Assalamualaikum..
Pencinta hati as....as rasa sangat sedih. Sebab as takder ramai kawan realiti. Sunyi sangat bila as tak online atau tak keluar jalan-jalan.
As rindukan zaman sekolah dan zaman kuliah universiti. Tapi zaman kerja dalam ofis as tak berapa suka. Sebab tempat yang as kerja sangat tidak menjaga maruah antara lelaki dan perempuan. As sangat malu.
Sekarang kak Saadah takder kat rumah..sunyinya...tapi sampai bila as akan bersama dengan kak saadah?
Satu hari nanti as akan berpisah dengannya juga. Tetiba as teringat as menangis dengan kuat selepas hantar kak saadah pulang ke Terengganu...masa last degree dulu.
Pencinta hati as
Anda rasa sudah sampai masakah as untuk fikirkan mencari soulmate? Nak cari di mana? Perlu buat iklankah? Ahhh...malasnya bila fikir soal soulmate nih?
Orang sekeliling asyik bertanya bila as nak kahwin? As tidak ada pakwekah? Dulu pernah ada..tapi tak jadi, sebab as tak yakin dengannya dan as sendiri minta Allah jauhkan dirinya dan diri as.
Pencinta hati as...
Kalau as ada soulmate..as teringin nak letak gambar dia dan as dalam kalungan bunga macam nih..hehe....tapi buat masa nih..as letak gambar as saje la...;p
Ulasan