Langkau ke kandungan utama

KHAYALAN SAHAJA

Assalamualaikum

Sudah setahun berlalu peristiwa yang hampir buat as hilang semangat dan hampir putus asa.
As dah hampir lupa apa yang berlaku tetapi hati sedikit tersentap apabila melihat beberapa kawan as mendapat sakit yang boleh menjejaskan kesihatan mereka, dan orang disekelilingnya.

Sukar nak percaya tapi ia tidak mustahil. As taknak dah lihat semua ni taknak dah. Kenapa ada manusia yang sangat kejam. Jika sudah tidak ada hubangan kenapa perlu menyakitkan kawan as sehingga ia mendatangkan kesakitan kepada orang lain juga.

As tidak belajar agama tinggi-tinggi, jauh sekali sebagai seorang pendakwah agama, tapi as masih tahu salah untuk menggunakan ilmu songsang apatah lagi kita hidup beragama. 

Seteruk mana pun hati as sakit, as tidak akan menggunakan ilmu songsang mengenakan orang lain walau waktu itu setiap hari as diganggu oleh suara yang mengajar bukan-bukan. Jika anda seorang pendakwah yang mengajak orang ke arahNya kenapa tidak anda berdakwah kepada diri sendiri untuk memujuk hati yang terluka.







Sekarang apa yang harus as lakukan selain berdoa kepadaNya? Adakah as perlu berdiam diri seperti yang diarahkan oleh abah? Mereka adalah sahabat as teman as waktu as sakit dan waktu as gembira.

As tahu niat abah taknak as dicederakan oleh hati si amarah. Tapi as perlu buat sesuatu...as tidak pandai tapi as anak abah dan mak. As nak jadi segagah abah dan setabah hati mak. Jika si amarah tidak puas hati itu hak dia, tiada siapa yang sempurna. Tapi setiap perbuatan ada pembalasan. Itu hukum karma yang telah ditetapkan oleh Allah. Cuma ia lambat dan cepat.

Jika hati si amarah tanya pada as adakah hati as masih berdendam? As mungkin tidak berdendam tapi marah masih ada dan setiap hari as berdoa kepada Allah agar diberi ketenangan dan hilangkan segalaningatan itu walau ia mustahil...mungkin

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang ...

Jom Tingkatkan Followers sampai lebam

Assalamualaikum, Hari ini tengah blogwalking, as jumpa segmen ni..Jom Tingkatkan Followers yang dikendalikan oleh blogger MerepekGILA Syarat nak join mudah sahaja. 1. Buat entri Jom tingkatkan Followers sampai lebam dan letak banner cam kat atas tuh 2. Letak ruang peminat korang. As just print screen...ohh peminat as hanya ada 54 orang dan seorang peminat rahsia...haha..jadi ada 55 orang sahaja..;p Peminat Cinta Hati As 3. Dah siap letak la link korang kat blog MerepekGila . Lepas tu...owner blog merepekgila cakap, jadila follower dia dan rajin-rajinkanla diri blogwalking ke peserta yang lain dan jadi follower diorang... Ok simple ajakan? Bagi as, kalau orang tu follow as, as akan follow dia balik, inshaAllah. Apa yang membuatkan korang nak jadi follower sesebuah blog tu? Bagi pandangan as : Kekemasan Info yang menarik Susunan perkataan ( as tak berapa suka guna ayat sms dan ayat yang akhir saja-saja ada huruf "w" contoh: ape jew.. ) jadi mu...

As sudah tua dan anak semakin membesar

 Assalamualaikum Alhamdulillah masih di beri kesempatan umur yang panjang sehingga ke hari ini. Anak pun semakin memahami dan cepat belajar sendiri, dia terlalu berdikari padahal dia masih kecil. Dulu teringat pernah meluahkan di blog ini tentang beberapa perancangan masa depan, antaranya bekerja sendiri, memberi duit lebih kepada mak abah, meluangkan lebih masa kepada anak, pergi haji dan umrah. Alhamdulillah dengan izinNya cepat dan lambat saja, saya kini bekerja sendiri, berkongsi rezeki dengan ahli keluarga terutama mak abah.  Dari segi masa, sepatutnya ada lebihan masa tetapi masih dalam proses untuk memberi fokus kepada anak dan alhamdulillah masih dibantu oleh keluarga terutamanya mak dan abah. Anakku Husna Syuhada Orangnya nampak "tough" walaupun seorang perempuan. Dari segi akedemik buat masa ini dia biasa-biasa sahaja, begitu juga dengan sukan. Namun saya dan suami cuba sebaik mungkin mempersiapkan ilmu dunia dan akhirat.  Seperti kanak-kanak lain, dia sangat su...