Salam sejahtera semua pembaca yang disayangi (ye... sebagai manusia aku menyayangi kamu semua..;p)
Pelan A minggu ni aku rancang nak balik kampung. Tapi aku batalkan sebab aku baru sedar minggu depan cuti midsem. So, aku pun buat Pelan B nak jalan-jalan dengan kawan pada hari ini 6/2/2010. Tapi pelan ni pun tak jadi..sebab kawan tak dapat datang tempat dia hujan dari semalam sampai la hari ni...( sedih jugakla...hatiku dilanda hujan lebat jugak).
Ok, pelan seterusnya aku nak kuar hari esok beli tiket balik kampung...tapi ateh lak tengah berbincang nak ajak aku balik sama dengan dia. Aku bagi tempoh sampai hari ni...kalau takder keputusan aku kena keluar jugak hari esok beli tiket.
Pelan tah yang keberapa...ayu ajak tengok wayang hari Isnin citer Avatar. Hurm dah lama tak tengok wayang. Tapi aku letak syarat kalau aku tak keluar hari Ahad, maka aku boleh pergi tengok wayang hari tu.
Kalau hari ni dan esok aku tak keluar, aku nak buat apa? Mestile study..study..stido...aku punya target cari bahan kajian untuk AAI (apa tu??;p) study Director dan kemas kini folder..
Owh yer...updated blog pun antara plan aku pada hari ni.
Setiap kejadian ada hikmahnya... aku kena berfikiran positif walaupun aku agak sedih sebab banyak yang aku plan tak menjadi. Inilah yang dikatakan, Kite hanya merancang tapi Allah yang menentukannya. Huhuhu...TENANG AS....senyum la sepeti timun cino ni...(ni kawan aku yang cakap le...;p)
Tapi bila internet laju...manga online, facebook, baca blog orang lain pengganti study... Isk-isk teruknya ko As... nanti tuhan tarik broadband ko baru tahu. Ko nangis kat abah....belikan broadband.... takleh cari bahan tuk study...so...reasonnnn....;p
Ulasan