Langkau ke kandungan utama

Febuary kembali lagi..Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum.....

Wah dah masuk bulan Febuari..sungguh cepat masa berlalu..

Salam Maulidur Rasul....sudahkah anda berselawat kepada nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W?

Kalau tak silap hari ni UKM ada libur maulid. Hari ini kah??

Apala as ni pun tak tau hal yang berlaku ditempat sendiri. Malu sama pelajar indon di belakang.

Bulan ni  paling sibuk..mari lihat apa yang sibuk tu?
  1. Prepared for workshop at Sungkai, Perak - 10 -12hb 2
  2. Pergi daftar sem baru 13 hb
  3. Checkup gigi (rutin tahunan) kena rajin nih kalau tak gigi tu rongak..;p
  4. Belajar makeup muka tikah nak kahwin 3hb mac
  5. Siapkan baju pengapit kak ayu 17hb2 
  6. prepare kenduri kawin tikah  3hb mac 
  7. siapkan brochure
  8. prepared nak bagi hadiah apa kat mak masa 7hb 3 nanti...

Itu baru list sikit...banyak lagi yang tak tertulis...makan tah ke mana, (walau sentiasa makan) hahaha...

Oh..saya jadi pengapit?? pening kepala nih tak pernah jadi pengapit, so tangan mula mencari cara-cara menjadi pengapit yang baik di pakcik google,,hehehe

tema kak ayu warna tekoiz. saya dah sediakan dua baju,,,nak suh mak kak ayu yang pilih la,..tak tau nak pakai shawl ker tudung biasa aja...yang penting tak boleh lebih-lebih dari kak ayu...hehehe

Pastu saya kena tolong makeupkan tikah waktu dia kahwin...3 kali makeup tu...tikah decide taknak amik mak andam sebab bimbang ada unsur-unsur yang tak sepatutnya dalam Islam... 

maybe setakat pakai bedak sket, warna bibir sikit sudah la yer tikah? saya tak reti pakai makeup...kalau nak heavy makeup kita bukak youtube belajar kat situ...dalam tempoh seminggu sebelum hari langsung...hehehe (^^)/...

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ok disini saya nak bagitau sikit la...pada orang yang tinggalkan komen sila letak nama anda. sebab kita dilahirkan dengan nama...

Atau anda seorang pengecut yang ada beribu kesalahan pada saya? Tapi mungkin tidak, sebab kita lagi banyak bersalah pada Allah kerana melanggar perintahNya.

Bagi mereka yang pernah lukakan hati saya atau pun saya lukakan hati mereka, saya minta anda jangan datang lagi dalam hidup saya. Saya pun nak minta maaf juga.

Lebih baik anda jangan sibuk nak tinggalkan komen atau mesej sama ada di blog atau fb saya..itu yang terbaik...sebab saya juga tidak sibuk untuk mengetahui diri anda lagi.

Bukan saya putuskan silaturrahim tapi saya rasa saya tidak bersedia untuk berhadapan dengan anda. Baik diam diri sahaja daripada terus menyakiti hati satu sama lain. 




jom layan lagu nih...bagus liriknya

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang ...

Fadhilat membaca al Fatihah

Assalamualaikum, Pembaca blog Cinta Hati As, berapa ramai di antara anda yang tahu bahawa al-Fatihah itu penting dalam setiap solat kita? al-Fatihah dikenali sebagai ibu alQuran dan menjadi surah pemulaan bagi bacaan alQuran dan juga asas bacaan dalam solat seharian kita. Semalam, as ada menonton tentang rancangan tv9 tentang kepentingan surah al-Fatihah. Rasulullah SAW pernah menghentikan solat sahabat baginda semata-mata untuk memberitahu tentang kepentingan al Fatihah dengan bacaan yang betul. - kalau tak silap as nama sahabat itu ialah Saad. kalau salah betul kan as. Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Membaca al Fatihah  pahalanya seperti  sepertiga membaca Al-Quran" Juga Nabi Muhammad s.a.w.bersabda: "Surat Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkankan dalam bacaannya." dan  "Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin." Fadhilat Al Fatihah Sesiapa membaca surah Al-Fatihah...

Jom Tingkatkan Followers sampai lebam

Assalamualaikum, Hari ini tengah blogwalking, as jumpa segmen ni..Jom Tingkatkan Followers yang dikendalikan oleh blogger MerepekGILA Syarat nak join mudah sahaja. 1. Buat entri Jom tingkatkan Followers sampai lebam dan letak banner cam kat atas tuh 2. Letak ruang peminat korang. As just print screen...ohh peminat as hanya ada 54 orang dan seorang peminat rahsia...haha..jadi ada 55 orang sahaja..;p Peminat Cinta Hati As 3. Dah siap letak la link korang kat blog MerepekGila . Lepas tu...owner blog merepekgila cakap, jadila follower dia dan rajin-rajinkanla diri blogwalking ke peserta yang lain dan jadi follower diorang... Ok simple ajakan? Bagi as, kalau orang tu follow as, as akan follow dia balik, inshaAllah. Apa yang membuatkan korang nak jadi follower sesebuah blog tu? Bagi pandangan as : Kekemasan Info yang menarik Susunan perkataan ( as tak berapa suka guna ayat sms dan ayat yang akhir saja-saja ada huruf "w" contoh: ape jew.. ) jadi mu...