Langkau ke kandungan utama

Bila binatang itu tiada

kalendar as bulan MAC 2011 ;P

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua...


Harap pembaca setia sama ada silent, vibrate or ring ;P sihat-sihat adanya..hehehe


Hari ini saya bercadang untuk membuat editing photoshop dan illustrator risalah FTSM. Sambil-sambil mengalamun mengemas beg laptop untuk ke PTSL (Perpustakaan Tun Sri Lanang) saya akhirnya terlupa juga untuk meletakkan binatang peliharaan saya dalam beg.

Saya berasa susah untuk buat kerja apabila binatang itu tiada. Saya rasa sunyi dan mudah bosan dan juga tension jika tidak menyentuh dan mengusap-usap badannya. Huhuhuhu...

Walaubagaimanapun kerja tetap perlu diteruskan, walau anda suka menggunakannya ia bukan menjadi satu penghalang dan alasan anda tidak melakukan kerja anda.

Abah juga memelihara binatang ini dan selalu dikidnap oleh adik budin...akibatnya abah selalu berleter panjang apabila dia hendak menggunakan binatang ini. Kalau tidak ada binatang ini, abah terus unmood nak buat kerjanya.

Sekarang saya memahami perasaan abah...sebagai multimedia editor binatang ini sangat-sangat diperlukan bagi memudahkan kerja dan mengurangkan rasa sakit pada tangan dan jari.

Lepas ini saya akan membeli binatang ini lebih dari dua ekor (sebenarnya dah ada 2, tapi sekor mati..hukhukhuk).

Sekor nak pastikan sentiasa dalam beg dan sekor lagi letak tepi meja. Senang..hehehehe

Inilah contoh binatang peliharaan saya dan saya pasti ramai yang memilikinya... gambar dibawah hak ehsan pakcik gOogle.


lady bird mouse

tikus main skate

tetikus kucing??

anda punya mouse macam inikah???

Abah sokmo luper nak panggil mouse tu mouse atau tetikus...abah akan cakap macam ni..

"mana binatang tu???"

Agak kasar ek..hahaha..

Pelik gak ek kenapa benda nih dipanggil mouse...tapi kreativiti masa kini menjadikan mouse dalam pelbagai bentuk..contohnya adalah seperti di atas...ada bentuk lady bird, hello kitty dan bentuk tikus itu sendiri.

Walaupun bentuk itu seperti bunga ker, kumbang ker, kucing ker atau apa sajalah, panggilan dia tetap mouse. Acer kiter tukor bunyi dia kumbang kalau benda tu kumbang atau siput kalau bentuk dia siput...hehehehe...




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang ...

Jom Tingkatkan Followers sampai lebam

Assalamualaikum, Hari ini tengah blogwalking, as jumpa segmen ni..Jom Tingkatkan Followers yang dikendalikan oleh blogger MerepekGILA Syarat nak join mudah sahaja. 1. Buat entri Jom tingkatkan Followers sampai lebam dan letak banner cam kat atas tuh 2. Letak ruang peminat korang. As just print screen...ohh peminat as hanya ada 54 orang dan seorang peminat rahsia...haha..jadi ada 55 orang sahaja..;p Peminat Cinta Hati As 3. Dah siap letak la link korang kat blog MerepekGila . Lepas tu...owner blog merepekgila cakap, jadila follower dia dan rajin-rajinkanla diri blogwalking ke peserta yang lain dan jadi follower diorang... Ok simple ajakan? Bagi as, kalau orang tu follow as, as akan follow dia balik, inshaAllah. Apa yang membuatkan korang nak jadi follower sesebuah blog tu? Bagi pandangan as : Kekemasan Info yang menarik Susunan perkataan ( as tak berapa suka guna ayat sms dan ayat yang akhir saja-saja ada huruf "w" contoh: ape jew.. ) jadi mu...

As sudah tua dan anak semakin membesar

 Assalamualaikum Alhamdulillah masih di beri kesempatan umur yang panjang sehingga ke hari ini. Anak pun semakin memahami dan cepat belajar sendiri, dia terlalu berdikari padahal dia masih kecil. Dulu teringat pernah meluahkan di blog ini tentang beberapa perancangan masa depan, antaranya bekerja sendiri, memberi duit lebih kepada mak abah, meluangkan lebih masa kepada anak, pergi haji dan umrah. Alhamdulillah dengan izinNya cepat dan lambat saja, saya kini bekerja sendiri, berkongsi rezeki dengan ahli keluarga terutama mak abah.  Dari segi masa, sepatutnya ada lebihan masa tetapi masih dalam proses untuk memberi fokus kepada anak dan alhamdulillah masih dibantu oleh keluarga terutamanya mak dan abah. Anakku Husna Syuhada Orangnya nampak "tough" walaupun seorang perempuan. Dari segi akedemik buat masa ini dia biasa-biasa sahaja, begitu juga dengan sukan. Namun saya dan suami cuba sebaik mungkin mempersiapkan ilmu dunia dan akhirat.  Seperti kanak-kanak lain, dia sangat su...