Salam sejahtera semua!!!
Hari ni hari rabu bersamaan dengan 5/5/2010. Hari ni aku sekali lagi pulang ke rumah ku di Temerloh.
Baru dua malam pulang ke bangi aku dah kembali ke Temerloh. Hehehe....
2 hari lepas aku menangis kesedihan...dah lama jugak la aku tak nangis...(apa ingat aku suka ke nangis...=P)
Kenapa aku nangis? Mestila sebab sedih dan ada le yang membuat hati aku terasa. Rasa macam orang bodoh jer nangis benda yang kecil nih. Tapi bila hal yang berat aku tak mampu pun tuk nangis, mungkin terlalu terkejut atau terlalu sedih yang membuatkan air mata tak mampu keluar (yeke ?? =p)
Aku nangis kejap jer yerla setakat benda remeh so aku pk tak yah nak beria. Orang yang buat aku terasa tu pun mesti cakap ( ala sikit2 merajuk, sikit nak nangis, ngader2) hukhukhuk
Oleh kerana ini mungkin aku nak kembali ke zaman hati batu aku (yo la tu...sejak bila ko, as ade zaman hati batu)
Sekarang ni aku duk dalam bas...orang belakang aku ni tengah hafal hadis kah?? Hurm nak pasang telinga boleh? hahaha...apa salahnyer shared ilmu kan??
Mana tau ada ilmu yang boleh bantu aku yang tengah cari idea untuk buat tesis projek tahun depan. En Belakang saya baca kuat sikit....
----------------------------------------------------------------------------------------------
Balik baru nih mak bagi cincin pusaka keluarga padaku. Aku dah mewarisinya dari kecil lagi cuma tak muat jari...hahaha..
Kali ni pun tak muat juga di jari manis aku...TAPI mak paksa juga aku untuk memakainya..adoiyai mak...kalau longgar dan tercabut pastu hilang tak ke sedih nanti...huhuhu
Pastu mak cakap pakai kat jari hantu...amboi mak bersunggguh benor...muat-muat jer tapi longgar jugak...(keciknya jari aku =p)
So, aku pun pakai ler ke mana saja. Then, sewaktu dalam kelas, mata-mata kengkawan aku tertumpu pada tangan aku. Hurm aku dah jangka dah...
Masa tengah berbual-bual tetiba sorang kawanku berkata " Chop....kejap. Acik dah bertunang ek???, amboi acik nih senyap jer tak cakap pun" Sorang lagi kawanku menyampuk " ala..korang ni bukan tak tau acik nih pendiam dan pemalu orangnyer" Hahahaha
Aku tak cakap YA dan tak juga cakap TIDAK. Malas, sebelum tu aku dah terangkan pada 2 3 kawan tapi diorang duk ngusik-ngusik lagi ada la...hahaha
Sebagai pewaris tunggal perempuan al - mansyur...aku terimanya dengan penuh tanggungjawab ( hahahahahaha...=p )
Dah....stop...cukup ler mengarut kali nih...ko ni as patut la dikatakan psyco...tapi ni syco ker?? Bukan la...ni dikatakan membebel tanpa faedah atau karutan yang tah ape2...
Ulasan