Assalammualaikum semua.....
Adakah anda telah tersalah masuk blog??? Tidak....ini wajah baru blog My Idea @>-- Kalau perasan dulu saya pernah beritahu nak pakai skin ni....hehehe
Skin yang sebelum ni memang cantik (pada pandangan saya ler) tapi tu la...saya tidak tahan melihat ianya berwarna pink. Terlalu soft..sedangkan saya sebenarnya tidaklah selembut itu. Skin tu sebenarnya sesuai untuk budak sekolah rendah yang suka tulis diari...cute~~ tapi saya sudah tua. Hehehe...
Kali ini saya pilih skin nih....hurm.....agak leceh bila kena masukkan semula widget. Owh ye perlukah saya meletakkan feedjit?? kadang-kadang ia tidak betul...macam mana saya tau ia tidak betul?? saya taula...hehehe
-----------------------------------------------------------------------------------------
Tadi terbaca tentang 30 perkara tentang wanita yang tidak sempat (x sempat???) diberitahu kepada lelaki...
Malas nak senaraikan...sebab saya malas.
------------------------------------------------------------------------------------------
Angka 3 adalah nombor yang ganjil kan?? Saya memiliki 3 nombor ganjil iaitu 1,3,17 dan maybe 9...(kenapa maybe 9??)
Dalam kehidupan kita banyak perkiraan yang menggunakan angka 3..contohnya :-
- Dalam lumba lari --> SEDIA.....1....2...3...
- Jatuh talak --> Talak 1, Talak 2, Talak 3 (baru lepas baca kes penceraian di akhbar (~~)! )
- 3 Ciri-ciri orang munafik (teringat kata-kata ustazah masa sekolah - sangat takut jika tergolong antaranya)
Dalam karangan juga menggunakan 3 contoh utama berkenaan dengan topik. So, saya senaraikan 3 contoh sahaja.
Apa yang saya cuba sampaikan dengan no ganjil dan no 3 ini. Saya akan jadikan ia maksud tersirat.
----------------------------------------------------------------------------------
Setiap kejadian ada hikmahnya, kejadian yang baik sangat menggembirakan bukan? Jika buruk, kita mula menunding jari telunjuk (namun baki 3 jari patah balik pada kita dan 1 jari lagi menunjuk ke arah lain =p). Kita tidak boleh menyalahkan sesiapa melainkan cermin kepada diri sendiri.
Sebut pasal cermin, saya suka bermain dengan permainan cermin masa di tadika. Tanpa saya sedar, saya masih lagi bermain dengan permainan itu. Mungkin bukan dengan mimik muka tapi dengan perangai. Jika orang buat perangai begitu dengan saya maka saya juga akan membalasnya sama??? Ooooooo teruknya saya ini.
Langkah terbaik ialah diam dan pendam.....jika saya diam itu tanda saya tengah menyejukkan hati saya...harap kawan-kawan jangan pujuk rayu waktu itu untuk minta maaf...bagi saya sejukkan hati dulu..tak lama kurang-kurang kalau saya marah pagi, lepas zohor oklah. Tapi siapla kalau korang tak pujuk...hahaha =P
Ok mari saya hubung kaitkan amaran dengan angka 3. Pernah tak dengar orang beri amaran pada kamu macam ini : Cukup kali ke tiga kamu buat saya macam ini, maka tahula kamu!
Kiranya orang ni baik sket la sebab dia still beri 2 peluang. Cuba kalau kamu kena dengan orang jenis panas baran : Sekali dia lukakan aku, beribu-riban kali aku lukakan dia balik!...
Wahhh orang ini memang bahaya...kena hati-hati.
-----------------------------------------------------------------------------------------
Minggu ni saya dengar 3 kali kelas dibatalkan (tengok angka 3 lagi!!!), wah seronoknya...sekali dr cakap kelas isnin minggu depan ada...hahaha... baru berangan nak balik hari ini juga....mujur dah beli tiket 7hb hari selasa minggu depan.
ini sudah tertuliskah???
Ulasan