Langkau ke kandungan utama

Packing bag balik Melaka

Assalammualaikum...........

Hari ni agak lewat bangun subuh 6.40 am. Lepas subuh mata masih mengantuk tapi malas nak tido balik....tengok!!! tido pun malas...hehehe tu belum lagi nak buat makan....tapi kalau da ada keluarga takla malas...serius saya tak macam itu.

Macam biasa bangun pagi, si dia akan hantar mesej selamat pagi...tapi tidak la hari-hari..time dia rajin la kot... ada masa tu dia atar mesej selamat pagi pada jam 1130 pagi or 1 tengahari....haluuuuu tak tengok jam or kamu memang suka buat lawak or kamu sudah berada diluar negara. =P

Sebenarnya malam tadi pelan nak masak pulut. Tapi saya tidak reti so, mula la menanya pada pakcik google dan Cikgu Iman. Owh penerangan yang sungguh bermakna. Saya sudah faham tinggal lagi yang tak faham ialah sukatan untuk orang makan...hukhukhuk...malas sungguh nak call mak pagi buta ini. Mesti mak kelam kabut nak bersiap balik melaka.

MELAKA

Saya adalah anak kelahiran Melaka yang merantau di negeri orang mencari sesuap nasi. Saya dilahirkan di Ayer Keroh. Uri tembuni saya di tanam berhampiran dengan pantai klebang belakang rumah pak ngah saya. Oleh sebab itu kerinduan saya pada melaka sangat tinggi. Dimana tumpahnya darah disitu tempat kita tuju.

Masa kecik-kecik bila tanya nak kawin ngan orang mana saya akan jawab MELAKA. Mak tidak berapa suka dia cakap mak sudah ada abah orang MELAKA, kamu cari yang lain...owh bayangkan la kalau saya ada 13 adik beradik habis semua negeri menjadi menantu mak...tinggal saya untuk cari orang luar negara la yer mak??? hahahaha

Tapi sekarang ini, saya sudah penat memikirkan pasal benda yang tidak nampak ini lagi...saya berserah pada Allah. Yang penting bakal suami saya itu menutup aurat, beragama, baikhati, tidak KEDEKUT, dan sayang pada saya walaupun saya buruk tidak sempurna dan bila sudah tua...jangan masa mula belum dapat semuanya manis dimulut saja.

Okey kembali ke Melaka

Hari ini saya akan pulang ke Melaka kerana kembar saya akan berkahwin. Acah jer.

Sepupu yang sebaya dengan saya akan berkahwin pada sabtu ini. Tahniah saya ucapkan. Nenek melaka sibuk duk menanya saya sudah ada calon ke tidak kerana hajatnya nak adakan kenduri sekali dengan sepupunya itu...

Owh nenek...calonnya ramai..tapi yang berani datang seorang dua sahaja...dan mereka tengah mengumpul duit. Tengok siapa yang datang dulu ya nenek???

Malam tadi sudah dibeli hadiah....huhuhu...tah apa-apa yang saya beli...

Oklah perut saya sudah lapar..nak menyelongkar dapur....malasnya nak tanak pulut...nanti kena angin macam mana??? Tapi nak......huhuhu =((

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang ...

Fadhilat membaca al Fatihah

Assalamualaikum, Pembaca blog Cinta Hati As, berapa ramai di antara anda yang tahu bahawa al-Fatihah itu penting dalam setiap solat kita? al-Fatihah dikenali sebagai ibu alQuran dan menjadi surah pemulaan bagi bacaan alQuran dan juga asas bacaan dalam solat seharian kita. Semalam, as ada menonton tentang rancangan tv9 tentang kepentingan surah al-Fatihah. Rasulullah SAW pernah menghentikan solat sahabat baginda semata-mata untuk memberitahu tentang kepentingan al Fatihah dengan bacaan yang betul. - kalau tak silap as nama sahabat itu ialah Saad. kalau salah betul kan as. Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Membaca al Fatihah  pahalanya seperti  sepertiga membaca Al-Quran" Juga Nabi Muhammad s.a.w.bersabda: "Surat Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkankan dalam bacaannya." dan  "Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin." Fadhilat Al Fatihah Sesiapa membaca surah Al-Fatihah...

Jom Tingkatkan Followers sampai lebam

Assalamualaikum, Hari ini tengah blogwalking, as jumpa segmen ni..Jom Tingkatkan Followers yang dikendalikan oleh blogger MerepekGILA Syarat nak join mudah sahaja. 1. Buat entri Jom tingkatkan Followers sampai lebam dan letak banner cam kat atas tuh 2. Letak ruang peminat korang. As just print screen...ohh peminat as hanya ada 54 orang dan seorang peminat rahsia...haha..jadi ada 55 orang sahaja..;p Peminat Cinta Hati As 3. Dah siap letak la link korang kat blog MerepekGila . Lepas tu...owner blog merepekgila cakap, jadila follower dia dan rajin-rajinkanla diri blogwalking ke peserta yang lain dan jadi follower diorang... Ok simple ajakan? Bagi as, kalau orang tu follow as, as akan follow dia balik, inshaAllah. Apa yang membuatkan korang nak jadi follower sesebuah blog tu? Bagi pandangan as : Kekemasan Info yang menarik Susunan perkataan ( as tak berapa suka guna ayat sms dan ayat yang akhir saja-saja ada huruf "w" contoh: ape jew.. ) jadi mu...