Langkau ke kandungan utama

Cara shopping di eBay dengan Paypal

Assalamualaikum

Pencinta hati as....anda suka shopping online? As suka tapi takder la suka sangat.

Selalunya kalau kita nak beli barang komfom kita akan buat perbandingan hargakan??..Sudah lumrah la tuh...

tapi kalau barang yang kita perlu dan nak sangat tapi sukar dapat akan tetap dibeli walau mahal...yer tak?? eh tak?? hahaha.....


Kat mana anda selalu shopping online? Kalau as selalunya kat eBay. Lelong as pernah masuk tapi tak berapa minat sangat..entahla kenapa..=p




Macam mana cara shopping di eBay?

  1. Buka dulu akaun PayPal dengan registerkan nombor mastercard anda (as pakai CIMB debit card)
  2. Buka akaun eBay kat situ kena letak sekali method bayar kita melalui paypal..nanti automatic terus link dengan Paypal
  3. Lepas tu boleh shopping..




Mudahkan? tapi tahu tak kita kena bijak dalam pemilihan harga barang semasa di eBay?

Selalunya kalau as pilih ebay.com.my dia akan terus tukarkan mata wang Ringgit Malaysia. Tapi bila as buat kajian di eBay.com harga yang ditawarkan dalam USD lebih murah.

Macam mana dengan anda yang pernah guna eBay? ada perbezaan tak disitu?

Untuk membeli barang anda juga perlu melihat siapa penjual (seller). Kalau feedback customer dia kurang daripada 100% anda perlu berhati-hati. Selain itu baca juga komen customer yang pernah beli dengan dia.

Tapi janganla anda terlalu percaya kepada seller 100% good feedbacknya. Still kena hati-hati juga. Kalau boleh mesej dulu dia.

Baru-baru ni as ada beli tony moly lip tint red apple (harga pasaran malaysia RM 25 tidak termasuk pos).

As beli dengan harga lebih kurang 7 USD ( RM23.00).. still mahal jugakan? Nak buat macam mana kurang singgit dua aja la..tapi termasuk kos pos..jimatkan?

Cara Bida di eBay

Kalau bida ni ramai kawan as cakap sangat leceh. As pun tak minat sangat bida.

Tapi apa yang as buat kalau nak bida as bida pada pada masa akhir. Dah menang kita kena bayar tau..

kang kena blacklist dengan ebay. Yerla bukan suka-suka hati kita main-main letak harga.

Pastu ada caj tersembunyi dari bidaan kita. Tak silap as eBay ambik untung 0.0875. Yerla diorang pun nak hidup juga.

Tapi yang tak bestnya.... ada jer orang lain nak bid tinggi lagi...
daripada barang tu murah sangat-sangat lastnya jadi nak dekat harga asal. Ish...geram betul as...

Jadi as fikir baik guna 'buy it now' terus.

Lepas tu kalau nak lagi jimat beli di eBay, tengok yang offer dua atau lebih barang tu dan compare dengan harga bagi satu barang.

Bagi anda yang ada ramai kengkawan sekepala dengan anda lagi seronok kalau membeli di eBay nih..sebab apa???

Yer la beli borong.....

Kalau anda ada 10 orang kawan yang berminat dengan barang yang sama, just terus direct mesej or call pada penjual dan tanya harga borong...lagi sangat-sangat jimat.

Oh yer pastikan anda minta invoice ya..check dulu baru buat payment.

Untuk shipping, kalau anda kedekut, just guna free shipping aja la. Mungkin berbulan barang baru sampai.

Kalau guna standard shipping boleh la ada tracking number, berbulan tapi selamat inshaAllah.

Kalau jenis yang tak sabar-sabar boleh la kuar duit lebih skit untuk shipping lagi pantas (maybe pakai bot  laju =p) 4-6 hari..

Kalau nak beli barang ni, kena tengok juga yang accept returnable..sebab yer la mana tau, sampai barang tapi rosak or pecah.


Pastikan transaksi bayaran dibuat melalui eBay ok..sebab kalau apa-apa terjadi, eBay akan bantu kita. Kat setiap message kita dengan penjual ada no id. Ia berfungsi sebagai bukti kita berurusan dengan penjual tu.

Selain itu kat paypal pun ada resit online.

What Is PayPal Address? 

Soalan ni banyak yang orang tanya kat google and yahoo.

Anda tahu? Kalau dah tahu bagus kalau tak tahu meh as nak bagi tahu.

PayPal Address is your email login to your account PayPal. 

Don't believed it? Haaa....believe it and try it with send money to me asnida85[@]gmail.com...

haha..

Selalunya, ada kes yang mana barang tak tersenarai dalam eBay tapi penjual tersebut ada offer pada anda.

Jadi penjual ini akan minta PayPal address untuk bagi invois.

Lepas anda komfem invois tersebut. Anda ada masa 30 hari untuk buat payment. Lepas tu kira pembelian batal.

Jadi, sebelum ambil invois tanya betul-betul harga, dan chek duit dalam poket anda dan juga BANDINGKAN dengan harga lain...supaya tak menyesal kemudian hari.

Oklah..setakat ni aja penerangan as

Byes Sayonara...

Ulasan

msa berkata…
boleh bantu saya tak ? saya ada masalah dengan paypal . ada terima email paypal tentang pembayaran . bila diorang akan tolak account kita ? setelah barang sampai ke ? ke 2-3hari akan ditolak ?
Acik As berkata…
anda klik pay jer..terus diorang tolak account anda
nini berkata…
Saya nak tahu,mcm mn nk masukkan duit dalam paypal??sy bli??
nini berkata…
Saya nak tahu mcm mn nk top up duit ke dalam paypal..
Acik As berkata…
takder topup duit dalam paypal..sebab ia dah link ngan akaun bank kita...cuma dia ambik interest/caj perkhidmatan dia..
mie berkata…
selamat kaa beli kat ebay..kalau barang tu besar mcm spotrim moto mcm mna depa nk hntar kan
Acik As berkata…
selamat tak selamat itu kira nasib...sebab so far saya beli ok ja...kena cari dan siasat siapa penjual tu...means check dulu feedback dari customer lain...anda perlu bijak...
pasal sportrim motor tu ada jer orang beli...lagikan pula ada orang beli kereta dari luar negara...macam mana nak hantar? kapal kargo kan ada =)
mahirahdzahri berkata…
Salam,, hai,, saya nak tanya dekat ebay masa checkout dia ada 2 option utk bayar : 1-dengan visa,mastercard with paypal 2-paypal je. so nak pilih yang mana satu? saya ada akaun paypal dan dah verified. :)
Acik As berkata…
kalau saya, saya guna yg option 1. sebab saya tak suka simpan duit dalam paypal

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang ...

Fadhilat membaca al Fatihah

Assalamualaikum, Pembaca blog Cinta Hati As, berapa ramai di antara anda yang tahu bahawa al-Fatihah itu penting dalam setiap solat kita? al-Fatihah dikenali sebagai ibu alQuran dan menjadi surah pemulaan bagi bacaan alQuran dan juga asas bacaan dalam solat seharian kita. Semalam, as ada menonton tentang rancangan tv9 tentang kepentingan surah al-Fatihah. Rasulullah SAW pernah menghentikan solat sahabat baginda semata-mata untuk memberitahu tentang kepentingan al Fatihah dengan bacaan yang betul. - kalau tak silap as nama sahabat itu ialah Saad. kalau salah betul kan as. Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Membaca al Fatihah  pahalanya seperti  sepertiga membaca Al-Quran" Juga Nabi Muhammad s.a.w.bersabda: "Surat Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkankan dalam bacaannya." dan  "Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin." Fadhilat Al Fatihah Sesiapa membaca surah Al-Fatihah...

Jom Tingkatkan Followers sampai lebam

Assalamualaikum, Hari ini tengah blogwalking, as jumpa segmen ni..Jom Tingkatkan Followers yang dikendalikan oleh blogger MerepekGILA Syarat nak join mudah sahaja. 1. Buat entri Jom tingkatkan Followers sampai lebam dan letak banner cam kat atas tuh 2. Letak ruang peminat korang. As just print screen...ohh peminat as hanya ada 54 orang dan seorang peminat rahsia...haha..jadi ada 55 orang sahaja..;p Peminat Cinta Hati As 3. Dah siap letak la link korang kat blog MerepekGila . Lepas tu...owner blog merepekgila cakap, jadila follower dia dan rajin-rajinkanla diri blogwalking ke peserta yang lain dan jadi follower diorang... Ok simple ajakan? Bagi as, kalau orang tu follow as, as akan follow dia balik, inshaAllah. Apa yang membuatkan korang nak jadi follower sesebuah blog tu? Bagi pandangan as : Kekemasan Info yang menarik Susunan perkataan ( as tak berapa suka guna ayat sms dan ayat yang akhir saja-saja ada huruf "w" contoh: ape jew.. ) jadi mu...