Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2010

10 hari terakhir

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera Semua...(^^)/ Sihatkah anda semua??? Beberapa hari lepas Saya kurang sihat dari segi rohani dan jasmani. Ia bermula dari rohani lalu menyebabkan jasmani saya turut sakit. Apa agaknya perasaan anda sekiranya anda dapat tahu anda akan mati lagi 10 hari? Adakah anda beribadat tanpa tinggal sesaat pun? Ok...bayangkan pula jika anda akan mati hari esok atau beberapa minit lagi?...Adakah anda akan berputus asa untuk beribadat kepadanya? Yerla..sebab tinggal sehari atau beberapa minit jer lagi kan??? Adakah anda orang yang mudah putus asa?? ------------------------------------------------------------------------------------------------- Saya kurang sihat sejak beberapa hari ini...bukan saya tidak jaga kesihatan saya....cuma saya terlalu banyak perkara yang dikejarkan. Sampai mak kata...As cukup...jangan bimbangkan semua perkara...kamu sudah tidak seperti kamu lagi sebelum ini. Owh...emak sudah menjadi tanggungjawab saya untuk memikirkannya semua. Saya

Fasa 2

Assalamualaikum semua (~~) Hari ini kita telah masuk fasa ke dua kita berpuasa. Semalam masa menunggu untuk buka puasa. Seorang muslimah telah memberi sedikit tazkirah. Cerita dia lebih kurang macam ini.... Satu hari seorang lelaki telah datang kepada Saidina Abu Bakar as-siddiq dan Rasulullah S.A.W. Lelaki tersebut telah memaki hamun Saidina Abu Bakar. Namun, beliau dan baginda Rasulullah S.A.W hanya berdiam diri sahaja. Lelaki tersebut tidak puas hati dan terus memaki hamun sehingga Abu Bakar rasa tercabar dan terbangun dengan cepatnya. Rasulullah S.A.W pun turut bangun dan ingin pergi dari situ. Hal ini mengejutkan Abu Bakar lalu beliau bertanya pada baginda S.A.W. " Ya, Rasulullah, kenapa kamu ingin pergi sewaktu lelaki itu memaki aku" Lalu baginda S.A.W berkata " Sewaktu kamu bersabar dimaki hamun, malaikat ada berdiri disebelah kamu untuk membalas kata-kata lelaki tersebut. Namun, apabila kamu bangun untuk membalasnya. Malaikat beredar dan datanglah syaitan. Sesung

Makan Talam

Assalamualaikum...(^^) Hari ni sudah hari kesepuluh kita berpuasa. Semalam, saya diberi kesempatan untuk berbuka puasa di Masjid, UKM. Alhamdulillah, rezeki yang dianugereahkan oleh Allah sangat mengenyangkan perut dan sedap. Cara berbuka puasa disini adalah dengan makan bersama dalam satu talam. Satu talam memerlukan antara 4 hingga 5 orang. Saya datang bersama dengan housemate, Ayu. Kami hanya berdua maka kami mencari lagi dua orang untuk makan bersama. Semasa menunggu talam kami sampai, seorang hamba Allah melambai-lambai tangannya kepada saya. Sayakah??? hati kecil bertanya. Tengok kiri-kanan, depan-belakang, tiada respons..sambil tersengih...sayakah?? sambil buat muka keliru? Rupa-rupanya dia nak ajak makan bersama dengan dia. Hehehehe.... Talam kami Owh, kenapa kali ini berbuka puasa beramai-ramai sangat seronok ya??? Makan bersama-sama dengan satu talam sahaja. Teringat beberapa tahun lepas, saya agak kekok, sampai nasi yang masuk ke perut rasa susah nak ditelan..(malu ya??) Kal

Langkah pertama

Assalamualaikum......ada orang tak?? (hehehe..pe bagi salam kat rumah orang lak) Hari ini saya nak bercerita episod langkah pertama saya....perkataan AKU diperlukan. Dua malam yang lepas aku telah mulakan langkah pertama. Owh...sungguh tak percaya aku lakukannya kembali. Teringat dahulu kala sewaktu belajar melangkah satu persatu. Waktu itu saya tidak mengerti pengertian bagi setiap langkah yang diambil. Lalu, guru-guru dan kawan-kawan menerangkannya satu persatu. Aku mula menyukainya. Namun, setelah berpisah dengan mereka semua...kekuatan langkah ku kian goyah. Pada mulanya angin hitam hanya meniup bayunya kepada aku dengan penuh kelembutan, dapat ku tepis dengan alasan hati yang kukuh. Ketidak puasan hati bagi hati-hati yang berada dikelilingku bersatu meniupkan angin hitam yang bertukar menjadi taufan mula mengganggu langkahku. Aku terhenti untuk berfikir seketika. Nafsuku memujuk hatiku...katanya "takper sedikit sahaja". Akalku menjadi pendek kerana terlalu mengikutkan ha

1 Ramadhan 1431 Hijrah

this pic is edited by as...plz request if u want it Salam ramadhan buat semua (^^)/ Apa khabar anda semua pada hari pertama puasa? Sangat seronok bukan? Hehehehe..yerp sangat-sangat seronok. Bulan Ramadhan dikatakan bulan yang paling mulia dan macam-macam istilah lagi yang diberikan oleh manusia zaman moden masa kini. Namun yang pasti, umat Islam diwajibkan berpuasa seperti umat-umat Islam yang terdahulu lagi..tiada diskriminasi atau pengecualian (^^) Sejak dari malam Isnin lagi, saya dan budak-budak rumah sudah menunggu didepan tv untuk mendengar titah ucapan seri paduka baginda penyimpan mohor-mohor besar diraja. Akhirnya malam semalam diumumkan juga. Hari ini telah berlalu 1 Ramadhan, alhamdulillah walaupun saya mengalami kesulitan dan kepayahan yang tidak akan ditanggung oleh orang lain saya berjaya juga meneruskan puasa saya. Yeaayyy....give me ten!!! =D --------------------------------------------------------------------------------------------- Owh banyak sungguh dugaan yang s

Adik beradik Angkat

Salam sejahtera semua (^^)/ Masih terasa keseronokan bersama-sama dengan adik beradik angkat dari KIPSAS (Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah). Hari ni saya nak bercerita sedikit sebanyak tentang peristiwa dari Khamis hingga Ahad malam semalam. Kampung kami, Kg, Pulau Pasir Mandi, Temerloh, Pahang telah menerima kedatangan pelajar-pelajar KIPSAS sebagai anak angkat. Saya rasa sangat-sangat teruja sebab saya tak pernah merasai peristiwa macam ini. So, saya cuba siapkan semua esemen yang ada sebelum duedatenya dan balik pada Khamis 4 hb Ogos 2010. Tak sempat nak pergi pesta konvo...(~~)! Pada malam jumaat itu, saya bertungkus lumus bersama-sama dengan mak dan maklong menyediakan sambal ikan bilis untuk santapan pada pagi esok. Target abah lebih 30 orang pelajar akan makan di rumah kami. Hanya kami bertiga pada malam itu...mana semua orang lain??? Mak cakap...bila kita sudah janji kita mesti usahakannya dengan sedaya upaya, biar tidak tidur tapi janji anak-anak nanti boleh makan. Abah pu

BLoG SaYa BeRuBaH wajah lagi

Salam sejahtera!!!! Fufufufuf...(gelak cara baru ~~~ sila ikut!!!) Seharian saya main dengan blog saya. Fuhhhh....kalau macam nih as...sampai bila-bila kerja sekolah tak siap !!!! (~~).... Ok saya ada snap dua skin yang telah saya cuba guna.... sila tengok yer... Opsss...ni skin yang saya pakai sekarang. Pada mulanya ada masalah....dengan pemerhatian dan kepakaran membaca coding yang tak seberapa. saya tahu masalahnya dan membaikinya sendiri...ehem!!! nak bangga sket...sebab ramai pengguna yang guna skin ni tak tahu nak guna skin nih....success!! Cantikkan skin nih...nanti nak pakai yang nih pulak la...hehehe... Sekarang...jum tengok blog lain yang saya bantu buat tapi pemilik dia TAKDER MASA nak tengok....atau nak update...saya akan updatekan bila hanya kamu BAYAR saya sahaja..hehehe --- islandynamic Seterusnya blog kesayangan saya tapi saya betul-betul menganak tirikannya...bukan niat saya..tapi saya tiada idea nak letak apa dalam tuh...kalau ada pun saya tak sempat ler..sebab perlu