Langkau ke kandungan utama

Citer-citer

Salam sejahtera semua!!!

Lama dah tak update ( padahal minggu lepas baru je update =P )

Banyak perkara yang berlaku dalam bulan 5 hingga bulan 6 nih..tapi aku jer malas nak citer dalam nih...suka duka, tawa dan nangis...asik citer pasal aku nangis je ek....hehehehe...

Ok sekarang ni aku nak kongsi citer lawak tapi banyak memberi pengajaran kepada aku. Kisah ni daripada kawan baik aku (nama di rahsiakan)

Watak : Ayah, ibu, adik, abang dan beberapa orang adik yang lain.
Waktu : zohor
Tempat : rumah

Kisahnya bermula begini, sedang ayah solat zohor, si adik telah menumpahkan secawan air milo yang panas. Air milo ni terkena pada si ayah yang tengah solat. Habis la basah kain si ayah berserta dengan sejadahnya. Namun, oleh kerana terlalu khusyuk solat, si ayah tidak menyedari langsung akan air milo yang panas membasahi kain dan sejadahnya. Si adik ketakutan duduk diam di tepi dinding.

Si ibu yang menyedari peristiwa itu telah membawa satu jag air dan di letakkan di belakang si ayah. Niat ibu hendak tunggu si ayah siap solat baru lah bersihkan tumpahan air milo tersebut. Kemudian, si ibu berwuduk dan terus solat berjemaah bersama si ayah.

Semasa ibu dan ayah tengah solat, beberapa orang adik yang lain berlari-lari dalam rumah dan suasana agak bising. Lalu, si abang pun cakap macam ni...eh...senyap-senyap...mek sedang solat hajat tuh... si abang fikir ibunya sedang solat hajat, memandangkan ada air didepan ibunya.

Si ibu yang sedang solat tersenyum lebar menahan gelak...( kalau aku, memang dah batal solat sebab tergelak)
---TAMAT ---
Apa yang korang belajar daripada kisah ni??? Hehehe.....waktu aku dengar citer ni aku gelak sakan...tapi aku berfikir sesuatu...hope korang pun boleh fikirkannya...

Cerita ni mungkin cerita ringan yang mengurangkan stress aku, namun ia penuh dengan makna yang tersirat. terima kasih buat kawan ku yang kongsikan kisah keluarganya padaku...

p/s buat kawanku kalau citer ni salah tolong betulkan yerp...hehehe...sharing is caring n loving

Ulasan

The Perfect Shield berkata…
org bantai gelak,,,lupe nak marah adik,,,haha
Acik As berkata…
hehehe...kenapa nak marah...(^^)

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang

Asam Jawa Madu ubat sakit tekak

Assalamualaikum Hari ni as  nak kongsi cara ubat (tradisional kot) untuk sakit tekak (bengkak atau luka) Balik dari Melaka baru-baru ni, as kena sakit tekak yang teruk. Tak luka sangat tapi bengkak yang teruk sebab terlalu sukar nak menelan makanan. Oleh kerana lapar dan dahaga as tetap menelan dengan penuh seksaan. Hati mula teringat azab Allah kepada mereka yang engkar di neraka. Ada yang kena minum air panas yang mendidih dan juga air nanah. Dalam setiap kali sujud, as dapat rasakan seperti ada batu berat yang tindih tekak as. Rasa sangat sakit. Lalu as berdoa kepada Allah agar diampunkan dosa dan diringankan sakit. Sakit tekak yang bengkak nih bukan sahaja sakit di tekak tapi ia turut sakit hingga ke telinga dan kepala jadi as demam juga. AIR ASAM JAWA CAMPUR MADU Dah makan pain killer, strepsils, minum air suam....tapi tak kurang bengkak tu..sekejap jer.. Tertiba teringat air asam jawa, as pun bancuh la dalam sesudu asam jawa bersama air panas dan letakkan 3

Design baju nikah, bersanding Cinta Hati As

Assalamualaikum.... Sekarang rasa sangat mengantuk...tapi banyak kerja nak siapkan...jadi as gagahkan mata yang dah semakin mengecil ni.... Sambil dengar lagu di bawah ni yang sering diputarkan housemate, as pun mula mencari pelbagai idea untuk baju nikah dan bersanding..ya masa semakin suntuk...tapi as buat...la..la..la. la...hukhukhuk... As dan cinta hati as dah buat keputusan untuk 3 pasang baju. 2 pasang di rumah as ( akad nikah + bersanding) 1 pasang di rumah cinta hati as (baju bertandang) Bagi baju akad nikah...kami memilih warna baby blue...contoh macam di bawah ni...\(^^)/ material kain ialah satin @ chiffon Baju peplum untuk akad nikah???? Cinta hati as.....awak ok tak kalau as pakai baju peplum masa akad nikah nanti? As fikir nak jubah aja....(^^)/ design jubah lebih kurang macam ni...biasa-biasa saja.. Sekarang ni apa yang as pening kepala sikit...sikit aja...ialah warna untuk baju bersanding...