Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel menjadi diriku..

Harta Orang Harta Ku Jua

ambik dari pakcik google Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pembaca My Idea. Harta orang harta ku jua... Masa kecil-kecil dulu, mak abah dah ajar jangan suka mencuri hatta menggunakan barang orang lain tanpa izin tuannya. Tapi rasanya masa kecik dulu tak faham-faham jugak, bila dah besar gajah ini baru faham maksudnya. Post ini ditulis berdasarkan kejadian tengah malam tadi...dan kejadian sebelum-sebelumnya. Dalam mata sedang baru terlena, tiba-tiba masuk panggilan yang tidak dikenali. Apabila diamati rupanya panggilan dari sahabat lama. Saya tahu dia menggunakan telifon ofis. Uhh..cukup pantang saya...dan saya telah menegurnya dengan cara berhemah...- akibatnya dia dah tak sms saya...marahka?? sori =) Hidup ini saya amat takut jika saya menggunakan barang orang lain tanpa izin mereka. Maka, sudah jadi lumrah kita akan minta halalkan semua benda yang kita pakai. Mari kita baca post fahrain tentang manusia yang tidak amanah atau tidak JUJUR- sila kelik Ok, jumpa lagi kengkawan, arios W

RESULT PEKSE

Assalamualaikum dan salam sejahtera... BadMood Bukan salah siapa-siapa..salah saya yang suka berfoya-foya ( pinjam kata-kata ustzah sri banun) waktu belajar. Alhamdulillah, subjek yang paling lemah sekali saya tidak dapat "c". Kalau saya dapat itu, saya dah buat keputusan untuk terus berhenti belajar...waktu buat keputusan ni, ramai yang membantah cuma ibu yang sokong walau dalam diam dia tak berapa setuju. Itulah ibu, sejak dahulu lagi dia penyokong tulang bengkok ini. Malam tadi keluar result dan keputusannya saya kena teruskan pengajian walau saya sudah malas. Sebenarnya saya tidak malas, cuma unmood. Ibu sangat gembira dengan keputusan periksa saya..dia cakap saya kena teruskan walau apa rintangan sekalipun. Semua orang bertanyakan bila saya mahu pulang rumah. Saya UNMOOD nak pulang. Saya rindukan semua orang tapi saya Kawan-kawan bertanya khabar pada saya tapi saya Saya sangat-sangat B....... -------------------------------------------------------------------------------

Laguna Resort : Last Day + Conclusion

Salam sejahtera...(nada ngantuk) Sekarang ni aku dah ade kat bangi. Kepenatan dah berkurangan tapi keseronokan masih terbayang di mataku.... Pada hari terakhir di Pulau Redang, kami bergambar lagi sepuas-puasnya. Aku mula mencari ubat mabuk (teringat saat aku hampir muntah dalam bot....erk...seksa). Tapi hampa bila dapat tahu ubat da abis. Mujur ada air 100 plus dan laut hari tu agak tenang. Mujur juga kami di bawa ke jeti yang paling hampir dan masa perjalanan 1 jam saje. Dari jeti kami dibawa makan nasi kukus dan ke Pasar Payang...tapi tak dapat nak beli banyak barang sebab berat dan masa ada lebih kurang 30 minit jer.. Kami check in flight jam 3 petang dan berlepas jam 4.30 petang... ------------------------------------------------------------------------------------ Kesimpulannya, bengkel ni sangat-sangat la seronok dan santai. Kami siapkan dulu kerja-kerja di FTSM kemudian hanya bincangkan future plan di Laguna Resort dalam satu hari sahaja. Waktu yang selebihnya kami enjoy dan be

Azam Tahun Baru

Selamat tahun baru semua... Pada tahun baru ni semua orang dah pasang azam baru...Saya baru sedar tadi yang saya masih belum ada azam lagi. So, untuk tahun 2010 ni saya berazam untuk lebih ceria lebih berdikari dan lebih matang. Selain tu, saya juga berazam untuk menggembirakan orang di sekeliling saya ( bukan la jadi badut ). Apa yang penting sekali saya akan berusaha belajar bersungguh-sungguh. Yeahhh..oklah tak boleh nak tulis panjang-panjang..ada urusan lain lagi... Lagu ni tajuknya Menjadi diriku ...thanks to fara..bagi lagu ni kat saya masa saya tengah blurrr....