Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera Semua...(^^)/
Sihatkah anda semua??? Beberapa hari lepas Saya kurang sihat dari segi rohani dan jasmani. Ia bermula dari rohani lalu menyebabkan jasmani saya turut sakit.
Apa agaknya perasaan anda sekiranya anda dapat tahu anda akan mati lagi 10 hari? Adakah anda beribadat tanpa tinggal sesaat pun?
Ok...bayangkan pula jika anda akan mati hari esok atau beberapa minit lagi?...Adakah anda akan berputus asa untuk beribadat kepadanya? Yerla..sebab tinggal sehari atau beberapa minit jer lagi kan??? Adakah anda orang yang mudah putus asa??
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Saya kurang sihat sejak beberapa hari ini...bukan saya tidak jaga kesihatan saya....cuma saya terlalu banyak perkara yang dikejarkan. Sampai mak kata...As cukup...jangan bimbangkan semua perkara...kamu sudah tidak seperti kamu lagi sebelum ini.
Owh...emak sudah menjadi tanggungjawab saya untuk memikirkannya semua. Saya agak terkilan dengan banyak perkara, saya akan cuba perbaikinya...harap mak dan abah akan bersabar.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Hati menjadi sayu..Ramadhan semakin ke penghujungnya...pelbagai keistimewaan turut akan pergi.
Sepanjang Ramadhan ini otak mula ligat berfikir sebanyak manakah amalan yang dilakukan diterima Allah...
Hari ini telah bermulanya 10 Ramadhan terakhir. Umat Islam ada yang melakukan iktikaf di masjid. Dalam 10 hari terakhir ini dikatakan akan berlakunya malam lailatul qadar.
Teringat cerita dulu-dulu, apabila seorang penduduk kampung mengambil wuduk di sungai. Lalu di sangkutkan kainnya di dahan pokok yang rendah. Setelah selesai, di dapati dahan pokok dan kainnya telah hilang. Apabila dia dongakkan kepala dia nampak kainnya berada tinggi sekali di atas dahan tadi. Rupa-rupanya pokok tersebut sedang bersujud pada pencipta-Nya.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Bulan puasa adalah bulan untuk menahan nafsu marah, makan dan minum...termasuk tingkah laku!!!!
Kadang-kadang hati ini tidak dapat tahan nafsu marah....lalu dikuncikan mulut dan dipejamkan mata. Kerana diri ini kenal dengan sifat marah yang ada dalam hati. Owh sangat sakit menahannya, lalu dibawa tidur. Tanpa sedar ia membuatkan badan dan otak menjadi panas dan demam. Lega rasanya bila ia dah pulih...adakah itu tanda saya sudah ok??? (^^) bagusla....
selalu bengang dengan adik...huhuhu...
------------------------------------------------------------------------------------------------
Saya bukanlah seorang sahabat yang baik, tidak Islamik dari segi tutur kata, dan segala-galanya, namun saya cuba yang terbaik untuk ke arah itu. Semuanya bermula dari hati saya sendiri.
Sahabat-sahabat yang saya sayangi...kelu lidah untuk berkata di depan anda semua. Cukupla kamu tersenyum dengan apa yang kamu nampak. Itu sudah cukup memberi kekuatan untuk saya meneruskan hidup. Saya tidak mampu untuk menerangkan semuanya.
Ulasan