Langkau ke kandungan utama

Citer dari As

Salam sejahtera semua

Hari ni, saya (polite =D ) pergi kelas research methodology seperti biasa. Menjadi kebiasaan saya akan duduk ditengah-tengah dewan. Saya akan dengar kuliah yang disampaikan oleh Prof Abdullah sambil minum air kotak coklat. Tetiba teringat kelas tutor pada hari Khamis minggu lepas. Tutor cakap cara penulisan abstract kiter mencerminkan personaliti kita, atau ibarat seorang lelaki yang ingin mengenali seorang perempuan. Kemudian, tutor tanya rakan lelaki saya dalam kelas, apa yang kamu lihat pada seorang perempuan? Beauty!!! Kemudian ditanya pada rakan perempuan, his pocket and more interested on pocket in his chest. Hahahahaha...tutor said, only old man love to put their money at the chest pocket xD - lebih kurang camtu la..hikhikhik

Teringat kat atuk yang suka letak duit kat poket baju. Masa aku ( not polite again xD) nak bagi duit poket kat dia, atuk cakap camni - tak payah...aku banyak duit ( sambil keluar seikat duit not merah ) erk??? bak sikit tuk.....hehehehe bertuah punya cucu. Aku faham maksud atuk, dia nak bagitau yang dia masih mampu tanggung dirinya dan dia mahu aku berjimat cermat. Oleh sebab itu, aku mampu untuk bayar semua yuran pengajian master dan mendapat bajet mini. Hehehe, thanks atuk...owh yer thanks mak abah, abang long, abang za, dan kak sarah.

Ish-ish terimbas citer lama.

Semalam, waktu nak balik, aku sempat salam along. Tetiba along peluk dan cium pipi aku. Aku terkaku sekejap. Along tunggu aku cium pipi dia, tapi aku malu, sebab selama ni aku tak pernah cium dia melainkan tangannya. Di wajah along terbit awan mendung, rasa nak nangis. Aku dengar kata along ada banyak masalah. Kesian along, tapi aku tak pernah nak tanya, sebab aku takut nak tanya. Apa yang aku buat hanyalah menunjukkan wajah ceria dihadapannya. Along nampak lega setiap kali lihat aku tergelak dan tersenyum lebar. Masa kecik-kecik dulu, aku tanya along camni " Abg long sayang as tak?? " Along dengan nada tersipu-sipu malu " Mestila.."
Hehehe...sampai sekarang aku akan tergelak sorang-sorang bila imbas balik soalan ini. Ye la, soklan cam makwe tanya pakwe kan???

Ish-ish citer sedih la pulak...

Ini citer pasal abang za a.k.a abang ngah aku. Masa aku kecik, aku sangat-sangat keliru dengan panggilan abang no. 2 aku nih. Sekejap aku dengar orang bahasakan abang aku nih abang ngah, sekejap abang za. Kadang-kadang aku ingat dua gelaran itu merujuk kepada 2 orang yang berlainan. Oleh kerana sepupu aku panggil abang aku abang za, aku pun panggil abang za.

Aku tidak sedar gelaran ini biasanya digunakan untuk orang asing yang lebih tua dari kita cam jiran kita ( cth: abg mat, abg ali) atau digunakan untuk makwe yang panggil pakwe ( yekot??) Satu hari, nenek sebelah ayah aku tanya pada aku dan abang za tentang gelaran ni. Abang za pun cakap la untuk membezakan dengan along. Aku senyap jer, sebab aku tak ingat apa-apa. Nenek tak puas hati sebab dia cakap cam panggil pakwe jer. Hahaha...

Teringat lak, seorang kawan laki aku pernah telifon aku di rumah...aku ingatkan abang za sebab abang za suka menyamar orang lain untuk kenakan aku. Teruk aku digelakkan oleh kawan laki aku nih...dia tanya abang za tu pakwe ker?? Penat aku terangkan tapi dia tak percaya..lantak aok la..

Ish-ish kena buli sokmo....

Oklah sampai sini jer karutan aku hari ini....

Sekarang tengah layan lagu nih




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang

Asam Jawa Madu ubat sakit tekak

Assalamualaikum Hari ni as  nak kongsi cara ubat (tradisional kot) untuk sakit tekak (bengkak atau luka) Balik dari Melaka baru-baru ni, as kena sakit tekak yang teruk. Tak luka sangat tapi bengkak yang teruk sebab terlalu sukar nak menelan makanan. Oleh kerana lapar dan dahaga as tetap menelan dengan penuh seksaan. Hati mula teringat azab Allah kepada mereka yang engkar di neraka. Ada yang kena minum air panas yang mendidih dan juga air nanah. Dalam setiap kali sujud, as dapat rasakan seperti ada batu berat yang tindih tekak as. Rasa sangat sakit. Lalu as berdoa kepada Allah agar diampunkan dosa dan diringankan sakit. Sakit tekak yang bengkak nih bukan sahaja sakit di tekak tapi ia turut sakit hingga ke telinga dan kepala jadi as demam juga. AIR ASAM JAWA CAMPUR MADU Dah makan pain killer, strepsils, minum air suam....tapi tak kurang bengkak tu..sekejap jer.. Tertiba teringat air asam jawa, as pun bancuh la dalam sesudu asam jawa bersama air panas dan letakkan 3

Design baju nikah, bersanding Cinta Hati As

Assalamualaikum.... Sekarang rasa sangat mengantuk...tapi banyak kerja nak siapkan...jadi as gagahkan mata yang dah semakin mengecil ni.... Sambil dengar lagu di bawah ni yang sering diputarkan housemate, as pun mula mencari pelbagai idea untuk baju nikah dan bersanding..ya masa semakin suntuk...tapi as buat...la..la..la. la...hukhukhuk... As dan cinta hati as dah buat keputusan untuk 3 pasang baju. 2 pasang di rumah as ( akad nikah + bersanding) 1 pasang di rumah cinta hati as (baju bertandang) Bagi baju akad nikah...kami memilih warna baby blue...contoh macam di bawah ni...\(^^)/ material kain ialah satin @ chiffon Baju peplum untuk akad nikah???? Cinta hati as.....awak ok tak kalau as pakai baju peplum masa akad nikah nanti? As fikir nak jubah aja....(^^)/ design jubah lebih kurang macam ni...biasa-biasa saja.. Sekarang ni apa yang as pening kepala sikit...sikit aja...ialah warna untuk baju bersanding...