Langkau ke kandungan utama

Bride to be Cinta Hati As..sangat mendebarkan dan kelakar...

Assalamualaikum

Akhirnya as dapat curi sedikit masa untuk update tentang majlis pertunangan as atau bride to be....

Syukur alhamdulillah, tanpa dijangka dan diduga, as telah pun diikat tanda sebagai bakal isteri kepada seorang hamba Allah...(rahsia dulu yer..hehehehe)

Apa persediaan anda untuk mengadakan majlis pertunangan atau dalam bahasa lain majlis meletak tanda?

As simple sahaja....

As ingat nak buat mudah aja....sediakan hadiah untuk sebelah dia dengan bungkus-bungkus aja...tapi mujur la along dan kakak ipar as telah menyediakan tapak hantaran yang di panggil PAR atau dulang hantaran siap dengan hiasan bunga-bunga lagi....

Along cakap...jangan dengor cakap as tu...hahahaha....amboi....jadi along la yang buat decoration termasuk sirih junjung as...

As dengan kak saadah hanya buat bakul buah dan tambah bunga atas  hantaran yang tak siap lagi...hehehehe


Cupcake, bakul buah, sejadah

Pakaian dan purse untuk bakal mertua, kemeja Cinta Hati as, dan sirih tak junjung ;p

Dodol orang pahang dalam bungkusan kecil yang mudah...


Hantaran Cinta hati AS


As memberikan 7 dulang hantaran dan Cinta Hati As membalasnya dengan 5 dulang juga....( Par as panggil dulang yer...)

Kelakar jugakla sebab kami berlainan bahasa dan adat..jadi banyak bercanggah pendapat dan ada salah faham....


Sesi Makeup

Seriously malam tu as tak dapat tidur awal, sebab as siapkan hantaran as dengan along dan kak saadah....

Pada asalnya as try buat sirih junjung tu...tapi akhirnya tak menjadi...oleh kerana dah rasa macam nak nangis...as pun takut-takut kejutkan along as yang tertidur di ruang tamu...

Kesian along as....mujur dia tak marah.....

Dia bangun dan buatkan sirih junjung as sampai siap....terima kasih along...as sayang sangat along...sanggup bersusah payah demi as.

Selain kena tolong along, as diuji kesabaran apabila baby sufiyyah tidak mahu tidor lagi...dia paksa as tengok tv di bawah walaupun as cakap....."acik nak tidur da....ngantuk penat sangat"...jam sudah nak masuk jam 2 pagi....

Takkkk.....acik tdo sini...sambil tepuk - tepuk bantal depan tv...

Alamatnya....bengkak dan lebam la mata as esok paginya....

Maka as pun pakai makeup tebal terutama bawah mata.....waaaaa........sayang anak buah punya pasal...

Mujur la as ada kakak ipar yang boleh makeupkan...not bad, but as tak biasa makeup...jadi as malu-malu kucing depan orang ramai...hahahaha...


Sesi sarung cincin...

Cium tangan bakal mertua

Rasa kelakar sangat,,,sebab as terlalu gugup...

Badan as tak rasa seram sejuk...tapi bila orang panggil as untuk sarung cincin tu..as rasa blank...tak nampak orang sangat dah...apa orang cakap pun cam dengar tak dengar ja....

Oleh kerana terlalu gugup....keluarga dia .nampak tangan as mengigil....waaaa malu.....dan hal ini dijadikan bahan ketawa orang di situ....termasuk Cinta hati as gelakkan as pada malamnya......

Memang terasa nak menangis..sebab ramai orang gelak....malu...huk huk huk.....

Sampai hati awak gelakkan saya juga....(~~)/

Harap masa hari pernikahan nanti...sekiranya saya tak angkat tangan saya, awak dapat cover saya.

Pandai-pandaila awak nak cover saya macam mana...sebab waktu tu tangan saya munkin ketar sampai tak mampu nak angkat.....erk....tah tah awak pun ketar tangan nak sarung cincin ke jari saya..hahaha....


Batas Pertunangan : Surat buat Cinta Hati As

Satu persoalan yang as utarakan kepada cinta hati as ialah apakah batas kita semasa dalam bertunang?

Jawapannya ialah batas itu sama seperti pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.

Bertunang tidak bermaksud berkawin....suka suki berkelakuan seperti dah kawin adalah haram.

Bercakap benda yang perlu sahaja - contoh....cinta hati as : bila awak nak ambik kursus kahwin ni?????

Kalau as nak keluar pun still kena minta izin dengan mak abah tidak perlu lagi minta izin dia...

Aurat masih di jaga rapi....tak boleh suka suki nak genggam tangan as...

Kalau ada masalah dah boleh berkongsi ker dengan tunang? hurm...tengok la masalah apa...agak-agak la, kalau nak bercerita tentang isu sensitif....kita masih ada ramai sahabat wanita...

Bagi pihak perempuan, janganlah bercakap terlalu manja dan menggoda. - ok ini...as tak tahu kalau suara as menggoda...jadi as akan cuba bercakap kasar....haipp....awak nak apa huh? call saya malam-malam!!!!......hahaha...

Sementara bagi lelaki janganlah merasakan bahawa telah mendapat milik mutlak dan boleh melakukan apa saja.

--------------------------------------------------------------------------------------------------
Kesimpulannya....bertunang ni banyak dugaannya...

Orang tanya kenapa tak kahwin terus?? memang as dan dia nak kahwin terus...tapi keluarga as dan dia masih tak kenal antara satu sama lain....ma dan abah dia lagi terkejut, main terjah sahaja...tau-tau dia kata nak kahwin dengan as...jadi mesti la diaorang nak kenal as dulu......hahaha...

Akhirnya....alhamdulillah.. ma dia pun suh jerla datang berbincang tentang aturcara majlis...nak datang saja-saja berbincang tak molek dan tak comel la kan?? jadi si dia pun beli la cincin sebagai tanda as ni bakal dia yang punya...atau dalam bahasa indah lagi...TUNANG....


Okey.....kepada pembaca cinta hati as....

As masih single but not available....as dah jadi tunangan orang....haram tau masuk pinang orang yang bertunang....

Doakan perancangan pernikahan kami ini berjaya...

Tempoh bertunang memang tak lama.....abah as dah tetapkan paling cepat 3 bulan paling lambat tak lebih 6 bulan...

Lama kan??? Harap dapat bersabar....

As pun tak jangka as akan bertunang dengan seseorang yang as suka sejak dulu lagi......

p/s : Blog Cinta hati as ini banyak tertulis tentang peribadi as....tetapi sejauh mana awak boleh terima as? itu as serahkan semuanya pada awak dan Allah.

As memang banyak kelemahan yang kadang kala orang tak boleh terima...tapi apabila awak dah melafazkan akad nikah dengan as, haraplah awak terima as dengan baik....begitu juga dengan awak...insyaAllah as akan terima awak dengan sebaiknya nanti..


Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis pertunangan Cinta Hati As. Sesungguhnya, Allah sahaja yang dapat membalas jasa anda semua...(^^)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang ...

Fadhilat membaca al Fatihah

Assalamualaikum, Pembaca blog Cinta Hati As, berapa ramai di antara anda yang tahu bahawa al-Fatihah itu penting dalam setiap solat kita? al-Fatihah dikenali sebagai ibu alQuran dan menjadi surah pemulaan bagi bacaan alQuran dan juga asas bacaan dalam solat seharian kita. Semalam, as ada menonton tentang rancangan tv9 tentang kepentingan surah al-Fatihah. Rasulullah SAW pernah menghentikan solat sahabat baginda semata-mata untuk memberitahu tentang kepentingan al Fatihah dengan bacaan yang betul. - kalau tak silap as nama sahabat itu ialah Saad. kalau salah betul kan as. Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Membaca al Fatihah  pahalanya seperti  sepertiga membaca Al-Quran" Juga Nabi Muhammad s.a.w.bersabda: "Surat Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkankan dalam bacaannya." dan  "Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin." Fadhilat Al Fatihah Sesiapa membaca surah Al-Fatihah...

Jom Tingkatkan Followers sampai lebam

Assalamualaikum, Hari ini tengah blogwalking, as jumpa segmen ni..Jom Tingkatkan Followers yang dikendalikan oleh blogger MerepekGILA Syarat nak join mudah sahaja. 1. Buat entri Jom tingkatkan Followers sampai lebam dan letak banner cam kat atas tuh 2. Letak ruang peminat korang. As just print screen...ohh peminat as hanya ada 54 orang dan seorang peminat rahsia...haha..jadi ada 55 orang sahaja..;p Peminat Cinta Hati As 3. Dah siap letak la link korang kat blog MerepekGila . Lepas tu...owner blog merepekgila cakap, jadila follower dia dan rajin-rajinkanla diri blogwalking ke peserta yang lain dan jadi follower diorang... Ok simple ajakan? Bagi as, kalau orang tu follow as, as akan follow dia balik, inshaAllah. Apa yang membuatkan korang nak jadi follower sesebuah blog tu? Bagi pandangan as : Kekemasan Info yang menarik Susunan perkataan ( as tak berapa suka guna ayat sms dan ayat yang akhir saja-saja ada huruf "w" contoh: ape jew.. ) jadi mu...