Assalamualaikum
Selamat bercuti raya haji buat pencinta hati as (^^)/
As pun akan balik esok...singgah dulu KLCC sebelum bertolak ke kuantan dan temerloh
Korban Lembu di Masjid Pulau Pasir Mandi
Tahun ni as kena tolong abah uruskan majlis korban di Masjid Kampung Pulau Pasir Mandi.
Orang-orang kampung as ramai yang susah, jadi as sangat gembira kerana AJK Masjid KPPM dapat menganjurkan majlis korban tahun ini. Alhamdulillah.
Satu bahagian = RM 400.00
Sesiapa yang nak sertai masih sempat lagi (^^)/ ada ker ??
As juga sangat gembira sebab Kertas Cadangan Pembangunan Koridor dan Dataran Masjid yang as buat dah diluluskan.
![]() |
Koridor depan dah siap dibina |
Dengan adanya koridor ini, jemaah akan dapat solat lagi selesa dan bertambah ramai hendaknya. InshaAllah.
![]() |
Pintu masuk jemaah wanita |
2 hari lepas abah as hantar mms - oh rupanya abah cadangkan untuk tambah pintu masuk bagi wanita.
Sememangnya dah ada di sebelah tepi..tapi kali ini satu lagi pintu dibuat di hadapan koridor. Harap dapatlah siap dan boleh digunakan
![]() |
Tanah merah yang baru ditambak |
Tanah merah tu dulu ada 3 buah kolam ikan, baru-baru ni pemilik tanah telah mewakafkan keseluruhan tapak tanah merah untuk dijadikan kawasan dataran dan tapak letak kereta masjid.
As mewakili penduduk kampung Pulau Pasir Mandi mengucapkan terima kasih kepada tuan tanah. Semoga Allah memurahkan lagi rezeki tuan tanah dan memberkati beliau. Amin
Kertas kerja untuk menambah tar dah diluluskan dan sekarang sedang menunggu kontraktor datang buat kerja.
Terima kasih juga kepada YB Syed Ibrahim Syed Ahmad yang membawakan kertas kerja as ke pihak atasan untuk diluluskan bersama ahli mesyurat tertinggi.
As harapkan raya haji kali ini, penduduk kampung dapat sembahyang di masjid dengan lebih sempurna dan selesa.
Sudah pastinya dengan tambahan ruang di masjid, majlis korban pada kali ini akan lebih meriah lagi. InshaAllah
Untuk melihat lebih banyak lagi aktiviti masjid kampung Pulau Pasir Mandi, as jemput pencinta hati as untuk jadi kawan fb dan follower blog Masjid Pulau Pasir Mandi
Sekiranya anda ada cadangan, pandangan yang berhemah untuk menarik lagi ramai umat Islam ke Masjid, bolehlah beritahu as...
Selamat hari raya korban/haji/ AidilAdha. Semoga pengorbanan kita pada tahun ini diterima oleh Allah dan mendapat berkat daripadaNya. InshaAllah
Salam Sayang daripada as buat pencinta Hati As. (^^)/
Ulasan