Langkau ke kandungan utama

Selamat Hari Raya Sayang!!!!

Assalamualaikum semua (^^)

Saya sayang kamu semua!!!! opss...siapa yang tidak mahu jangan terima sayang saya itu..hehehe

Hari ni dah masuk raya ke enam....saya pun dah mula berpuasa sejak raya ke empat..insyaAllah saya akan teruskan sampai hari ahad ini...hehehe...cayok as!!!

Sambutan raya kali ini tidaklah besar-besaran macam tahun lepas tapi masih lagi seronok. Saya merayu pada mak untuk tidak buat lemang dan ketupat atau pelbagai jenis juadah yang lain...sebab saya sangat-sangat penat. Cukuplah dengan lontong, nasi impit, kuah kacang dan beberapa lauk lain yang boleh dimakan dengan nasi....sebab saya sudah tahu setiap rumah kiri dan kanan saya akan beri 2 batang lemang..hehehehe....sungguh licik kamu As... Mak plan untuk masak nasi untuk sedara mara yang datang kerumah...

Pada malam raya...suasana agak suram...hanya saya, mak abah dan adik sahaja. Sungguh sedih....tapi nak masuk tengah malam, saya terkejut abang ngah dan keluarganya datan
g untuk tidur dirumah kami. Nampak cahaya dimuka abah...baru la rasa macam suasana raya...

Pandai betul kak ipar pujuk satu keluarga nak beraya dirumah kami dulu tahu
n ni...cayalah kak!!! sayang akak!!! ---> tak kisah pun sebab kampung akak sebelah je...hahaha

Pada satu syawal, saya bangun pagi dan masak kuah lontong dengan kak ipar...nyum..nyum.. Kemudian, kami bersalam-salaman...macam biasa babak tangis menangis akan berlaku..owhohoho saya tidak terlepas...hukhukhuk....

Turunnya hujan rahmat pada pagi syawal....selepas solat raya kami bergambar beramai-ramai...


ni tak cukup lagi nih...along takder..hehehe


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang ...

Asam Jawa Madu ubat sakit tekak

Assalamualaikum Hari ni as  nak kongsi cara ubat (tradisional kot) untuk sakit tekak (bengkak atau luka) Balik dari Melaka baru-baru ni, as kena sakit tekak yang teruk. Tak luka sangat tapi bengkak yang teruk sebab terlalu sukar nak menelan makanan. Oleh kerana lapar dan dahaga as tetap menelan dengan penuh seksaan. Hati mula teringat azab Allah kepada mereka yang engkar di neraka. Ada yang kena minum air panas yang mendidih dan juga air nanah. Dalam setiap kali sujud, as dapat rasakan seperti ada batu berat yang tindih tekak as. Rasa sangat sakit. Lalu as berdoa kepada Allah agar diampunkan dosa dan diringankan sakit. Sakit tekak yang bengkak nih bukan sahaja sakit di tekak tapi ia turut sakit hingga ke telinga dan kepala jadi as demam juga. AIR ASAM JAWA CAMPUR MADU Dah makan pain killer, strepsils, minum air suam....tapi tak kurang bengkak tu..sekejap jer.. Tertiba teringat air asam jawa, as pun bancuh la dalam sesudu asam jawa bersama air panas dan letakka...

Design baju nikah, bersanding Cinta Hati As

Assalamualaikum.... Sekarang rasa sangat mengantuk...tapi banyak kerja nak siapkan...jadi as gagahkan mata yang dah semakin mengecil ni.... Sambil dengar lagu di bawah ni yang sering diputarkan housemate, as pun mula mencari pelbagai idea untuk baju nikah dan bersanding..ya masa semakin suntuk...tapi as buat...la..la..la. la...hukhukhuk... As dan cinta hati as dah buat keputusan untuk 3 pasang baju. 2 pasang di rumah as ( akad nikah + bersanding) 1 pasang di rumah cinta hati as (baju bertandang) Bagi baju akad nikah...kami memilih warna baby blue...contoh macam di bawah ni...\(^^)/ material kain ialah satin @ chiffon Baju peplum untuk akad nikah???? Cinta hati as.....awak ok tak kalau as pakai baju peplum masa akad nikah nanti? As fikir nak jubah aja....(^^)/ design jubah lebih kurang macam ni...biasa-biasa saja.. Sekarang ni apa yang as pening kepala sikit...sikit aja...ialah warna untuk baju bersandin...