FTSM THE MATRIX, merupakan projek tahun akhir aku. Ia merupakan penjelajahan maya Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat. Kenapa aku menamakan dia sebagai THE MATRIX.... sebab aku banyak mendapat ilham dari filem the matrix.
Projek ini dihasilkan menggunakan pengarangan multimedia jenis 3Ds Max Studio dan VRML pad. Skop projek ini sangat kecil. Aku hanya menumpukan kepada persekitaran luar bangunan dari dalam bangunan. Contohnya, jika pengguna ingin pergi ke bilik kuliah, aku hanya membawa pengguna ke luar bilik kuliah saja.Untuk menggunakan program ini, pengguna perlu mempunyai plugin seperti Cortona atau Bitmanagement.
Atas permintaan penyelia, Profesor Dr. Datin Halimah Badioze Zaman, aku perlu meletakkan video suasana dalam bilik kuliah dan bilik penyelia aku sendiri.
Pemeriksa projek aku adalah pensyarah seni lukis yang banyak meng'reject' hasil seni aku sebelum ini.... Huhuhu.....habislah aku...
Ulasan