Langkau ke kandungan utama

  • Hari ni aku cuba bangun lewat. Tapi tak boleh jugak. Bising betul. Orang jual nasi lemaklah, orang goncang pintulah. Aku ni pulak jenis sensitif. Pantang benda bunyi sikit kat dalam bilik atau luar bilik, pasti aku sedar. Kadang-kadang tu telifon bimbit aku yang bunyi 'bip' je aku boleh dengar. Terutamanya malam tadi budak yang aku tak kenali hantar sms gambar @>- ni tension betul la.
  • Aku baru nak terasa aman tinggal sorang. Tapi kadang-kadang tu sunyi jugak. Baru aku sedar, tentang diriku yang sebenarnya. Lagi pun aku dah biasa tinggal seorang. Abah pun selalu cuba nak ajar aku hidup berdikari. Yelah aku ni boleh dikatakan anak yang manja. Tapi tak lah sangat. Kadang-kadang tu kena gak pukul sebab degil.
  • Semalam seharian aku tak makan nasi,just makan roti aku yang banyak tu. Ni sebagai denda kepada diriku sendiri kerana membeli conan dengan duit makan aku. Sebenarnya aku tak denda diri aku pun takpe, duit makan aku ada lagi. Aku malas je nak turun bawah blok untuk ke cafe. Takpelah..lagi pun berat aku makin naik. Bila lapar aku makan roti jer.
  • Aku telah buat satu perancangan. Tapi tak tahu lah boleh di jalankan atau tidak. Aku takut orang lain akan terasa. Macam mana ye..aku ni jenis penakut juga kalau nak dedahkan satu kebenaran.

Ulasan