...janganlah bersedih.

Apa cita-cita as?

Assalamualaikum............(✿◠‿◠) Kalau kecik-kecik dulu...orang tanya apa cita-cita as....as cakap nak jadi doktor pakar bedah...ni citer-citer budak umur 5 tahun Fuhhhh....besor citer-citer nak jadi dokter nih...hua hua hua.. Kenapa as nak jadi doktor? As tak ingat sebab apa..mungkin sebab as tengok tv, pastu as tengok doktor bedah orang. Lepas tu orang-orang besar sekeliling macam suka kalau as suka jadi doktor... Tapi ni citer-citer as masa kecik...as tak dapat jadi dokter sebab as takut tengok darah yang banyak....hahaha... Walau bagaimanapun as adalah ahli bulan sabit merah tau....kalau cpr tu terdesak sangat lambat ambulan sampai boleh la as buat...hohoho... Tengah tengok drama good doctor - joo won autism Lepas as masuk sekolah menengah...cita-cita as nak jadi doktor falsafah...sebab waktu tu as cakap kat diri sendiri kalau tak dapat jadi doktor bedah orang..kita jadi doktor falsafah pun ok jugak la..... Waaah...begitu mudah as buat keputu

Persiapan majlis kahwin

Assalamualaikum... Terima kasih kepada Allah kerana memberikan kekuatan kepada hati dan perasaan as. Terima kasih jua kepada semua cinta hati yang sentiasa memberikan dorongan nasihat, sokongan dan bantuan kepada as. Wahh dah macam tulis ayat penghargaan dalam tesis as. Banyak benda yang tak setel lagi ni.... Kawan-kawan dan keluarga as alhamdulillah ramai yang datang membantu, dari saat majlis ikatan tanda sehinggalah kepada persiapan majlis akad nikah. Okey mari as checked apa yang dah apa yang belum... Ujian HIV dan hantar borang kawin ke MUIP dah.... Design kad kahwin dah siap untuk sebelah as...tinggal nak cetak Baju nikah+baju bertandang pun dah nak siap...tinggal nak pergi fitting Mak andam dan backup mak andam pun ada... Kasut pengantin dah ada Hantaran lelaki tinggal 1 jer lagi.....bila nak beli nih? Doorgift tetamu ada orang nak support......siapa itu? Doorgift untuk orang sebelah masih belum ada....waaa...nak bagi apa ni? Pelamin

Ujian HIV Ujian Minda Sihat

Assalamualaikum Alhamdulillah as dan Cinta Hati sudah selesai melakukan ujian HIV....nampak mudah tapi tak juga. As buat di Kelantan, jauhkan?? Padahal boleh aja buat di Klinik Kesihatan Kerajaan Seksyen 3 Bandar Baru Bangi. Kenapa as tak buat kat situ? Sebab waktu nak buat di situ, HIV KIT TEST habis...kena tunggu next week...ujian hiv kat bangi ni buka setiap hari dari jam 2 hingga 4 petang. Tidak perlu untuk temujanji just walk in sahaja. Tapi bila dah jadi macam as ni better anda call dulu...kot-kot Kit Test habis...yerla bulan 11 ramai yang nak kahwin jadi ramai la yang buat dalam bulan 8 ni. So, masa as nak pergi shopping di kelantan as buat siap-siap kat sana. Dan semestinya as bawak sekali surat kebenaran dari Majlis Agama Pahang... Keperluan lain hanyalah Kad Pengenalan dan duit RM1. Oh ya make sure majlis anda akan berjalan dalam masa 3 bulan...kalau 4 bulan ke atas, biasanya diaorang taknak buat...kenapa? sebab....erm....as lupa da....senang