Langkau ke kandungan utama

Wujudkah??

Salam sejahtera semua...

Pagi ni lepas subuh dah mengagau tangan buka fb, email. Kemudian pergi godek-godek blog orang lain. Terjumpa lak nukilan yang best kat blog fara. So, nak share kat sini..credit to fara n pengukilnya (^^)/

Lelaki yang baik itu
Akan melamarku melalui ayah dan ibuku
Akan memetikku dari taman mereka
dengan penuh rasa hormat
dengan penuh rasa kasihkan Allah

Lelaki yang baik itu
Akan menjaga pandangan matanya
Akan menegurku dengan hemah
tidak akan menyentuhku selagi bergelar lelaki ajnabi buatku
tidak akan memilikiku tetapi mendidikku

Lelaki yang baik itu
Tidak perlu mengukir kata indah penuh lalai
Tidak perlu mengungkap kata cinta setiap hari
Tetapi akan selalu mengajarku mengucapkan kata cinta pada Allah
Akan selalu menyusun kata indah dan berseni menegur khilafku

Lelaki yang baik itu
tidak akan merasa gah dengan kuasanya
tidak akan mengaku dirinya sempurna
hanya peribadi dan iman penambat hati
kerana kumahu lelaki yang mampu membimbingku

Tetapi layakkah peribadi dan imanku memiliki kamu?
Semoga DIA mendengar permintaanku
Semoga DIA memakbulkan doaku
Kerana lelaki baik itulah yang akan mengimamkan solatku
kerana lelaki baik itulah yang kudamba sebagai suamiku.

Ilham: Siti Nurhayati Binti Dollah


Kepada .....dah jumpe ke si dia tu?? (^^)/

Tak sabar nak balik kampung minggu ni...
Ish-ish as..esok exam...fokus-fokus..(~.~)!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang

Asam Jawa Madu ubat sakit tekak

Assalamualaikum Hari ni as  nak kongsi cara ubat (tradisional kot) untuk sakit tekak (bengkak atau luka) Balik dari Melaka baru-baru ni, as kena sakit tekak yang teruk. Tak luka sangat tapi bengkak yang teruk sebab terlalu sukar nak menelan makanan. Oleh kerana lapar dan dahaga as tetap menelan dengan penuh seksaan. Hati mula teringat azab Allah kepada mereka yang engkar di neraka. Ada yang kena minum air panas yang mendidih dan juga air nanah. Dalam setiap kali sujud, as dapat rasakan seperti ada batu berat yang tindih tekak as. Rasa sangat sakit. Lalu as berdoa kepada Allah agar diampunkan dosa dan diringankan sakit. Sakit tekak yang bengkak nih bukan sahaja sakit di tekak tapi ia turut sakit hingga ke telinga dan kepala jadi as demam juga. AIR ASAM JAWA CAMPUR MADU Dah makan pain killer, strepsils, minum air suam....tapi tak kurang bengkak tu..sekejap jer.. Tertiba teringat air asam jawa, as pun bancuh la dalam sesudu asam jawa bersama air panas dan letakkan 3

Design baju nikah, bersanding Cinta Hati As

Assalamualaikum.... Sekarang rasa sangat mengantuk...tapi banyak kerja nak siapkan...jadi as gagahkan mata yang dah semakin mengecil ni.... Sambil dengar lagu di bawah ni yang sering diputarkan housemate, as pun mula mencari pelbagai idea untuk baju nikah dan bersanding..ya masa semakin suntuk...tapi as buat...la..la..la. la...hukhukhuk... As dan cinta hati as dah buat keputusan untuk 3 pasang baju. 2 pasang di rumah as ( akad nikah + bersanding) 1 pasang di rumah cinta hati as (baju bertandang) Bagi baju akad nikah...kami memilih warna baby blue...contoh macam di bawah ni...\(^^)/ material kain ialah satin @ chiffon Baju peplum untuk akad nikah???? Cinta hati as.....awak ok tak kalau as pakai baju peplum masa akad nikah nanti? As fikir nak jubah aja....(^^)/ design jubah lebih kurang macam ni...biasa-biasa saja.. Sekarang ni apa yang as pening kepala sikit...sikit aja...ialah warna untuk baju bersanding...