Assalamualaikum, Dah lama as nak kongsi satu artikel dari facebook mengenai Surimi yang digunakan dalam Yong Tau Fu. Apa itu surimi? Ok as akan paste kan sahaja untuk menerangkan tentang surimi yang disampaikan oleh Sahabat Halal Jakim. Moga ada orang yang boleh perjelaskan lagi isu ini. SURIMI DAN HASILANNYA (FISH BALL, FISH CAKE, CRABSTIK, KEROPOK, SOSEJ @ PRODUK YONG TAU FOO & STEAMBOAT) PLASMA DARAH DALAM SURIMI Makluman untuk penggemar YONG TAU FOO / CELOP2 / STEAMBOAT Surimi juga dikenali sebagai pekatan protein basah isi ikan nyahtulang yang telah mengalami proses pencucian dan pencampuran sebatian pencegah kerosakan bagi mengawal kualitinya semasa penyimpanan sejukbeku. Surimi mempunyai nilai pemakanan yang tinggi dan sifat fungsian yang terkawal sebagaimana isi ikan segar serta dapat disimpan sehingga satu tahun tanpa mengalami perubahan. Dalam sistem makanan surimi merupakan bahan utama dalam produk makanan seperti sosej,...
Ini blog peribadi as.