Salam Sejahtera buat pembaca setia My Idea @>-- ( anda sihat semuanya???) Saya sangat sihat dan syukur alhamdulillah pada Allah S.W.T
Hari ini saya membuat assignment di PTSL, UKM.
Sebelum tiba di PTSL, saya bersemangat dan berkobar-kobar hati untuk membuat kerja saya. Tapi....hukhukhuk...sampai-sampai saja saya sibuk duk bukak FB. Tiba-tiba bagai terkena kejutan elektrik saya teringat balik matlamat saya kenapa saya di PTSL.
Akhirnya saya pun insaf sekejap dan mula mencari bahan-bahan assignment. Setelah membaca perenggan pertama, mata saya mula berpinar-pinar (tak faham...) sepatutnya otak saya yang tak faham. Kenapa?? rupanya salah saya kerana tidak menanamkan cinta pada bacaan tersebut.
Owh....teruknya perasaan ini. Saya duduk diam dan mula merenung kembali matlamat saya. Akhirnya saya menulis kata-kata di atas. Saya forwardkan kepada semua ahli keluarga saya dan kepada......
Kenapa saya buat macam itu, supaya andai saya TERSASAR, maka ada yang akan mengingatkan saya kembali.
Lepas ni kena tampal kata-kata tu di kepala katil. Lantak la orang nak gelak, saya tak kisah!!!! Sebab ini yang saya sering lakukan sejak zaman sekolah...(^^)/
Kawan-kawan!!!!! bantu saya dan saya akan bantu kamu kembali
Ok....nak sambung buat assignment
Ulasan