Langkau ke kandungan utama

Selamat Hari Lahir Abah 2 Ramadhan 1432H

Assalamualaikum

Hari ni dah masuk puasa ke-2 dibulan Ramadhan 1432H.

Hari ni juga merupakan hari lahir abah 2 Ogos.

Sempena hari lahir abah dan puasa ke-2 nih, as dengan rajinnya membuat kek oren dengan topping cokelat. Ingat nak ambik gambar, tapi kek tu comot jer....uhuhuhuuuu....

Sebenarnya as buat kek dalam keadaan kesakitan....yer hari ni badan as tak sihat, dan sangat sakit...

Sebelum minta abah bawa pergi ke klinik hospital, as siapkan dulu kek chiffon oren untuk abah. As malas betul banyak songeh nak pergi klinik jauh, pergi jer mana yang terdekat.

Masa tunggu rawatan, sakit makin reda...sebelum tu sempat berseloroh nak minta cucuk...tapi kelu lidah waktu depan doktor...hahaha..akhirnya as makin sakit teruk dalam kereta semasa perjalanan balik....Alhamdulillah....(^^)

Abah dan Mak bising sebab tak minta cucuk ubat tahan sakit dengan doktor. Malam ni kalau makin sakit, abah ajak pergi ke hospital....ishhhh...enggak mau...

Takper..as akan cuba bertahan sampai pagi esok, lagipun baru telan 2 biji pil yang doktor bagi tadi....

Ni dah ok sikit, siap boleh berFB dan berblogging...itu tandanya as dah sihat...;p

---------------------------------------------------------------------------------------------

Tak sabarnya nak tunggu abah potong kek chiffon oren tuh...(tak sabar nak makan!! xp )



Kata-kata untuk abah sempena hari lahir beliau :







Ulasan

ibun_jogho berkata…
Slmt ari jadi utk abah.. hehe.. Yg ke brapa?
Acik As berkata…
yang ke dua puluh kot...hahaha...malas nak kira..takut abah tak ngaku tua...;p

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang ...

Fadhilat membaca al Fatihah

Assalamualaikum, Pembaca blog Cinta Hati As, berapa ramai di antara anda yang tahu bahawa al-Fatihah itu penting dalam setiap solat kita? al-Fatihah dikenali sebagai ibu alQuran dan menjadi surah pemulaan bagi bacaan alQuran dan juga asas bacaan dalam solat seharian kita. Semalam, as ada menonton tentang rancangan tv9 tentang kepentingan surah al-Fatihah. Rasulullah SAW pernah menghentikan solat sahabat baginda semata-mata untuk memberitahu tentang kepentingan al Fatihah dengan bacaan yang betul. - kalau tak silap as nama sahabat itu ialah Saad. kalau salah betul kan as. Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Membaca al Fatihah  pahalanya seperti  sepertiga membaca Al-Quran" Juga Nabi Muhammad s.a.w.bersabda: "Surat Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkankan dalam bacaannya." dan  "Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin." Fadhilat Al Fatihah Sesiapa membaca surah Al-Fatihah...

Jom Tingkatkan Followers sampai lebam

Assalamualaikum, Hari ini tengah blogwalking, as jumpa segmen ni..Jom Tingkatkan Followers yang dikendalikan oleh blogger MerepekGILA Syarat nak join mudah sahaja. 1. Buat entri Jom tingkatkan Followers sampai lebam dan letak banner cam kat atas tuh 2. Letak ruang peminat korang. As just print screen...ohh peminat as hanya ada 54 orang dan seorang peminat rahsia...haha..jadi ada 55 orang sahaja..;p Peminat Cinta Hati As 3. Dah siap letak la link korang kat blog MerepekGila . Lepas tu...owner blog merepekgila cakap, jadila follower dia dan rajin-rajinkanla diri blogwalking ke peserta yang lain dan jadi follower diorang... Ok simple ajakan? Bagi as, kalau orang tu follow as, as akan follow dia balik, inshaAllah. Apa yang membuatkan korang nak jadi follower sesebuah blog tu? Bagi pandangan as : Kekemasan Info yang menarik Susunan perkataan ( as tak berapa suka guna ayat sms dan ayat yang akhir saja-saja ada huruf "w" contoh: ape jew.. ) jadi mu...