Langkau ke kandungan utama

Yang terindah dalam hidup


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Suka, kasih, sayang dan cinta

Tidak kisah, tidak suka, benci dan marah

Sihat dan Sakit


  • Semua ini sudah sebati dalam diri kita sejak dari dilahirkan lagi.
  • Kita berlegar-legar dimuka bumi ini mencari cinta dan kasih sayang yang sejati.
  • Kita berlari-lari pula menjauhi benci dan marah
  • Namun tahukah kita, bahawasanya Allah telah menetapkan sesuatu peraturan yang membantu kita mencari cinta sejati dan menjauhi kebencian.


Teringat komen dari seorang sahabat tentang entri Khas Untuk Awak. Persoalan yang diutarakan oleh sahabat ini ialah cinta siapa yang saya cari?

Jawapannya sudah pasti cinta yang membawa kebahagian dan keindahan selamanya, cinta Allah S.W.T.

Namun saya tahu saya nampak seperti seperti kapal yang terumbang ambing ditiup oleh ribut angin. Namun tidak juga saya lupa untuk berdoa padaNya.

Saya mungkin sudah dapat petunjuk dariNya, tetapi diri saya ego untuk menafikannya. Ya Allah berdosanya hambaMu ini.

Sahabat jangan risau, walau saya dalam dilema memilih jalan kebenaran, saya yakin Allah akan bantu.

Mak abah dan Along juga tidak melepaskan saya begitu saja.

Pesan abah : "As andai awak terkapai-kapai mahu terlemas, abah pasti akan sambut tangan awak"

Redha kedua ibubapa saya adalah redha Allah jua...

Waktu itu sudah semakin dekat, apabila sampai sudah waktu itu, sahabat doakanlah kebahagiaan saya.


Ulasan

Mohd Hazwan berkata…
Allah akan sentiasa bersama-sama hambanya yang sabar...kita kena selalu ingat Allah tak kira time susah atau time senang..
Acik As berkata…
terima kasih Hazwan
Tulip berkata…
=D...

tak salah jika ego....
biar kena pada tempatnya....

kadang2 ada orng kata kita ego...tapi ego itulah yang akan meninggikan harga diri kita....

tapi ego bertempat k...
Acik As berkata…
ok tulip,

tapi ia menjadi satu dosa besar kita ego dengan Allah.

saya akan cuba berhati-hati dimasa akan datang,

bukan (akan) tapi (mesti)

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang ...

Jom Tingkatkan Followers sampai lebam

Assalamualaikum, Hari ini tengah blogwalking, as jumpa segmen ni..Jom Tingkatkan Followers yang dikendalikan oleh blogger MerepekGILA Syarat nak join mudah sahaja. 1. Buat entri Jom tingkatkan Followers sampai lebam dan letak banner cam kat atas tuh 2. Letak ruang peminat korang. As just print screen...ohh peminat as hanya ada 54 orang dan seorang peminat rahsia...haha..jadi ada 55 orang sahaja..;p Peminat Cinta Hati As 3. Dah siap letak la link korang kat blog MerepekGila . Lepas tu...owner blog merepekgila cakap, jadila follower dia dan rajin-rajinkanla diri blogwalking ke peserta yang lain dan jadi follower diorang... Ok simple ajakan? Bagi as, kalau orang tu follow as, as akan follow dia balik, inshaAllah. Apa yang membuatkan korang nak jadi follower sesebuah blog tu? Bagi pandangan as : Kekemasan Info yang menarik Susunan perkataan ( as tak berapa suka guna ayat sms dan ayat yang akhir saja-saja ada huruf "w" contoh: ape jew.. ) jadi mu...

As sudah tua dan anak semakin membesar

 Assalamualaikum Alhamdulillah masih di beri kesempatan umur yang panjang sehingga ke hari ini. Anak pun semakin memahami dan cepat belajar sendiri, dia terlalu berdikari padahal dia masih kecil. Dulu teringat pernah meluahkan di blog ini tentang beberapa perancangan masa depan, antaranya bekerja sendiri, memberi duit lebih kepada mak abah, meluangkan lebih masa kepada anak, pergi haji dan umrah. Alhamdulillah dengan izinNya cepat dan lambat saja, saya kini bekerja sendiri, berkongsi rezeki dengan ahli keluarga terutama mak abah.  Dari segi masa, sepatutnya ada lebihan masa tetapi masih dalam proses untuk memberi fokus kepada anak dan alhamdulillah masih dibantu oleh keluarga terutamanya mak dan abah. Anakku Husna Syuhada Orangnya nampak "tough" walaupun seorang perempuan. Dari segi akedemik buat masa ini dia biasa-biasa sahaja, begitu juga dengan sukan. Namun saya dan suami cuba sebaik mungkin mempersiapkan ilmu dunia dan akhirat.  Seperti kanak-kanak lain, dia sangat su...