Langkau ke kandungan utama

Catatan

As sudah tua dan anak semakin membesar

 Assalamualaikum Alhamdulillah masih di beri kesempatan umur yang panjang sehingga ke hari ini. Anak pun semakin memahami dan cepat belajar sendiri, dia terlalu berdikari padahal dia masih kecil. Dulu teringat pernah meluahkan di blog ini tentang beberapa perancangan masa depan, antaranya bekerja sendiri, memberi duit lebih kepada mak abah, meluangkan lebih masa kepada anak, pergi haji dan umrah. Alhamdulillah dengan izinNya cepat dan lambat saja, saya kini bekerja sendiri, berkongsi rezeki dengan ahli keluarga terutama mak abah.  Dari segi masa, sepatutnya ada lebihan masa tetapi masih dalam proses untuk memberi fokus kepada anak dan alhamdulillah masih dibantu oleh keluarga terutamanya mak dan abah. Anakku Husna Syuhada Orangnya nampak "tough" walaupun seorang perempuan. Dari segi akedemik buat masa ini dia biasa-biasa sahaja, begitu juga dengan sukan. Namun saya dan suami cuba sebaik mungkin mempersiapkan ilmu dunia dan akhirat.  Seperti kanak-kanak lain, dia sangat suka b
Catatan terbaharu

Thanos : Avenger Infinity War review

Salam hai hai... Cinta hati beria sangat nak tengok Avenger Infinity War , jadi booking la tiket online dan tengok kul 8 malam. Review yang as boleh bagi 5 stars. Thats it.  Memang citer ni agak menarik dan memuaskan hati..sebelum as tengok as dah risau takut bila banyak sangat karekter, jalan citer tak cukup bagi setiap karekter dan as tak puas tengok...faham tak?! Ye la biasa hero citer ada sorang je untuk kita fokus bila dah ramai kejap melompat hero ni kejap hero ni..so mujurlah citer ni walaupun melompat-lompat antara hero as masih boleh faham. Untuk watak Thanos..ya mula as ingat wah teruknya dia nak hapuskan semua orang, macam pentingkan diri sendiri..tapi bila dia kata sebab tak sanggup tengok budak-budak hidup susah maka adalah pengorbanan. Tapi itu la pendirian Thanos tu baik tapi tetap salah. Sedih pulak tengok Thanos yang garang tu menangis sebab rasa sayang kat anak angkat dia tu. Hahaha okey lah...tunggu turn Avenger Infinity War no 2. Adakah Visi

Belajar cara buat pola baju kurung mudah - Hobi baru

Assalamualaikum, Sejak jadi ibu-ibu nih makin rajin pula main jahit-jahit baju koyak. Lepas tu nampak pula mesin jahit portable dari murah hinggalah harga mahal. Maka mulalah nak beli mesin jahit termurah konon setakat nak jahit baju koyak. Lepas tu suami kata alang membeli biarlah berbaloi, maka terbeli lah yang mesin portable brother 27 jenis jahitan. Dah tadi kata nak jahit baju koyak jer..tertiba nampak pulak kain ela ada 2 pasang tak berjahit-jahit lagi..maka mula la belajar cara nak buat pola baju. Nak boleh guna mesin jahit ni berminggu juga tengok tutorial..pastu beli pulak aksesori tambahan, macam tapak baby seam, side cutting edge overlock. Terima kasih pada yang rajin berkongsi ilmu buat pola baju kurung dan pelbagai tips dari blogger,scribd dan facebook. Moga Allah murahkan rezeki anda sekalian. Macam-macam ilmu as praktik dan sesuaikan, akhirnya..berjayalah juga potong kertas dan baju. Sekarang tengah fikir cam mana nak cantum leher. Yang ni cabaran

Selamat tahun baru 2018

Assalamualaikum Alhamdulillah masih lagi diberikan umur oleh Allah SWT untuk masuk ke tahun 2018. As masih lagi bekerja dengan syarikat "orang lain". Ya...surat perletakkan jawatan dah print banyak kali tapi tak hantar, tiap kali hantar ada jer yang menolak. Sampai dapat offer 5 hari bekerja so hari sabtu as boleh manjakan husna dan kemas rumah. Tapi itu sebenarnya tak mencukupi lagi. As memang nak resign sebab as nak move up bukan move out ya...untuk fokus pada bisnes as. Nak kumpul duit harta dan juga amal ibadah. Target tahun 2018 ialah : Simpanan duit untuk hantar mak abah pergi umrah/haji hujung tahun 2018/ haji 2019 - belum mula lagi. target bulan 6 2018. Simpanan emas untuk diri dan Husna - dah start dengan as bulan Jan 2018 Dapat beri duit belanja mak paling sikit RM 200 sebulan - akan cuba akhir Jan-2018 Dapat belikan kereta kat abah - tak tahu nak beli bila? Fokus kesihatan diri, turunkan berat - hahahaha  Beli rumah baru dan baiki rumah pusak

As, husna dan cabaran ibu berkerjaya

Assalamualaikum Lama as tak update tentang diri as. Anak semakin membesar namun as rasa as kurang memberi kasih sayang dan perhatian lantaran komitmen kerja setiap hari. Kedudukan kewangan as setiap bulan syukur alhamdulillah masih mampu tidak menyusahkan keluarga berbanding sebelum ini di mana as selalu minta bantuan keluarga untuk topup. Untuk kehidupan yang semakin mencabar pada zaman sekarang, as masih teruskan lagi bisnes online tapi bak kata pepatah kat tempat kerja as, bisnes tu  not fully utilized . Ya lah, as terpaksa bahagikan 4 kerja dalam 1 hari. Setengah hari dah habiskan masa di office, balik malam dibahagikan kerja isteri dan ibu pula. Tinggal bisnes as hanya boleh bagi 10%-15% sahaja. Jadi apa yang as boleh expect hasilnya? Mood Anak As perasan sangat dengan Husna sekarang nampak selalu tantrum dan selalu sakit. Orang kata biasalah budak-budak pada umur 2 tahun ke 3 tahun. Ada masa as nampak dia mengeluh, duduk tepi dinding mata pandang ke lantai sambil m

Mencari KimChi Halal yang fresh dan sangat sedap

Assalamualaikum Yeay...lama tak update blog... Sejak drama korea and K-POP popular di Malaysia nih, as mula teringin nak rasa masakan diorang. Terutama Kimchi. Yes as selalu aja nampak ada jual kat Tesco and Giant, tapi hati ada was was lagi-lagi kalau pembuatan tiada tanda halal dan pengeluarannya lagi la tidak diketahui muslim. Kemuncak setelah beberapa tahun telah sampai malam tadi, di mana as tertonton tv Korean Food channel 703. Maka mula la buat searching di instagram. Ya as suka sangat searching barang di ig nih. Kemudian laju jer tanya seller yang diyakini Muslim tentang homemade Kimchinya. Itu pun setelah as view feedback dari customer dia. Perkara pertama sekali as nak tahu ialah..rasanya...sebab dalam bayangan as Kimchi ni rasanya masin macam lobak asin. Tapi sebenarnya tak...hahaha.....seller bagitahu rasa kimchi ni masam pedas.... Ok saya bayangkan macam makan colek mangga muda kicap lada.....slurrrppp...memang saya suka...pejam mata...masammmmmmnyeeeeee So saya

Cara buang toksin dengan mudah dan sihat.

Assalamualaikum Apa khabar semua pembaca Cinta Hati As. Kali ni as nak share cara atau petua untuk buang toksin dengan mudah dan sihat. Minum air kosong untuk buang toksin. Hehehe..mesti korang menyampahkan...sebab umum memang dah tahu minum air masak memang boleh bantu buang toksin dalam badan. Tapi betul ke korang minum air masak dengan secukupnya? Mari kita pecahkan cara dan jenis air kosong yang betul. Minum air kosong mengikut berat badan. Mari kita tengok balik berapa banyak air masak yang diperlukan oleh badan kita seperti di jadual bawah. Jika berat anda tiada dalam jadual di atas sila buat anggaran yang paling hampir. Minum air kosong yang berkhasiat Di rumah anda pakai penapis air tak? atau anda yakin air yang dimasak bebas partikel atau anasir yang tidak sepatutnya. Senang cerita sejauh mana kerjernihan air rumah anda? Atau ada tahu air di rumah keruh dan berkelodakl, tapi anda fikir takper asalkan masak. Anda silap... Jika kita nak buang toksin