Langkau ke kandungan utama

Harimauuuu

Salam sejahtera semua !!!!

Jum jadikan diri anda misteri....hahahaha....

Okey, sebelum nih, aku ada citer pasal aku sering terjaga tengah malam. Hehehe...maybe aku disuruh untuk beribadat. Tapi kadang-kadang aku tarik selimut...peluk bantal....sejuk nak bangun (~~)!

Terbaru...aku tengah tidur tiba-tiba aku terjaga lam kul 2 lebih kot...so, hurm aku gagahkan diri untuk solat....hati tiba-tiba jadi sayu...sedih sangat...pelbagai perkara timbul difikiran aku....lalu aku berzikir dan berusaha untuk tenang...mata aku kepenatan dan tertidur semula.

Dalam tidurku, aku terlihat 2 ekor harimau datang dari arah rumah lama atuk di tepi sungai. Harimau itu berjalan dengan tertib datang ke arah aku. Aku berundur kebelakang dan rasa sedikit terkejut tapi tidak takut, ( adakah aku sedar ini hanya mimpi???)

Aku mengambil beberapa langkah kebelakang sehingga aku sampai kebelakang rumah atuk. Tiba-tiba aku rasa ada sesuatu dibelakang aku....bila ditoleh, aku nampak seekor harimau yang mengaum....(tak kuat la...) Aku dapat rasakan dia seperti cakap, jangan takut.

Aku tidak faham maksud harimau itu. Adakah dia nak bagitau.... Jangan takut as, aku akan jaga kamu daripada harimau-harimau itu....or dia nak bagitau jangan takut pada kami semua as...


--------------------------------------------------------------------------

Wahai harimau-harimau mimpiku, aku tak takut sebab kamu hanya mimpi. Mak kata mimpi hanyala mainan syaitan dan tido. Lagi-lagi aku tertidur selepas menangis kesedihan....mungkin waktu itu hati aku terlalu lemah.

Setelah terjaga dari mimpi, aku dapati jam menunjukkan pukul 630 pagi. Dalam kebingungan aku cepat-cepat berwuduk dan solat subuh. Seterusnya menikmati cahaya matahari pagi....hati masih sayu namun, aku tersenyum apabila teringatkan mimpiku...

Apa-apa pun aku ucapkan terima kasih pada mimpi harimauku...sebab aku dapat bangun untuk solat subuh (yela...kalau mata dah penat mesti payah nak terjaga). Kamu sangat comel...kalau boleh nak peluk-peluk....tapi kamu harimau, aku takut kamu ngap kepala aku..hehehe...
---------------------------------------------------------------------------------------------

Okey mari jawab persoalan saya.......

1. Berapa ekorkah harimau dalam mimpi saya????
2. Ada berapa rumah atuk saya???
3. Kalau anda berada di tempat saya...anda fikir apa yang harimau tu cakap pada anda???
4. Adakah anda suka harimau???
5. Apa yang anda faham dari cerita mimpi saya???




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang

Asam Jawa Madu ubat sakit tekak

Assalamualaikum Hari ni as  nak kongsi cara ubat (tradisional kot) untuk sakit tekak (bengkak atau luka) Balik dari Melaka baru-baru ni, as kena sakit tekak yang teruk. Tak luka sangat tapi bengkak yang teruk sebab terlalu sukar nak menelan makanan. Oleh kerana lapar dan dahaga as tetap menelan dengan penuh seksaan. Hati mula teringat azab Allah kepada mereka yang engkar di neraka. Ada yang kena minum air panas yang mendidih dan juga air nanah. Dalam setiap kali sujud, as dapat rasakan seperti ada batu berat yang tindih tekak as. Rasa sangat sakit. Lalu as berdoa kepada Allah agar diampunkan dosa dan diringankan sakit. Sakit tekak yang bengkak nih bukan sahaja sakit di tekak tapi ia turut sakit hingga ke telinga dan kepala jadi as demam juga. AIR ASAM JAWA CAMPUR MADU Dah makan pain killer, strepsils, minum air suam....tapi tak kurang bengkak tu..sekejap jer.. Tertiba teringat air asam jawa, as pun bancuh la dalam sesudu asam jawa bersama air panas dan letakkan 3

Design baju nikah, bersanding Cinta Hati As

Assalamualaikum.... Sekarang rasa sangat mengantuk...tapi banyak kerja nak siapkan...jadi as gagahkan mata yang dah semakin mengecil ni.... Sambil dengar lagu di bawah ni yang sering diputarkan housemate, as pun mula mencari pelbagai idea untuk baju nikah dan bersanding..ya masa semakin suntuk...tapi as buat...la..la..la. la...hukhukhuk... As dan cinta hati as dah buat keputusan untuk 3 pasang baju. 2 pasang di rumah as ( akad nikah + bersanding) 1 pasang di rumah cinta hati as (baju bertandang) Bagi baju akad nikah...kami memilih warna baby blue...contoh macam di bawah ni...\(^^)/ material kain ialah satin @ chiffon Baju peplum untuk akad nikah???? Cinta hati as.....awak ok tak kalau as pakai baju peplum masa akad nikah nanti? As fikir nak jubah aja....(^^)/ design jubah lebih kurang macam ni...biasa-biasa saja.. Sekarang ni apa yang as pening kepala sikit...sikit aja...ialah warna untuk baju bersanding...