Langkau ke kandungan utama

Keselamatan dan waspada....

Palang besi baru....;p

Salam sejahtera kepada semua,

Tajuk kali ni..keselamatan. Dah lama aku nak tulis pasal kawasan rumah aku ni. Sebelum ni, ada pengawal yang jaga, tapi masih tak mencukupi...kecurian masih berlaku. Last yang aku dengar, ada rumah tingkat bawah yang di masuki pencuri ketika ada penghuni didalamnya. Hurm, macam mana boleh mencuri waktu orang ada dalam rumah?? Kena pukau kah.. aku tak pasti dengan cerita yang sebenar dan macam mana ia berlaku, ni budak rumah aku yang cerita.

Persoalannya disini, adakah dengan menambah palang di pintu pagar yang berjaga akan menjamin keselamatan penduduk?... Hope ia terjamin la. Sebagai langkah keselamatan, orang yang terakhir keluar masuk rumah perlu mangga kan pintu. Sebelum ni, masing-masing malas. Dah terjadi, baru nak buat itu la, ini la. Hehehe termasuk la aku....

Bila pagar dah berpalang ni, mulalah menyusahkan aku keluar masuk. Orang lain pergi kerja balik petang, time palang di buka. Aku lak masa ni rajin balik tengahari...tak pasal-pasal kena lalu tepi lorong kecik mengadap muka jaga tu....huhuhu..malu wei....

==============================================================

Ok cukup sampai situ isu palang di rumah aku. Kali ini aku nak cakap pasal waspada atau hati-hati. Manusia ni memang banyak kelemahan..termasuk aku. Dalam pergaulan, aku sentiasa berhati-hati. Setiap individu yang baru aku kenal, aku takkan percaya dengan sepenuhnya. Bahaya tu...kita kena ada sikap hati-hati sikit...tapi jangan la sampai tak kawan dengan orangkan???... Apa pula pandangan orang tu pada aku nanti. Ada masanya aku terlalu terburu-buru dalam berkawan, so, bila aku sedar balik, aku cepat-cepat perlahankan ia... hehehe...sori pada siapa yang terkena. Menjaga hati kawan sangat payah apatah lagi sahabat...yeke...Hurm mungkin ada masanya susah tapi biasa la tu.

Tahun lepas, aku mempunyai seorang kawan yang membuatkan aku menangis adala dalam 3 atau 4 hari...(menangis lagi)...Aku jenis penyabar orangnya (yeke??)..aku layan saja kerenah kawan aku ni. Aku sangat pentingkan soal masa, dan dia...takder pun. Tapi aku tolak ansur jugak...lama jugak la aku bertolak ansur dalam banyak perkara dengan kawan ni. Sampai lah satu hari tetiba aku tak tahu mana salah aku...dia boleh cakap Aku kena belajar respect orang lain. Heloooo????...apasal lak?. Aku dari pagi lagi tunggu dia..janji jam sekian-sekian bila call tak mandi lagi. Aku dah berzaman siap. Pastu time nak makan, dia tahu makanan kat kedai makanan tu tak berapa ok, (patut la dia taknak makan, aku makan sorang) tapi dia tak cakap, dah aku siap makan baru cakap. Huhuhu..mujur aku ni kuat, tak mudah sakit.

Aku layan je mana dia nak pergi...sebab aku malas nak fikir waktu tu...lastly, bila nak balik dia sanggup cakap camtu kat aku. Aku rasa pelik...pelik sangat...pastu aku cuba recall balik perlakuan aku sepanjang hari tu sehingga la ke saat tu. Aku tak tahu apa salah aku. Adakah aku tersalah dengar? Dalam tempoh aku menangis beberapa hari tu...aku mula hilang rasa keyakinan diri untuk berkawan dengan orang. Kemudian aku cuba bangun balik dan cakap sendiri..as...kamu mungkin salah faham... mungkin silap dengar...tak mungkin dia cakap camtu..atau kalau betul...mungkin kamu kena berubah...hormat orang lain... huhuhu adala dalam beberapa bulan aku fobia dengan perkataan respect tu. Teruk juga la aku kena kaunseling dengan abah...kesilapan aku ialah aku tak tanya balik dengan kawan aku kenapa dia suruh aku hormat orang lain?? Adakah aku kurang ajar waktu tu..hurm..nak suruh aku fikir sendiri aku dah fikir dan tak jumpa. So kalau dia baca ni, hope dia boleh jelaskan. Perkara ni dah lama berlaku tapi baru sekarang aku tulis kat sini. Kini kawan tu hanya tinggal kenalan.

Pengalaman ini menjadikan aku lebih berhati-hati dalam berkawan. Untuk kenal orang baru dalam hidup kita, memerlukan masa yang panjang. Dan semestinya aku menggunakan facebook, friendster dan sewaktunya untuk menyiasat (hahaha..detective conan lak aku ni) sejauh mana orang itu jujur dengan kita. Kata-kata melalui sms, telifon belum cukup untuk menggambarkan peribadi seseorang.

(wah...as...kata nak cerita pasal keselamatan palang je...ni dah mengarut sampai ke soal kepercayaan, perasaan dan hati jer ni...ada apa-apa ke??? - hatiku berbicara lagi...;p)

Ulasan

zaihanadya berkata…
Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya
Acik As berkata…
thanks zai...
jum bernasyid...huhuhu..

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang ...

Fadhilat membaca al Fatihah

Assalamualaikum, Pembaca blog Cinta Hati As, berapa ramai di antara anda yang tahu bahawa al-Fatihah itu penting dalam setiap solat kita? al-Fatihah dikenali sebagai ibu alQuran dan menjadi surah pemulaan bagi bacaan alQuran dan juga asas bacaan dalam solat seharian kita. Semalam, as ada menonton tentang rancangan tv9 tentang kepentingan surah al-Fatihah. Rasulullah SAW pernah menghentikan solat sahabat baginda semata-mata untuk memberitahu tentang kepentingan al Fatihah dengan bacaan yang betul. - kalau tak silap as nama sahabat itu ialah Saad. kalau salah betul kan as. Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Membaca al Fatihah  pahalanya seperti  sepertiga membaca Al-Quran" Juga Nabi Muhammad s.a.w.bersabda: "Surat Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkankan dalam bacaannya." dan  "Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin." Fadhilat Al Fatihah Sesiapa membaca surah Al-Fatihah...

Jom Tingkatkan Followers sampai lebam

Assalamualaikum, Hari ini tengah blogwalking, as jumpa segmen ni..Jom Tingkatkan Followers yang dikendalikan oleh blogger MerepekGILA Syarat nak join mudah sahaja. 1. Buat entri Jom tingkatkan Followers sampai lebam dan letak banner cam kat atas tuh 2. Letak ruang peminat korang. As just print screen...ohh peminat as hanya ada 54 orang dan seorang peminat rahsia...haha..jadi ada 55 orang sahaja..;p Peminat Cinta Hati As 3. Dah siap letak la link korang kat blog MerepekGila . Lepas tu...owner blog merepekgila cakap, jadila follower dia dan rajin-rajinkanla diri blogwalking ke peserta yang lain dan jadi follower diorang... Ok simple ajakan? Bagi as, kalau orang tu follow as, as akan follow dia balik, inshaAllah. Apa yang membuatkan korang nak jadi follower sesebuah blog tu? Bagi pandangan as : Kekemasan Info yang menarik Susunan perkataan ( as tak berapa suka guna ayat sms dan ayat yang akhir saja-saja ada huruf "w" contoh: ape jew.. ) jadi mu...