Langkau ke kandungan utama

STOKIS HERBA MAHARANI

Assalamualaikum

Hari ni as nak buat review Herba Maharani daripada syarikat Hai-O.

As kenal pasal Herba Maharani daripada makcik as yang jual di kampung. As sekeluarga makan sekotak seorang. Takder share ok..ini bagi memastikan kita mendapat kesan yang efektif. Menurut kata makcik as, herba Maharani ni asal usulnya adalah ubat yang di makan oleh Maharani China pada zaman dahulu kala.

Kini herba Maharani ini telah dipasarkan meluas ke serata dunia. Ianya telah dijamin HALAL oleh pihak muslim China.

Kenapa as makan? Sebab sebagai seorang pelajar dan part time pekerja, badan dan minda as akan cepat letih. Lagi-lagi kalau as sentiasa berulang alik Bangi-Temerloh hampir setiap minggu. Lepas makan herba Maharani ni badan rasa sihat dan bertenaga.

Emak dan kak ipar as juga makan herba Maharani nih. Emak cakap dia tidak mudah rasa penat walau usianya telah capai 50-an. Kak ipar juga mengalami  kesan yang sama.

Kat bawah ni as copy-pastekan kebaikan herba Maharani 



  1. Melancarkan peredaran darah
  2. Menyelaraskan kitaran haid yang tidak teratur· Menyihatkan tubuh badan, mengurangkan keletihan
  3. Tubuh badan akan segar apabila bangun pagi· Meningkatkan sistem imunisasi, menguatkan kaki dan tangan
  4. Menyerlahkan wajah berseri dan awet muda
  5. Menyuburkan badan selepas bersalin
  6. Meningkatkan rangsangan, kebahagiaan kepada pasangan


Cara makan Herba Maharani yang disyorkan



  1. Makan 25-50 biji kecil sekali sehari - 1 bola kapsul ada 50 biji kecil
  2. Mulakan makan Herba Maharani hari pertama selepas period (datang haid).
  3. Masa terbaik untuk makan Herba Maharani ialah pada waktu pagi sebelum sarapan.
  4. Tapi kalau nak makan malam pun boleh.
  5. Makan mestilah bersama air suam.
  6. Herba Maharani ni mungkin agak panas bagi sesetengah orang terutama yang tidak pernah makan pil herba.
  7. Sebaiknya mulakan dengan 25 biji dan jika badan rasa panas minum banyak air kosong/mineral. Kemudian kurangkan dos kepada 10-15 biji.
  8. Kuantiti dalam sekotak Herba Maharani = 6 bebola putih = 300 biji kecil pil herba
  9. Jika ambil 10 biji sehari = 30 hari (waktu period jangan makan)
  10. Jika ambil 25 biji sehari = 12 hari (habis sekotak , stop untuk bulan itu, sambung selepas period)
  11. Jika ambil 50 biji sehari = 6 hari (habis sekotak ,stop untuk bulan itu, sambung selepas period)
  12. Sebulan amalkan satu kotak sahaja Herba Maharani. Setelah habis sekotak, hentikan makan Herba Maharani seketika hingga period seterusnya datang. Lepas period ulangi cara makan yang sama. 

As dingatkan bahawa semasa period dan mengandung tidak boleh makan herba Maharani ni
Dalam pantang bolehla makan.


Kalau ada sesiapa yang berminat bolehla hubungi kakak as di 013-9668001

Harga sekotak herba Maharani RM65.00

Ulasan

ummiross berkata…
As, ummi pun pernah makan herba maharani ni dulu, memang bagus!
zatul_yayah berkata…
urmm...
berkesan ke? was2 pulak..
Acik As berkata…
@zatul_yayahyup...tapi kalau tak yakin jangan..semua ubat satu ikhtihar..yang penting doa padaNya
Acik As berkata…
@ummirossya, kalau ummi berminat bolehla order dengan kakak as atau boleh hubungi as sendiri 019-9050325

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang ...

Fadhilat membaca al Fatihah

Assalamualaikum, Pembaca blog Cinta Hati As, berapa ramai di antara anda yang tahu bahawa al-Fatihah itu penting dalam setiap solat kita? al-Fatihah dikenali sebagai ibu alQuran dan menjadi surah pemulaan bagi bacaan alQuran dan juga asas bacaan dalam solat seharian kita. Semalam, as ada menonton tentang rancangan tv9 tentang kepentingan surah al-Fatihah. Rasulullah SAW pernah menghentikan solat sahabat baginda semata-mata untuk memberitahu tentang kepentingan al Fatihah dengan bacaan yang betul. - kalau tak silap as nama sahabat itu ialah Saad. kalau salah betul kan as. Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Membaca al Fatihah  pahalanya seperti  sepertiga membaca Al-Quran" Juga Nabi Muhammad s.a.w.bersabda: "Surat Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkankan dalam bacaannya." dan  "Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin." Fadhilat Al Fatihah Sesiapa membaca surah Al-Fatihah...

Jom Tingkatkan Followers sampai lebam

Assalamualaikum, Hari ini tengah blogwalking, as jumpa segmen ni..Jom Tingkatkan Followers yang dikendalikan oleh blogger MerepekGILA Syarat nak join mudah sahaja. 1. Buat entri Jom tingkatkan Followers sampai lebam dan letak banner cam kat atas tuh 2. Letak ruang peminat korang. As just print screen...ohh peminat as hanya ada 54 orang dan seorang peminat rahsia...haha..jadi ada 55 orang sahaja..;p Peminat Cinta Hati As 3. Dah siap letak la link korang kat blog MerepekGila . Lepas tu...owner blog merepekgila cakap, jadila follower dia dan rajin-rajinkanla diri blogwalking ke peserta yang lain dan jadi follower diorang... Ok simple ajakan? Bagi as, kalau orang tu follow as, as akan follow dia balik, inshaAllah. Apa yang membuatkan korang nak jadi follower sesebuah blog tu? Bagi pandangan as : Kekemasan Info yang menarik Susunan perkataan ( as tak berapa suka guna ayat sms dan ayat yang akhir saja-saja ada huruf "w" contoh: ape jew.. ) jadi mu...