Salam sejahtera semua (^^)/ ( hari ni saya akan guna S.A.Y.A)
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi...saya masih bernafas lagi pada hari ini.
Bersyukur juga kepada Allah s.w.t kerana mengasihi saya dengan memberi rezeki, dugaan dan petunjuk pada saya.
Saya rasa lega dengan keputusan yang saya buat ini. Saya berdoa semoga Allah memberkati dan meredhai keputusan ini. Begitu juga kepada ibubapa dan keluarga saya.
REZEKI
Hari ini saya terbaca satu kata-kata dari sebuah blog, seandainya kita dalam kesempitan wang, janganlah kita merungut-rungut. Lebih-lebih lagi kita merungut pada Allah. Sangat salah dan berdosa. So, apa yang perlu kita lakukan, rajinkan meminta pada Allah sepanjang masa untuk dibukakan pintu rezeki dan dimurahkan rezeki. Tapi!!!! minta tanpa usaha takkan jadi...so kena berusaha!!!
Alhamdulillah, dalam minggu ini Allah telah memakbulkan doa saya. Keluarga dan sahabat-sahabat saya menawarkan pelbagai jenis pekerjaan. Sehinggakan saya buntu untuk memilihnya.
DUGAAN
Saya telah diduga untuk membuat keputusan jenis pekerjaan. Owh yer kerja ni part time jer..sayakan tengah belajar.
Keje-keje yang saya dapat pelbagai antaranya sebagai admin marketing blog, admin projek FTSM, web developer dan account assist.
Saya telah di ajar, first come first serve. Tapi kan dalam soal macam ini saya kena lihat pada keadaan semasa. Lain la dalam perniagaan. Owh...hati saya gundah gulana.....apa yang patut saya lakukan?? Terima kesemuanya??? Jangan tamak as.. Orang tamak selalu rugi. Teringat cerita anjing dengan bayang-bayangnya.
PETUNJUK
Setelah membuat perkiraan dan menyusun permasalahan dan faedah yang diperolehi di tambah dengan Istikharah saya telah membuat keputusan yang nekad.
Apa yang saya pilih..hehehe...biarla kawan-kawan dan ...... saja yang tau.
Kepada semua yang support saya....saya nak ucapkan Terima Kasih. Walaupun saya menolak tawaran kamu saya telah paskan pada rakan-rakan lain yang lebih memerlukannya. Hidup jangan pentingkan diri ok???
--------------------------------------------------------------------------------------
Owh..mak baru telifon masa menulis ini. Khabarnya kak ela masuk wad. Huhuhu...minta semuanya selamat...dengar khabar macam-macam penyakit termasuk suspek jantung...hurm rasa kesian. Selain itu, saya turut rasa risau dengan seorang sahabat ini sering muntah-muntah kerana keracunan. Wah......banyak risau...
Saya doakan anda semua kembali sihat... AMIN
---------------------------------------------------------------------------------------
Assignment
Saya telah ditunjukkan senarai assignment yang perlu dilakukan. Huhuhuhu....boleh ke nak kerja sambil belajar nih?? Tapi saya teringat kata-kata seorang Profesor, kalau nak bagi kerja bagila pada orang yang sibuk. Kerana orang sibuk pandai membahagikan masa. Anda faham??? Tak faham boleh tanya saya nanti. Ok?? (^^)
Minggu ini saya dapat 4 jenis task. 2 task itu ialah assignment saya. Satu daripada assignment saya adalah option. Nak buat boleh tak buat pun boleh.
Pensyarah kata ini adalah extra credit. Beliau menambah lagi, dalam Islam, kita diberi pelbagai cara untuk menambah pahala atau amalan yang akan membantu kita dalam akhirat. So, dalam subjek ini, sekiranya ada pelajar yang kekurangan markah, pensyarah akan melihat kepada assignment yang ada extra credit.
Wah...pensyarah saya sangat baguskan??? (^^) Sudah semestinya saya akan ambil kesempatan ini untuk tambah markah saya. Dengar kata siapa yang buat terbaik akan terpilih untuk membentangkan jawapannya dan ada markah tambahan lagi!!! Yea...saya nak!!!
Ok2.. assignment yang seterusnya...ialah saya kena cari artikel multimedia. Hurm...kena buat literature review kah??
2 task lagi adalah dari kerja saya. Apa itu...taknak cerita....huhuhuhu...
--------------------------------------------------------------------------------------------
Kata-kata akhir malam ini (hehehehe). Saya akan berusaha tak kan cepat menangis kerana diuji dengan hal-hal dunia. Saya akan menangis apabila saya sedar saya kurang ingat pada Allah dan banyak melakukan dosa pada ibubapa saya.
Kawan-kawan!!! bantu saya dan saya bantu kamu...(^^)/
Ulasan