Langkau ke kandungan utama

Catatan

Selamat tahun baru 2018

Assalamualaikum Alhamdulillah masih lagi diberikan umur oleh Allah SWT untuk masuk ke tahun 2018. As masih lagi bekerja dengan syarikat "orang lain". Ya...surat perletakkan jawatan dah print banyak kali tapi tak hantar, tiap kali hantar ada jer yang menolak. Sampai dapat offer 5 hari bekerja so hari sabtu as boleh manjakan husna dan kemas rumah. Tapi itu sebenarnya tak mencukupi lagi. As memang nak resign sebab as nak move up bukan move out ya...untuk fokus pada bisnes as. Nak kumpul duit harta dan juga amal ibadah. Target tahun 2018 ialah : Simpanan duit untuk hantar mak abah pergi umrah/haji hujung tahun 2018/ haji 2019 - belum mula lagi. target bulan 6 2018. Simpanan emas untuk diri dan Husna - dah start dengan as bulan Jan 2018 Dapat beri duit belanja mak paling sikit RM 200 sebulan - akan cuba akhir Jan-2018 Dapat belikan kereta kat abah - tak tahu nak beli bila? Fokus kesihatan diri, turunkan berat - hahahaha  Beli rumah baru dan baiki rumah pusak

As, husna dan cabaran ibu berkerjaya

Assalamualaikum Lama as tak update tentang diri as. Anak semakin membesar namun as rasa as kurang memberi kasih sayang dan perhatian lantaran komitmen kerja setiap hari. Kedudukan kewangan as setiap bulan syukur alhamdulillah masih mampu tidak menyusahkan keluarga berbanding sebelum ini di mana as selalu minta bantuan keluarga untuk topup. Untuk kehidupan yang semakin mencabar pada zaman sekarang, as masih teruskan lagi bisnes online tapi bak kata pepatah kat tempat kerja as, bisnes tu  not fully utilized . Ya lah, as terpaksa bahagikan 4 kerja dalam 1 hari. Setengah hari dah habiskan masa di office, balik malam dibahagikan kerja isteri dan ibu pula. Tinggal bisnes as hanya boleh bagi 10%-15% sahaja. Jadi apa yang as boleh expect hasilnya? Mood Anak As perasan sangat dengan Husna sekarang nampak selalu tantrum dan selalu sakit. Orang kata biasalah budak-budak pada umur 2 tahun ke 3 tahun. Ada masa as nampak dia mengeluh, duduk tepi dinding mata pandang ke lantai sambil m

Mencari KimChi Halal yang fresh dan sangat sedap

Assalamualaikum Yeay...lama tak update blog... Sejak drama korea and K-POP popular di Malaysia nih, as mula teringin nak rasa masakan diorang. Terutama Kimchi. Yes as selalu aja nampak ada jual kat Tesco and Giant, tapi hati ada was was lagi-lagi kalau pembuatan tiada tanda halal dan pengeluarannya lagi la tidak diketahui muslim. Kemuncak setelah beberapa tahun telah sampai malam tadi, di mana as tertonton tv Korean Food channel 703. Maka mula la buat searching di instagram. Ya as suka sangat searching barang di ig nih. Kemudian laju jer tanya seller yang diyakini Muslim tentang homemade Kimchinya. Itu pun setelah as view feedback dari customer dia. Perkara pertama sekali as nak tahu ialah..rasanya...sebab dalam bayangan as Kimchi ni rasanya masin macam lobak asin. Tapi sebenarnya tak...hahaha.....seller bagitahu rasa kimchi ni masam pedas.... Ok saya bayangkan macam makan colek mangga muda kicap lada.....slurrrppp...memang saya suka...pejam mata...masammmmmmnyeeeeee So saya

Cara buang toksin dengan mudah dan sihat.

Assalamualaikum Apa khabar semua pembaca Cinta Hati As. Kali ni as nak share cara atau petua untuk buang toksin dengan mudah dan sihat. Minum air kosong untuk buang toksin. Hehehe..mesti korang menyampahkan...sebab umum memang dah tahu minum air masak memang boleh bantu buang toksin dalam badan. Tapi betul ke korang minum air masak dengan secukupnya? Mari kita pecahkan cara dan jenis air kosong yang betul. Minum air kosong mengikut berat badan. Mari kita tengok balik berapa banyak air masak yang diperlukan oleh badan kita seperti di jadual bawah. Jika berat anda tiada dalam jadual di atas sila buat anggaran yang paling hampir. Minum air kosong yang berkhasiat Di rumah anda pakai penapis air tak? atau anda yakin air yang dimasak bebas partikel atau anasir yang tidak sepatutnya. Senang cerita sejauh mana kerjernihan air rumah anda? Atau ada tahu air di rumah keruh dan berkelodakl, tapi anda fikir takper asalkan masak. Anda silap... Jika kita nak buang toksin

Penapis Air terbaik dan Murah lagi Halal

Assalamualaikum... Salah satu perkara asas dalam kehidupan manusia ialah Nak Air Bersih. Tidak kiralah dalam soal makan minum, pakaian, mandi, bersihkan rumah...mesti nak guna Air Bersih. Jadi alhamdulillah as di perkenalkan dengan produk penapis air yang bagus dan membuka mata as dalam soal kebersihan air. Ya, sebelum ni memang mengeluh juga tengok air paip keruh, baju sekolah putih jadi kuning. Tapi bila air jernih balik, as tak kisah dah...janji jangan nampak sangat keruh tu... Sebenarnya SALAH, jernih pada pandangan mata kasar as adalah SALAH... Bila as tadah kain putih pada bawah paip, lama-lama akan terlihat juga kelodak kuning ... Jum tengok gambar tadahan air paip dan saluran dalam paip di bawah...harap jangan kembang tekak....uhukkk Hasil gambar adalah dari berita masalah air di sebuah negeri yang viral di facebook.. Oklah..macam-macam spekulasi dibuat, tapi kita sebagai pengguna air takkan nak tunggu sahaja.. Jadi abah as usahakan juga cari pena

Double Breastpump Murah : Autumnz Serene

Hai mommies Autumnz dah keluarkan Double breastpump yang boleh rechargeable battery. Lepas ni mudah da nak pam sama ada di tempat kerja atau balik kampung sebab bateri boleh cas..yang penting pam ni heavy duty sesuai untuk buat power pumping bagi buat stock susu and kosongkan breast bagi mengelakkan bengkak susu. Jum tengok spek Autumnz Serene : Autumnz - SERENE Convertible Double Electric/Manual Breastpump Now comes with *Rechargeable & Removable Lithium-Ion Battery, *Memory Function & *Convertible to a manual pump! Autumnz SERENE Double Electric Breastpump, designed to mimic baby's natural suckling pattern, comes with the following features: 3 Pumping Modes : Massage, Expression & Power Expression modes for effective & efficient pumping. Rechargeable & Removable Lithium-Ion Battery : Allow you to pump anywhere conveniently with longer usage time. Multi Suction Levels : 6 suction levels to choose from each mode. Memory Function : Enable setting

Happy Newborn Baby

Assalamualaikum Pembuka bicara dari as untuk tahun 2015. Alhamdulillah, syukur dengan kurniaNya, kami dianugerahkan cahaya mata perempuan... Pengalaman mengandung, bersalin dan menyusukan baby adalah satu anugerah yang tak terhingga.. Benar orang kata, bila baby lahir kita kena sentiasa perhatikan wajahnya, sebab ia berubah-ubah setiap hari.... Susunan gambar mengikut umur harinya... Baby sekarang da pandai senyum dan diagah dia ketawa.. Pic terakhir tidur atas perut abah..selesakan..so tak perlu nak 6pack..1 pack lagi bagus... Berebutlah ibu dan baby nak 1 pack tu..uhukk Siapa nama baby? Cukuplah di panggil habibah.....kikiki...

Serangan Rejim Zionis ke atas Gaza Palestine

Assalamualaikum, Masih anda boikot barangan Israel? Ya inshaAllah kita sama-sama harus mencuba untuk boikot mana yang mampu. Sejak mengandung buat kali kedua ini, kalau boleh mata as nak tengok benda yang baik-baik sahaja. Tapi apabila buka saja facebook, berita kesedihan lagi banyak dari menggembirakan. Hati ini lagi meruntun apabila melihat, anak-anak kecil di Gaza diseksa dan dibunuh. Mungkin ramai yang akan bertanya sampai bila peperangan akan berhenti? Peperangan ini akan berlanjutan sehingga bangsa zionis dihapuskan dan kemenangan berada di pihak orang-orang Islam. Mungkin nampak kejam seolah-olah orang Islam tidak mahu berdamai. Tetapi telah termaktub dalam alQuran, bangsa-bangsa zionis yahudi ini sememangnya perlu diperangi, lagi-lagi apabila mereka cuba menguasai tanah suci Islam yang telah ditetapkan oleh Allah kepada orang Islam. As tidak bijak berhujah dan berbicara lantaran dek ilmu yang cetek. Tetapi rujukan boleh melalui tafsir alQu

Hilangkan parut, jerawat dan jeragat Eleve oil Serum

Assalamualaikum pembaca setia blog cinta hati as... Hari ni as nak perkenalkan produk baru dalam blog as iaitu Eleve Fully Natural Vitamin E oil serum. Produk Eleve ni da lama keluar oleh syarikat farmasi tempat as bekerja..tapi baru saja ada kesempatan as nak perkenalkan pada umum. Jum tengok dulu video Eleve Oil Serum KELEBIHAN ELEVE OIL SERUM Umum mengetahui vitamin e ni sangat bagus untuk kulit Berbeza dengan produk lain, Eleve oil serum mengandungi segala kebaikan anti oksidan dari vitamin E semulajadi (tocotrienol) yang berpotensi tinggi, 40-60 kali ganda lebih berkesan dari vitamin E semi sintetik. Ia membantu penghasilan kologen, melembapkan membran sel kulit, menggalakkan pembentukan sel kulit dan memberikan keanjalan kulit. Selain itu, ia turut menjadi agen yang menghalang pembentukan parut baru kerana ia bertindak dari bawah lapisan kulit dan turut menghalang kesan radikal bebas yang memudaratkan sel-sel kulit yang tercedara. - Rujuk testim

Berita Baik VS Berita Buruk

Assalamualaikum, Kepada pembaca setia blog Cinta Hati As... Alhamdulillah as dah lulus viva master Management Information System...pada 3hb April 2014. Tetapi dalam hari yang sama as di maklumkan oleh doktor as keguguran. Ya 1 Mac 2014 as telah disahkan hamil 4 minggu. Teringat lagi saat gembira En Husband....eh..betul ker nak jadi bapak dah... Hari-hari membayangkan saat baby akan membesar dari dalam perut....dan saat dia dilahirkan... Kepada ahli keluarga paling dekat iaitu mak abah, adik beradik dihebahkan awal meminta doa keberkatan dan keselamatan  Selepas 10 minggu as beranikan diri letak perkembangan baby di facebook...ramai kawan-kawan yang mendoakan terbaik...kemudian as privatekan status untuk tatapan diri dan husband saja. Sebab teringat pesanan bahawa kami tak digalakkan menceritakan hal ni kepada umum atas faktor keselamatan. Putaran masa imbas kembali. 30hb as di minta outstation ke Dungun, Terengganu untuk menghadiri meeting syarikat. 31 hb as p

Sekali Ombak melanda sekali pantai berubah

Assalamualaikum.. Apabila diberi sedikit kebebasan untuk berhibur dengan alam semula jadi, hati as rasa girang sekali. Pantai di atas adalah kawasan larangan UPM..terima kasih kepada sahabat as, ayu pelajar UPM bawa kesini. Sangat cantik dan indah kawasan pantai ni, lagi-lagi takder sesiapa disitu, terasa diri ni empunya pantai...(sekadar perasan diri) Maka as pun berlari-lari anak dan berkejar-kejaran dengan ombak sambil berbicara...oh ombak..sila tangkap saya.... Terjerit-jerit as apabila ombak hampir saja menyentuh hujung jari kaki as yang berstoking... Sungguh indah ciptaan Allah untuk dinikmati hambaNya. Tidakkah kita tahu bersyukur? Jauh mata as memandang ke laut sehingga tidak tahu apakah pengakhirannya di sana? Mula terfikir kembali...as adalah manusia...makhluk yang akan kembali kepada Pencipta. Bagaimanakah pengakhiran as nanti? Mati dalam keadaan yang hina atau mulia? Mati dalam keadaan yang banyak dosa atau kurangnya pahala? Sudah berapa lama as t

Mencari KUPANG yang HILANG

Assalamualaikum... Citer semalam..Mencari Damai yang HILANG di tukar kepada mencari KUPANG yang HILANG ----------------------------------------------------------------------------- Teman x housemate buat research KUPANG..so nak cari induk di MELAKA... Maka mula-mula kami cari tempat untuk proses pembiakan induk kupang di PD, NEGERI SEMBILAN.. Biarkan gambar berbicara... disambut oleh Amoi..bodyguard DR,LINA Ayu, Amoi n Dr.Lina berbincang pasal kupang Bekas air laut untuk simpan udang/kupang Udang udang kara kawasan gudang kajian penternakan haiwan laut Selepas selesai sesi temuramah...kami berjalan di tepian pantai PD Sempat bermain buaian dan ombak....lupakan STRESS yang melandai dalam hati dan otak paling suka pic ni...AYU...u r so small but i look at u like a TOUGH & BIG guy..u r one of my frens dat inspired me in LIFE.. feel free or freez?? heheheh... Selepas selesai di PD, kami rushing t