Langkau ke kandungan utama

Malam Jumaat

Assalamualaikum

Hari ni hari KHAMIS. Sekali lagi saya menulis pada hari Khamis tapi pada Malam Jumaat. Sudah baca yasin kah anda semua??? Hehehehe...tak semestinya kena baca yasin nak baca surah lain pun boleh juga...betul tak?? Kalau salah bagitau yaa???

--------------------------------------------------------------------------------------

Saya P.E.N.A.T

Terlalu ramai sahabat saya menanya kewujudan saya di Facebook. Saya sudah deactive fb. Tapi kadang-kadang saya aktif balik untuk tengok picture babies korang semuanya..hehehe...

Kenapa saya deactive? Mestilah sebab saya malas dan saya P.E.N.A.T.

Ini baru sahabat-sahabat tanya, belum lagi esok kena serbu pertanyaan dari sedara-mara...


Iye E.S.O.K

Esok Sarjan (B) Nordin akan datang bawa saya untuk pulang ke M.E.L.A.K.A bersama dengan mak.

----------------------------------------------------------------------------------------

Hari ini tanpa saya sedar saya telah menangis tanpa sebab. Owh, ini gara-gara kerana itu. Itu buat saya menangis. Apakah itu? Itu adalah sebuah cerita hepi. Owh touching-touching...sob-sob...

Hati saya seperti batukah? Owh tidak....kalau batu tidak mungkin tidak saya menangis.

Sebut pasal hati lagi, seorang kawan pujuk saya join dia. Dengan lembut hati saya pilih tarikh untuk jumpa dia...tapi dalam kepala serabut fikir pasal :-
  1. projek multimedia tak siap lagi,
  2. abah ajak balik melaka tapi exam tak habis lagi. 2 hb ni baru abis
  3. tak jumpa dengan penyelia projek tesis lagi
  4. tak jumpa kerja part time lagi - benar-benar takder duit nih harap belas ehsan orang aja..serabut weih.......
  5. balik kg - boleh tak balik???
  6. serabut perut dengan......................................................A.W.A.K hahaha ( terkedu tak??? acah jah...serabut perut sebab sakit perut, asyik makan megi tak pun milo/coklat )
Apa pun alhamdulillah ni kecik punya hal jah.... orang lain lagi susah.

Saya dapat dan saya boleh je buat :-
  1. makan megi. nikmat apa? best tuh. Orang len makan rumput rebus..sian kan??
  2. dapat minum hot choc sekali sehari pun ok gak kan?? orang lain korek tanah cari air...minum air lumpur juga.
  3. balik kampung pun ok jugak...orang lain jauh keje ke sabah serawak lagi payah nak balik semenanjung.
  4. tak dapat keje lagi, bagus ape...terus-terusla buat muka kesian tepi kaki lama sambil nyanyi lagu ulik mayang xP
  5. tak siap lagi projek multimedia, serahkan aja pada budak lain buat...goyang kaki saja sambil nyanyi lagu cakpong.
Ok..itu saja karutan saya pada malam ini.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang ...

Asam Jawa Madu ubat sakit tekak

Assalamualaikum Hari ni as  nak kongsi cara ubat (tradisional kot) untuk sakit tekak (bengkak atau luka) Balik dari Melaka baru-baru ni, as kena sakit tekak yang teruk. Tak luka sangat tapi bengkak yang teruk sebab terlalu sukar nak menelan makanan. Oleh kerana lapar dan dahaga as tetap menelan dengan penuh seksaan. Hati mula teringat azab Allah kepada mereka yang engkar di neraka. Ada yang kena minum air panas yang mendidih dan juga air nanah. Dalam setiap kali sujud, as dapat rasakan seperti ada batu berat yang tindih tekak as. Rasa sangat sakit. Lalu as berdoa kepada Allah agar diampunkan dosa dan diringankan sakit. Sakit tekak yang bengkak nih bukan sahaja sakit di tekak tapi ia turut sakit hingga ke telinga dan kepala jadi as demam juga. AIR ASAM JAWA CAMPUR MADU Dah makan pain killer, strepsils, minum air suam....tapi tak kurang bengkak tu..sekejap jer.. Tertiba teringat air asam jawa, as pun bancuh la dalam sesudu asam jawa bersama air panas dan letakka...

Design baju nikah, bersanding Cinta Hati As

Assalamualaikum.... Sekarang rasa sangat mengantuk...tapi banyak kerja nak siapkan...jadi as gagahkan mata yang dah semakin mengecil ni.... Sambil dengar lagu di bawah ni yang sering diputarkan housemate, as pun mula mencari pelbagai idea untuk baju nikah dan bersanding..ya masa semakin suntuk...tapi as buat...la..la..la. la...hukhukhuk... As dan cinta hati as dah buat keputusan untuk 3 pasang baju. 2 pasang di rumah as ( akad nikah + bersanding) 1 pasang di rumah cinta hati as (baju bertandang) Bagi baju akad nikah...kami memilih warna baby blue...contoh macam di bawah ni...\(^^)/ material kain ialah satin @ chiffon Baju peplum untuk akad nikah???? Cinta hati as.....awak ok tak kalau as pakai baju peplum masa akad nikah nanti? As fikir nak jubah aja....(^^)/ design jubah lebih kurang macam ni...biasa-biasa saja.. Sekarang ni apa yang as pening kepala sikit...sikit aja...ialah warna untuk baju bersandin...