Assalamualaikum semua (^^)/
Bagaimana dengan puasa anda pada hari ini? Sahur tak? Jangan malas sahur, ok?
As walau malas macam mana pun, as akan pastikan sahur tidak tinggal. Bukan kerana as terlalu suka makan ;p tapi as jaga kesihatan badan, dan as ingin pastikan as mampu untuk menjalankan ibadah puasa dengan baik tanpa sebarang gangguan yang tidak sepatutnya.
Sebelum tidur malam, kalau as malas nak masak nasi, Kak Saadah akan pergi masakkan. Tengok betapa sayangkan rumate as pada. Kak Sa'adah salah seorang pencinta hati As. Tapi selalunya as takkan bagi dia masak. hahaha..
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ok berbalik pada tajuk Dutch Lady Chocolate Drink.
Lama sangat as cari produk ni dalam bentuk susu tepung. Selama ni as akan beli susu kotak. Tapi tak tahan la kan. As da rajin minum, kalau beli satu paket tu sehari boleh habis 3 kotak terus. Sebab cucuk straw dan masuk mulut, slurpp..slurpp habis sekotak.
Paghok macam ini....hehehe
Jadi sejak beberapa tahun lepas as asyik skodeng rak susu tepung cari susu tepung Dutch Lady Chocolate nih tapi yang as jumpa adalah untuk budak-budak kecil ajer..
As pun check IC balik...oh as sudah tua bangka...
Kadang-kadang hati tu berkata : As rembat ajer la...janji dia perisa coklat walau untuk kanak-kanak.
As beli???
Pastinya tidak, kerana ego yang tinggi!!! Hahaha...
Hari ini, tengah ambil milo sepeket, mata as teralih kepada rak susu sebelah. Sekilas pandang tak menarik perhatian, tapi pandang balik...haaaa biar betul???
Dutch Lady Chocolate Drink RM 7.95 |
Dutch Lady Chocolate Drink untuk dewasa kan??? Tengok takder nyatakan pasal umur. Gambar baby pun takder...betul ke ni?? Yer betul kot...
Letak milo dan capai Dutch Lady Chocolate Drink paket kecil. Nak try dulu...
Hati berbunga riang. Sahur kalau tak makan nasi pun takper, asalkan as minum susu, tetapi mesti ada perisa coklat.
Ok, kepada pencinta hati as semua, sahur itu penting tau, malas makan nasi takper tapi sekurang-kurangnya carilah pengganti makanan yang berkhasiat dan memberi tenaga.
Macam rumate As, Kak Saadah, dia pencinta roti dan kurma. Kalau takder roti, kurma pun dah cukup.
Semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan jayanya dan penuh keberkatan dari Allah S.W.T
InshaAllah
Ulasan
dah ader, sedap macam beli yang susu kotak juga.
dan kita boleh kawal kepekatan coklat dan kemanisannya.
ummi patut cuba (^^)/
dutch lady chocolate drink ni as beli kat PKNS bangi,
kat area lain as tak pernah cari lagi..
rasa dia sangat sedap (^^)/