Salam sejahtera semua!!! (nada pening-pening kambing)
Selamat hari abah kepada abahku Sarjan (B) Nordin dan juga kepada abang-abang aku. Pada 20 june yg lepas aku tidak ketinggalan untuk menyambut hari abah. Kali ni aku buat sendiri kek tuh...masa hari ibu, aku tak sempat nak buat sebab waktu sibuk ngan kenduri kendara.
cantik tak kek saya buat =P
Hari ni 23 june aku baru pulang ke BANGI. 2 3 bulan nih aku agak aktif pulang ke rumah di Temerloh. Bukan aper aku risau orang kampung lupa akan muka dan kewujudan aku (^^)! tu yang aku kerap balik...nih kalau orang kampung baca ni mahu termuntah.
Apa citer yang berlaku sepanjang aku berada di kampung??? Terlalu banyak!!!! Wah kalau citer memang tak cukup 3 hari 3 malam. Pelbagai isu menarik dari hal negara hingga la hal peribadi. Hehehe.
Setiap kali aku balik, kepala aku akan dipantak dengan isu kepimpinan....adeh-adeh sakit kepala as ni abah, mak, paklong, maklong, piktam weihhh.... ( mereka ni sume pucuk pimpinan kampungku ) . Dengar kate nak letak jawatan dah sebab nak p honeymoon, eceh-ceh.
Bukan setakat isu kepimpinan, tapi isu menangani masa, mesyuarat, teladan orang-orang dahulu dan tak tinggal juga kursus perniagaan yang tidak rasmi dari abang-abang aku . Ngantuk~~~ nih kalau aku masuk pertandingan calon Perdana Menteri Wanita nih boleh terpilih tak??? Hehehehe...
-------------------------------------------------------------------------------------------
Ok sekarang nih bincang isu aku pulak....(=.=)!
Result pekse sem 1 (sem 2 bg senior aku) dah kuar. Alhamdulillah, result aku tak teruk tetapi tidaklah masih boleh dibanggakan. Kalau aku dapat terlalu teruk, aku fikir nak berhenti dah, sebab aku telah kalah dengan godaan hati yang memakan otakku =P hehehe...
Abah kim salam peluk cium buat result aku yang tak seberapa tu. Abah memang sporting. Sayang abah..tapi dari jauh sudut hati aku rasa tak layak untuk itu semua. Aku rase hasil itu tak cukup untuk abah dan mak. Aku tekad next semester aku akan buat yang terbaik lagi.
Andai aku lupa akan kata-kata ini, mak ketuk kepala as bagi ingat balik~!!..hehehe.
-------------------------------------------------------------------------------------------
Owh jumaat nih exam Research Methodology...keputusannya hanya lulus gagal sahaja. 50% sahaja markah exam dan bakinya adalah attand. dan tutorial.
Pas habis exam aku akan pulang ke kampung untuk membantu memperluaskan empayar perniagaan abang ku keseluruh pelusuk Pahang....=P eleeehhh..
Rindunya nak jumpa buah hati pengarang jantung...senyumannya ibarat sinar suria. Bulat kepalanya ibarat bulan purnama =p. Cerianya setiap kali terdengar dia ketawa. Bangun tidur ketawa, waktu nak tidur tersenyum simpul...setiap kali menatap wajahnya memang tak jemu-jemu. Terubat hati yang sepi setiap kali bercakap dengannya.
Ulasan