Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Pagi isnin ini, saya bertapa di PTSL jauh dari fakulti sendiri. Ini kerana saya inginkannya seperti ini.

Tajuk post saya Cinta Sempurna sempena persembahan Yuna malam tadi. Saya dan budak rumah amat berharap yuna menang, namun tuah tidak berpihak padanya. Waktu di umumkan penulis dan penyanyi sendiri, kami dah bersedia untuk tepuk tangan, tapi hampa bila nama yang diumumkan adalah orang lain. Apa-apa pun, tahniah kepada pemenang ajl25 malam tadi.
Persembahan yuna mantap walaupun dia mendapat undian persembahan pertama. Biasanya orang yang buat persembahan pertama ni peluang untuk dia menang tinggi..tapi ada juga yang tidak ( saya ler orang itu...hehehehe) ni kes gugup...huhuhu
Owh...tak sangka ramai yang membantah keputusan juri terhadap kemenangan ana rafali. Siap buat page kat FB....wahh..wahh...sian sama dia....orang marah-marah pun, dia gak yang dapat duit kan..hehehe..korang tak dapat pun. =P
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Kadangkala diam itu lebih baik dari berkata-kata
Sekarang ni saya dalam badmood, harap jangan sesiapa call saya untuk 2-3 hari tanpa perkara penting. Saya nak berdiam diri dan tenangkan hati. Saya bimbang jika saya terlalu emosi saya akan meletup "POWWWW"...hahaha..tidak la macam itu. Siapa kenal saya dia tau saya macam mana kan???? Habis-habis saya akan nangis teresak-esak dan tidur dan buat tak tahu.
Ok ada sesiapa nak pujuk saya nangis?? Nampaknya tiada sesiapa dan saya keseorangan lagi...huhuhuhu...ok....diam..shuuuu....
kate nak diam tapi dalam ni cakap berjela-jela...anda masih belum serius lagi as...hehehe
---------------------------------------------------------------------------------------------
Sepatutnya dalam PTSL takleh ada bunyi yang menganggukan selain bunyi tapak kaki, kertas buku diselak dan taiping ( cam saya tengah menaip..ketak-ketak). Tapi sekarang saya dengar bunyi orang berbincang, talifon dan entah...sangat-sangat rasa terganggu!!!
Ulasan