Assalamualaikum Alhamdulillah semalam dapat juga sambut ulang tahun kelahiran kawan As. As doakan dia dapat tamatkan belajar dengan cemerlang dan mendapat gelaran Dr. Apa cita-cita as masa kecil? As nak jadi doktor perubatan. Tapi as tak belajar sungguh maka awal-awal lagi as kena lupakan semuanya. As tak usaha sungguh-sungguh banyak main. Sepatutnya as tak tolak tawaran jadi nurse dulu. Kalau tak as boleh sambung belajar bahagian perubatan dan jadi doktor..ohhh kenapa as tolak ya?? Sampai sekarang as terasa menyesal. Tapi takper lah as fikir banyak lagi as yang boleh kejarkan. Cita-cita tidak terhad kepada satu sahaja. As ada banyak cita-cita..separuh daripadanya sudah tercapai. Cita-cita tidak hanya boleh difikirkan masa kecil sahaja malah kita boleh bercita-cita setiap masa. Contohnya, bila as dah masuk U as belajar programming tetiba terasa berminat nak hacking. Masa kecil-kecil dulu selalu tengok citer hacker..maka timbul rasa nak jadi hacker ...
Ini blog peribadi as.