Assalamualaikum, Salam Ramadhan yang ke-12 kepada pembaca blog Cinta Hati As. Adakah anda cinta pada As?? Hehehe Hari ni walaupun as kunci jam 430 pagi, tapi mata mengantuk sangat maka As hanya dapat bangun solat sunat jam 5 pagi. Lepas sahur dan mandi subuh as cepat-cepat solat subuh pulak. Dalam kesejukan pagi, mata kembali mengantuk dan mahu masuk tidur. Dari atas katil as ternampak housemate yang bagus si Maisa, telah bersiap melangkah keluar rumah untuk pergi lab pada jam 6.30...bagus sungguh Maisa. Dah la berbuka malam semalam dia belanja besar. Kenyang sampai ke pagi. Alhamdulillah. Mata terus terpejam dan bermimpi Terasa macam realiti, pergi ke satu tempat. Ini campaign kah?? Waktu solat dah tiba, air pula tiada disitu. Berlari-lari mencari bilik air untuk mandi dan wuduk bagi solat berjemaah. Masa hampir tamat. Sungguh penat berlari berebut-rebut dengan rakan-rakan lain. Ternampak orang-orang besar UKM turut datang mencari bilik air untuk wuduk jugakah? ...
Ini blog peribadi as.